Bab40

19.9K 538 11
                                    

Selamat pengantin baru,
Semoga ke anak cucu,
Bahagia kekal abadi selamanya...

Lagu menyambut pengantin tersebut terus mengegarkan 12 biji khemah di halaman rumah Zafran yang dipenuhi oleh saudara mara, rakan terdekat serta jiran tertangga. Aip aip bukan Zafran kahwin lain eh!? Tapi Zafril! Aku pandang pasangan dua sejoli yang sedang duduk bersimpuh ayu di atas pelamin yang dihiasi dengan bunga bunga sakura dengan tema Winter Sonata. Curi tema weeding aku! Hahaha apa apa pun Zafril dan Kak Mira tetap sama padan bagai pinang di belah dua boleh belah lagi empat. Ok main main saje.

Sedang sibuk aku meneliti moment Zafril dan Kak Mira bersama dengan secara mengejut tanganku digenggam oleh satu tangan yang hangat. Tangan yang boleh membuatkan aku cair satu badan hanya dengan satu sentuhan. Tangan Zafran.

Zafran masukkan jarinya di celahan jariku dan digenggamnya kuat seperti tidak mahu aku menjauh darinya lagi padahal baru setengah jam aku lari dari Zafran.

"Lamanya sayang minum air." Nada suara Zafran kedengaran sangat manja. Jap rasa nak muntah pulak bila dengar dia buat 'suara'. Aku pandang wajah Zafran sekejap kemudian kembali memandang pelamin yang didiami oleh pengantin baru iaitu Zafril dan Kak Mira.

"Dah tak sudi pandang muka biy ke?" Zafran menjuihkan bibirnya dengan matanya dikerdip beberapa kali. Aku tolak mukanya perlahan dengan senyuman sinis. Bila nak berenggang ni, susahlah mana mana pergi mesti dengan Zafran. Amboi, dah tak sayang suami ke? Aku menanyakan soalan tersebut di dalam hatiku.

"Betullah ni...sayang memang dah taknak tengok muka biy?" Zafran menjarakkan badannya tapi jarinya masih di dalam genggaman jariku. Aku senyum manis kepadanya kemudian aku jengket sedikit kerana ketinggian yang agak mencemburuiku. Aku bisik satu perkataan yang boleh membuatkan jiwa lelaki nya meronta mohon diulang ayat itu. Amboi, teruknya Bella berdrama.

"I love you." Bisikku perlahan betul betul di cuping telinganya. Aku lihat telinganya mula memerah. Aku kemam bibir dan bertindak nakal dengan menggigit lembut telinga Zafran. Zafran berdesah. Aku tergelak kecil. Padan muka!

"Sayang ..." Eh mula lah suara gatal dia nak keluar. Aku jelir lidah seperti mengejek. Eh bukan seperti tetapi memang mengejek. Zafran pandangku dengan pandangan yang tajam. Grr, gerun.

Ok to be honest, Bella dah tak takut dengan pandangan bak helang ingin memakan mangsanya yang hanya ada pada mata Zafran. Kehkeh, aku kelipkan mataku berulang kali seperti apa yang dilakukan oleh Zafran. Sebijik.

"Ehem, you nak i dukung you masuk bilik atau you stop sakat i." Zafran sempat berdehem kemudian membahasakan diri dia dan aku dengan panggilan I - You. Ok panggilan yang lama sangat tak guna. Tiba tiba rindu kenangan kenangan dulu. Hiks, aku tersenyum sendiri.

"Ok ok sorry." Aku memagut kemas lengan Zafran. Zafran tarik tangan aku mendekati Zafril dan Kak Mira yang baru sahaja selesai photoshoot.

Aku dan Zafran kini berada di hadapan Zafril dan Kak Mira. Zafril peluk pinggang Kak Mira kemas. Amboi bila dah halal mula lah nak naik ulat bulu nya. Abang dengan adik sama je, 2×5.

"Tu, nak tunjuk dia paling bahagia ke?" Aku juihkan bibir kearah tangan Zafril yang sedang memeluk pinggang Kak Mira dengan kemas. Zafril tergelak kecil. Ok walaupun dah jadi suami orang tetap handsome. Ops!

"Apa Bella ni, malu lah akak." Kak Mira menampar lembut lenganku. Kelihatan pipi Kak Mira yang diserlah dengan blusher berwarna merah lembut semakin bertambah merah. Aku turut tergelak kecil.

"Cepat cepatlah dapat anak eh." Zafran mencelah membuatkan tiga pasang mata memandang tepat kearahnya. Zafril tergelak kecil untuk kedua kali. Omg jangan gelak lagi aku takut aku terjatuh cinta dekat Zafril balik. Eh, tipu je. Zafran tetap nombor satu di dalam hati.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now