Ep 1 : Latihan Rumah Sukan

4.8K 252 25
                                    


Aku duduk di bengkel Kemahiran Hidup seorang diri kerana hampir keseluruhan budak kelas aku keluar untuk latihan rumah sukan

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Aku duduk di bengkel Kemahiran Hidup seorang diri kerana hampir keseluruhan budak kelas aku keluar untuk latihan rumah sukan. Aku tak suka sukan dan sanggup merelakan badan aku menjadi gemuk daripada berpanas di bawah matahari. Parah aku tengok wajah-wajah atlet sekolah lepas balik sekolah. Macam kek lapis aku tengok.

"Sikitnya budak kelas ni. Sudahlah minggu depan ada ujian pertama. Kenapalah sekolah anjurkan Hari Sukan sebelum peperiksaan.." cikgu Haeri yang baru masuk ke dalam bengkel menggeleng kecil. Aku iakan saja. Malas nak ambil port dalam bebelan cikgu. Lebih baik aku menulis.

"Park Yoora." Cikgu tersebut memanggil aku.

"Ya, cikgu?" aku membalas dengan sopan dan lemah lembut. Lemah lembut sangatlah. Belakang cikgu serupa bangla jual karpet je perangai aku.

"Awak dengan Baekhyun boleh tolong saya tak? Awak berdua dari rumah sukan Jingga kan? Saya nak minta tolong kamu berdua buatkan air untuk rumah sukan kita. Semua bahan dekat bilik sebelah sana. Boleh?"

"Cikgu panggil saya?" soal Baekhyun yang tiba-tiba muncul di sebelah aku. Kemudian dia memandang aku dengan sengihan. "Korea~" dia memanggil aku.

Aku sekadar menjeling sekilas. Kenapalah cikgu suruh aku dengan dia. Macam tak ada lelaki lain.

"Panjang umur kamu. Cikgu nak minta tolong kamu dengan Yoora buatkan air untuk pelajar rumah sukan Jingga. Lagipun kamu kan Bendahari untuk Jingga. Yoora pula penolong kamu. Cikgu pula guru untuk rumah sukan Jingga. Jadi sebagai guru kelas dan guru rumah sukan, kamu berdua diarahkan oleh saya untuk membuatkan air untuk rumah sukan kamu."

Aku dan Baekhyun terdiam. Dalam hati aku menepuk tangan.. perlian. Pandai guru kelas aku ni bagi ulasan yang tak-berapa munasabah. Sila tepuk kaki beramai-ramai.

"Saya okey je. Kan Korea kan?" balas Baekhyun sambil membuat peace. Aku hanya sengih-tak-sengih memandangnya. Menyesal pula aku add dia dalam senarai kawan Wechat aku. Semua rahsia aku mengenai niat suci murni aku mencintai Kpop dijadikan bahan. Kini dia menggelarkan aku, 'Korea'.

Jahanam punya mamat pendek!

"Boleh, tapi kena bagi saya upahlah. Mesti cikgu nak suruh kitaorang ceduk airlah, letak aislah. Lagi teruk bila cikgu suruh kitaorang bawa air tu pergi padang. Kan penat tu." Aku cuba memancing simpati. Kut-kut cikgu nak bagi duit ke, makan percuma ke.

"Macamlah kamu tak minum air yang kamu buat kan? Nanti aku ambillah sebotol air buat minum ke, mandi pun boleh." Terus aku tarik muka masam. Kejam betul cikgu aku seorang ni. Dengan langkah yang tak berapa ikhlas, aku menuju ke bilik sebelah untuk membuat air.

"Kau nak aku buat apa Korea?" tanya Baekhyun sambil memandang sekeliling.

"Ambil pisau, pergi potong bawang. Jangan lupa cermin mata keselamatan." Aku membalas. Dia mengangkat kening.

"Apa anda merepek wahai gadis Korea?"

"Kita datang sini buat apa, encik Byun Baekhyun?" tanya aku kepadanya.

"Buat air untuk rumah sukan Jingga."

" Kau memang tak pernah buat air kat rumah? Mestilah kena ada bekas tempat air, ais, senduk, air gula, mana pula kordial air ni. Cikgu ni pun, kalau nak minta tolong sekalipun. Bagitahulah kordial air kat mana. Tertekan betul hidup aku." Aku bebel sendiri sambil mencari kordial air untuk dibancuh.

"Kenapalah aku masuk rumah Jingga." Kataku perlahan. Baekhyun di sebelah hanya menggeleng melihat aku.

"Kau ni memang jenis banyak cakap daripada berjalan kan? Sampai kordial air yang tak bergerak depan kau pun tak nampak." Kata Baekhyun. Dia menundingkan jari kearah kordial air berperisa anggur yang terletak berdekatan dengan aku.

"Dahlah kuat membebel. Nasib baik comel." Tambah Baekhyun lagi. Aku jadi malu sendiri. Kordial punya pasal, bebel macam suami tak balik rumah dua minggu. Aku terus mengambil kordial air tersebut dan menuangkannya ke dalam bekas tempat air.

"Aku bancuh. Kau pergi ambil ais kat sana." Aku mengarah tanpa memandang kearah Baekhyun. Malu.

"Okey." Baekhyun membalas.

"Korea, kau nak guna berapa kilo ais ni. Aku tak larat nak bawa semua sekali. Patah pinggang woo." Laung Baekhyun di dalam bilik memasak. Aku yang sedang meletakkan air gula terperanjat dengan laungan Baekhyun. Terus termasuk sebotol air gula dalam tu.

"B..aekhyun!"

***

"Haha! Itulah kata aku tak pernah buat air kat rumah. Kan dah kena kutuk air tak sedap. Kau masukkan apa dalam ramuan air anggur kau tu? Semua tercirit." Ketawa Baekhyun di luar bengkel. Aku tarik muka masam. Jahanam kau Baekhyun. Air aku tak sedap kau, tahu.

"Apasal kita tak boleh masuk pula ni? Aku malas nak rehat lah.."

"Sekarang kan masa rehat. Pergilah makan. Orang dah kasi makan tak nak makan. Pelik kau ni."

"Habis tu yang kau tak makan dan menyemak depan mata aku ni dah kenapa? Cari maut?" kata aku dengan tidak berpuas hati. Baekhyun buat muka takut.

"Janganlah marah. Tercirit abang." Balas Baekhyun lalu ketawa terbahak-bahak buat kesekian kalinya. Sakit pula hati aku tengok dia ketawa. Anti pula aku dengan perkataan tercirit tu.

"Aku dah makan. Makwe aku suapkan." Baekhyun membuat smirk. Lupa pula yang Baekhyun dah berpunya. Perempuan mana yang malang kapel dengan Baekhyun ni. Hari-hari kena troll. Dah tu, asyik menyemak dekat depan mata aku pula.

"Ni, melepak dengan aku. Makwe kau tak marah." Tanya aku.

"Marah, tapi aku buat dunno jelah. Takkan dengan kau pun dia nak cemburu." Balas Baekhyun dengan selamba. Cepat saja tangan aku menampar belakang dia.

"Kau memang tak sensitif dengan perempuan kan. Perempuan mana tak jeles kalau pakwe dia caring dengan perempuan lain? Baik tak payah kapel duk kau. Kenapalah makwe kau tu buta sangat nak amik kau jadi pakwe dia." Aku membebel lagi. Kalau suami aku macam dia, mahu aku tendang dia sampai ke Afrika Utara.

"Aku tak selesalah dengan dia. Tak macam kau. Dahlah bodoh, gemuk, bengong. Comel pula tu."

"Kurang asam! Dahlah kutuk aku terang-terangan, tetiba puji pula. Memang makan penampar kau tahu."

"Aku cakap benda yang betul. Kau simple, tapi menarik. Untung sapa dapat kau." Aku sedikit tergamam. Apa yang Baekhyun nak sampaikan?

"Inha tu pun comel apa. Tak lah gedik mana aku tengok. Mata dia kat kau sorang je. Takkan kau tak nampak."

"Pandai-pandailah aku pujuk dia nanti. Sekarang baik kau pergi makan. Ada kang sakit perut masa belajar." Baekhyun memaksa aku makan. Tak mungkin aku nak cakap yang aku sedang berdiet sekarang. Mahu digelakkan jemaah karang.

"Tak nak lah! Aku tak ada selera."

"Siapa turun lambat dia gemuk!" Baekhyun terus melarikan diri ke tangga. Aku yang terdengar perkataan gemuk terus berlari mendapatkan Baekhyun. Aku tak nak digelar gemuk pula oleh Baekhyun. Tak nak tak terpaksalah berlari.

"Aku tak gemuklah! Byun Baek-

Belum sempat aku membalas, aku terlanggar seseorang menyebabkan aku dan dia yang bersama fail-fail ditangannya tercampak ke lantai.

"K..ertas aku! Aku baru susun ikut nama!" katanya sambil memandang fail-fail yang sudah bersepah. Urat sarafnya kelihatan saat dia memandang kearah aku. Itu menunjukkan yang dia betul-betul marah. Secepat mungkin aku menyusun semua kertas-kertas seperti sediakala.

"Maafkan say-

PANG!

"Park Yoora!"


Siapa baik, vote. Siapa sayang cerita ni, letak kat reading korang. Siapa suka cerita ni, komen bebanyak. Nak rasa lebih dihargai gitu.

Married With Ahjusshi Tua ( Malay Jungkook BTS)Место, где живут истории. Откройте их для себя