5

3.6K 356 149
                                    

Terangguk-angguk aku mendengar ujaran Seokjin. Dia tahu semuanya pasal Jimin. Katanya, Jimin selalu luah masalah kat dia.

"Jadi, Jimin merajuk sebab dia kurang kasih sayang dari parent dia?" Aku menagih kepastian.

Seokjin mengangguk sambil menyedut ramennya.

"Kenapa parent dia tak beri perhatian kat dia?" Aku soal lagi. Seokjin angkat bahu, maknanya, setakat itu sahajalah yang Seokjin tahu.

Aku menongkat dagu. Kenapa eh. Kenapa Jimin jadi macam tu? Kenapa parent dia tak bagi kasih sayang kat Jimin sampai Jimin jadi macam tu sekali? Kuat memberontak bagai.

"Noona!"

Fikiranku dipancing suara lantang Seokjin. Aku mengelipkan mata dan ternampak Jungkook yang cuba mencapai ramenku tapi ekor costume arnabnya ditarik Seokjin bagi menghalangnya mendekati mangkukku.

"Eh eh! Tak boleh sayang. Jungkook tak boleh makan ni." Aku mendukung Jungkook.

"Ermm! Eh! Eakk!" Terkebil-kebil Jungkook mahu mencapai mangkuk itu. Tapi, mangkuk itu telah aku tolak ke tepi.

"Noona nak ke tak nak ramen ni? Kalau tak nak, kasi kat Seokjin jelah." Kata Seokjin selamba sambil mengambil mangkuk ramenku.

"Eh, kau tak kenyang lagi ke?" Soalku sambil mencapai botol susu Jungkook di dalam beg yang diberikan ibunya pagi tadi.

"Belum." Katanya mula meratah ramenku pula. Eh, budak ni..

Aku baringkan Jungkook dalam dakapanku dan mula menyusukannya. Diam pun. Aku menepuk paha kecilnya secara berkala.

Aku lihat jam. Baru pukul 1 petang. Awal lagi rasanya parent mereka semua nak datang ambil.

"Yang lain, diorang ada masalah tak?"

Seokjin berhenti mengunyah dan memandang aku. Hujung mee yang masih terjuntai disedut sekaligus hinggakan kuah ramen terpercik ke hidungnya.

Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Uhuk! Erkk.." Jungkook tiba-tiba tersedu.

Aku menarik botol itu. Dah kosong tak berisi. Haish, lapar sungguh dia ni. Aku mendudukannya dan menepuk belakangnya.

"Ark!" Nampak gaya, dia dah kenyang. Aku baringkan dia dalam dakapan aku semula. Seokjin yang sedang memerhatikan aku, aku pandang.

"Dia comelkan?" Aku tersengih mencuit lembut pipi gebunya. Mata yang kuyu mula bertemu sedikit demi sedikit.

"Ya ya..boleh lah. Not bad as a baby. But, I'm the prettiest cause I'm the princess. Nailed it." Seokjin menjawab selamba.

Aku sedikit tersentak dengan balasannya.

"Makcik..makcik..." Perbualan kami diganggu oleh Taehyung yang tiba-tiba menarik hujung bajuku.

"Noonalah. Hah, kenapa?" Soal aku kepadanya yang sedang menggosok mata. Rambutnya serabai tanda baru bangun tidur.

"Lapar.." Katanya sambil menjuihkan mulut.

"Kau lapar ke, Tae? Nah, makan ramen ni. Aku tak habis ni." Seokjin menolak mangkuk ramen yang masih bersisa ramen.

Eleh, tadi kata lapar sangat. Kebuloq!

"Haish! Tae mana boleh makan benda ni! Dia kecik lagilah!" Tingkah aku. Seokjin pandang aku dengan pandangan bongkak.

"Noona, kitaorang nampak je kecik. Even baru 3 tahun hidup kat dunia ni. Tapi kitaorang dah pandai macam-macamlah noona. Baby orang lain merangkak, kitaorang dah berjalan. Diorang berjalan, kami dah terbang. Diorang hisap susu, kami dah kunyah. Haa! Tu pentingnya sperma yang baik! Berkualiti!" Kata Seokjin bersungguh.

"Ya! Tae bangga dengan appa Tae!" Taehyung melompat sambil mengangkat tangan.

Jap, mana budak-budak ni belajar semua benda ni? Aku terdiam sekejap sementara Jungkook sibuk mengunyah hujung rambut aku.

"Tak..tak boleh. Noona masak bubur jelah eh. Sebelum tu, noona bancuh susu dulu kat Tae, nak?" Aku bangun dari kerusi.

"Susu apa? Lembu? Kambing? Badan?"

Soalan Taehyung dibalas dengan tamparan kuat di bahu dari Seokjin.

"Hah kau...byun sangat kan. Jungkook boleh la dia kecik lagi. Kau tu dah besar panjang! Sunat kang haa! Tu la kau, ikut sangat dengan Namjoon tu."

Taehyung hanya tersengih petak.

"Eii..korang ni. Kecik-kecik dah tahu benda-benda tak elok. Mana korang belajar ha?" Aku berjalan ke arah ruang tamu dan membaringkan Jungkook di atas tilam kecil.

Taehyung dan Seokjin yang mengikut aku duduk berlutut mengelilingi Jungkook yang sudah menguap.

"Internet. Namjoon selalu google. Dia kata, tambah pengetahuan."

Aku yang leka menepuk paha Jungkook terhenti terus. Mata aku membulat besar terus memandang mereka berdua.





Damn.

my seven babies ⚜ btsWhere stories live. Discover now