4

1.7K 187 1
                                    

Jimin dan Minyoung berjalan di tengah orang ramai menuju ke sebuah kedai untuk membeli keperluan dapur.

Tiba-tiba Jimin menghentikan langkahnya membiarkan Minyoung maju ke depan seorang diri.

Langkahnya terhenti kerana ternampak kelibat dua orang yang amat dikenalinya.

Sesekali dia menggosok matanya dan melihat semula dua kelibat itu. Ternyata matanya masih sihat.

"Tak mungkin ..."

Jimin bertukar arah dan terus mendekati pasangan itu lalu menegur salah seorang daripadanya.

Namun Jimin terkejut apabila ... dia tersalah orang. Dia terus meminta maaf pada orang itu lalu beredar dari situ. Dia berfikir lagi. Setahunya memang orang yang dia nampak tadi tu lah yang menyerupai seseorang yang amat dikenalinya.

Kemudian dia melilau sekeliling.

"OMG MANA ISTERI AKU ???"

Jimin mulai panik lalu mencari-cari Minyoung ke semua tempat.

***

[Yoongi's P.O.V]

Aku mulai bosan kerana aku langsung tidak keluar rumah sejak aku dapat rumah ini.

Oh ya aku pernah keluar sekali tapi waktu ketika itu pada waktu malam. Aku langsung tak keluar melihat manusia yang sibuk dengan rutin harian.

"Jom keluar ke bandar. Saya tahu abang bosan duduk rumah" kata adikku.

Aku syak dia membaca fikiranku lagi.

"Abang jangan marah saya sebab saya baca fikiran abang lagi. Dah kelebihan saya dapat macam tu, nak buat macam mana lagi" katanya lagi.

"Apa apa je lah. Tapi ... orang takkan perasan ke yang kita ni-"

"Manusia takkan perasan. Waktu siang, rupa kita takde beza pun dengan manusia. Lain lah kalau kita keluar waktu malam"

Sekali lagi, dia potong percakapanku.

Haih.

***

Sudah lama aku tidak melihat suasana sebegini. Manusia yang sibuk dengan kerjaya dan mengisi rutin harian semata-mata.

Aku dan adikku, Yoonji, berlagak seperti manusia biasa berjalan di tengah bandar.

Ada yang menarik perhatianku. Sepasang kekasih atau suami isteri atau adik beradik, aku pun tak tahu siapa mereka.

Aku sendiri tidak mengetahui apa yang menyebabkan aku berminat untuk memerhatikan mereka walaupun aku tidak mengenali mereka. Namun ... aku seperti ... pernah melihat mereka di mana-mana sebelum ini.

Aku hanya tertumpu pada si gadis yang terus berjalan ke depan meninggalkan lelaki itu di belakang.

Aku tersentak apabila Yoonji menarik lenganku dan telah menyebabkan langkah ku terhenti.

"Ada orang perhatikan kita" katanya dengan wajah yang tenang cuba mengawal ekspresi wajahnya.

Aku melilau sekeliling dan aku perasan ada manusia yang sedang memerhatikan aku dan adikku.

Lelaki itu merenung ke arah kami.

"Sini" Yoonji terus menarik aku ke tempat lain.

Barangkali bersembunyi dari lelaki itu. Aku hanya mengikut ke mana sahaja Yoonji pergi. Dia mungkin tahu apa yang lelaki tadi itu fikirkan, jadi aku hanya mengikuti dia sahaja.

Yoonji menghentikan langkahnya.

"Kenapa ?" soalku.

"Entah. Saya tak tahu siapa yang tengah perhatikan kita tapi saya dapat baca fikiran dia"

Saya Cintakan Awak 3 ✅Where stories live. Discover now