5

1.2K 29 4
                                    

"hai, senangnya dalam hati, kalau berkumpulan dengan Adif, seperti dunia, Wardah yang punyaaa"
usai solat maghrib berjemaah di surau, Sabrina sudah mula perangai menganjingnya.

"Makcik, kita ni baru lepas solat cuba bawa istighfar baca doa apa semua tu dulu, kita ni orang islam kan, ada adab ye." saja aku balas dengan kata kata sebegitu. malas hendak layan sabrina .

"Alah gurau sikit takboleh, yelah aku nak doa ni biar jodoh kau dengan dia ya?"
aku hanya mampu membalas dengan jelingan sahaja.

***********************************

selepas solat isyak, bermula lah aktiviti pertama dalam kumpulan iaitu ice breaking.

"Saya nak, kamu semua bentangkan nanti nama kumpulan, nama-nama ahli kumpulan, moto , visi kumpulan dan saya nak tengok cheer kumpulan kamu semua, kertas pembentangan dan marker akan diedarkan sekarang" jelas arahan penyelia yang merupakan komander singa itu.

hampir cair tahi telinga aku dibuatnya.

"boleh saya tahu, setiap nama ahli kumpulan saya tak?" sesi perbincangan pun bermula dengan soalan Adif.

satu satu ahli kumpulan aku memperkenalkan diri masing masing. Mujur ada Alina bersamaku kalau tidak mahu mati kutu aku dibuatnya. yelah, ahli kumpulanku semuanya aku tidak kenal. ada pun, Zul dan Amni yang merupakan budak kelas sebelah.

"Lek ah dif , takkan nama aku pun tktahu, haa aku, Zulaqli. 4 sastera, harap semua bagi kerjasama ya dalam kumpulan ni" Zul yang merupakan ahli bola sepak sekolah pasti kenal dengan Adif ni. Fikirku sendiri yang tidak sedar bahawa sudah tiba giliranku perkenalkan diri.

"ok terima kasih Arlina, awak pula?" aku yang tadi berangan sendirian tersentak apabila Ina menyiku ku.

"kenalkan diri lah gila," bisik Ina.

"Oh haa saya Nur Wardah Zahirah. 4 akaun." terangku dengan suara masih segan.

"eh awak yang tadi tu kan yang dekat khemah dengan kawan Hadi tadi?" ah sudah, tergamamku dibuatnya.

dia perasan aku rupanya. oh nooooo

gembira aku dibuatnya.

" haa ya ya" jawabku dengan muka control tenang.

Zul berdehem . ya dia bagi tanda bahawa ini bukan sesi jejak kasih.

Adif dengan selamba hanya buat bodoh dan memulakan perbincangan.
Kami bersetuju dengan pandangan salah seorang ahli kumpulan kami dengan meletakkan nama kumpulan sebagai N.G.U.N.S . "Never give up never surrender" yang juga merangkap terus moto kumpulan kami.

tepat jam 1230 pagi. sesi kedua dalam kumpulan iaitu, sesi burung hantu dan night walk pun bermula . Ah sudah. kalau boleh cabut lari sudah aku lari balik rumah terus. Aku paling tidak gemar aktiviti ini. Ya Allah, mahu tercabut jantung aku dibuatnya tiap tiap kali aktiviti ini dilakukan.

Aku sejujurnya bukan berani dan aku akui aku memang penakut orangnya. Sabrina sudah awal awal lagi berpesan kepadaku supaya tidak gelabah dan jangan fikir bukan bukan. ya dia sudah masak dengan perangai aku yang penakut ya ampun.
Alina menggenggam erat tanganku seolah memberikan kekuatan.

Mulutku sudah terkumat kamit membaca ayat kursi dan istighfar agar tidak ternampak atau ter itu ini dengan benda yang tak sepatutnya. Ya Allah mintak simpang! boleh rebah aku dibuatnya.

"Aktiviti ni ketua kumpulan memainkan peranan penting , kamu semua perlu memantau ahli kumpulan kamu, dan ahli kumpulan yang lain jangan bertindak mengikut sesuka hati kamu, ini juga untuk menguji keberanian diri kamu semua. jangan penakut , saya nak kamu semua muhasabah diri kamu semasa berjalan sendirian nanti.muhasabah diri , hanya kamu dan Maha Esa...."
panjang lebar komander menjelaskan.

ya, ini patutnya waktu untuk aku muhasabah diriku sendiri,bersendirian. Aku cuba mengumpul kekuatan walaupun habis meremangku dibuatnya.

"Nanti jalan pegang tali tu jangan lepaskan tau korang semua, dengar arahan saya atau zul je eh. ingat tau jangan lepas tali, dan ingat komander pesan . apa pun jadi jangan jerit."jelas Adif pula. haih malam malam pun handsome.

sempat pulak aku ni.

Sementara menunggu giliran dari satu kumpulan ke satu kumpulan berjalan, aku masih genggam erat lampu suluhku dengan keadaan yang diam kerana takut.

"Eh Wardah, okay? kenapa pucat ni? awak takmakan ke?" tiba-tiba Adif menyoalku.

aik. sejak bila dia dekat belakang ni.sedangkan tadi memang aku jauhkan diri sikit dari ahli kumpulanku yang lain.

" Saya okay je, takde apalah cuma ngantuk." jawabku berkalis.

"sure? pucat lesi muka awak ni , haih kejap eh saya panggil ajk"dia membalas.

" no takpayah Adif, saya okay je ni. boleh teruskan lagi."

Mujur Ina datang ke tempatku.

"Alina kenapa Wardah ni pucat sangat dia sakit ke," belum sempat Ina bersuara Adif sudah menyoal lagi.

adoi mamat ni. takpayah caring sangat boleh tak?

"Hahahaha sakit apa mendenya , kalau awak nak tahu Adif, Cik Wardah kita ni, tahap penakut dia tu takdapat dibendung lagi."
" ni kes cuak lah ni cik abang oii, wardah ni memang gini, lemah semangat manja terlebih"
amboi bukan main lancang mulut Ina ni, kalau dapat rasa tapak saiz 6 aku ni baru nk elok rasanya.

" Lah, yeke wak? lek wardah janganlah takut , kita satu kumpulan kan ramai, takpayah takut okay dengar je arahan saya dan zul nanti"

" tapi.....saya takut kena jalan sorang sorang nanti" akhirnya aku mengaku.

" Ish wardah , kau janganlah macam ni , aku ada lah dengan kau. takpe nnti jalan sengsorang tu aku jalan dulu , tapi aku jalan slow je. so nnti kau jalan cepat okay, kat tengah jalan kita jalan sesama" balas Ina.Sayang member juga si Ina ni.

"Haa okay lahtu plan tu, rileks je Wardah Alina ni ada. takpun saya suruh ahli yang belakang awak pun jalan cepat sikit . nanti jalan bertiga takdalah takut mana" senyum Adif pula. waduh.

"Adifffff, Inaaaaa, Wardahhhhh, yok ah group kita punya turn pulak nak jalan lepasni" laung Zul.

lantas kami berjalan ke kumpulan dan memulakan aktiviti yang menakutkan ini.

Semoga aku berani!

JatuhWhere stories live. Discover now