B A B 1

21.5K 505 3
                                    

PAGI yang cerah.

Suasana juga begitu indah.

Seiring dengan mood Sharil Shah pada hari ini. Awan biru di langit menghiasi pandangan mata sang adam dari dalam kaca bilik pejabat.

Sungguh menenangkan.

Hampir seminggu pemikirannya kusut. Hidupnya juga kelam kabut. Dipenuhi dengan masalah syarikat, masalah keluarga lagi dan yang paling bermasalah adalah hubungan percintaannya. Nasib sahaja hari ini perasaannya semakin membaik. Emosi pun stabil kalau tak, mahunya setiap pagi badmood memanjang.

Tok! Tok!

"Masuk." arahnya.

"Boss, ada orang nak jumpa." Azryna bersuara lembut. Penuh berhati-hati dia menuturkan setiap ayat. Takut ada yang akan mengamuk lagi memandangkan bossnya sempat berpesan tadi untuk tidak mahu diganggu.

Sharil pusingkan kerusi lalu menghantar renungan tajam ke muka pintu. "Kan saya dah cakap yang saya tak ma—"

"Hey bro!" mencelah seorang lelaki yang muncul dari belakang PAnya. Berdiri di muka pintu.

Roman Sharil Shah jelas terkejut saat melihat sosok tubuh kawan baiknya disitu. Tawa kecil terhasil seakan tak percaya. "Woah, what a surprise! Welcome back man." dia bangkit dan terus berjalan ke arah kawan baiknya.

Mereka berdua langsung berjabat tangan.

"Surprise kan?"

"Gila tak surprise. Kau tak bagitahu pun yang kau nak balik," Sharil memeluk tubuh Haidar. Lama.

Azryna yang menjadi pemerhati sejak tadi terus meminta izin untuk kembali ke mejanya semula. Memberikan ruang di antara bossnya dan kawan lama mungkin? Ya, begitulah apa yang dilihatnya.

"Bro, aku baru touchdown tadi and aku terus datang sini jumpa kau tau. Aku tak sarapan lagi so please treat me. Laparlah.." permintaan Haidar yang pertama.

Sharil pula gelak. Nak buat dia terharu lah tu konon.

Dia bawa Haidar untuk duduk di sofa yang berada di tengah ruangan biliknya.

"A successful man. I'm so proud of you, really really proud." Ucap Haidar berbangga melihat pencapaian dan kejayaan yang digapai oleh Sharil. Di usia yang masih muda sudah mampu mengurus syarikat yang bernama besar begini. Siapa tak kenal dengan setiap hasil produk furniture daripada mereka, memang letop!

"Aku just continue bisnes keluarga je bro dan berkat doa, semangat yang tak pernah putus daripada family pun salah satu juga. Diorang buat aku jadi manusia berguna sekarang. Dah tak joli sana sini lagi," beritahunya diringi ketawa kecil, mengaku yang dirinya terlalu nakal dahulu. Suka keluar malam, masuk kelab malam. Come on! Dia duduk bandar bukan kampung nak terperap dalam rumah macam Shazwan Shah, abangnya yang memang tak suka berhibur. Tapi itu dulu, sekarang ni dah kurang sangat lepak sebab tak ada member macam Haidar.

"Good, alhamdulillah lah kan." Sahut Haidar setuju seraya mengangguk kecil. "Itu pasal kerjaya.. what about your life? Your fiancé? Dulu cakap taknak ada komitmen awal," perli lelaki berdarah kacukan pakistan itu pula. Haidar dulu memang jadi kegilaan ramai wanita sama seperti Sharil Shah tapi dia tak adalah darah campuran cuma hidung sahaja yang mancung sikit, berkulit cerah dan tinggi.

Yang banyak puji pun mesti lah para gadis diluar sana. Maklumlah, jejaka hot! Hangat di pasaran.

Lagipun mereka berdua nih ada iras yang sama. Dekat sekolah dulu pun ada yang sampai melabel mereka sebagai adik beradik.

"Malaslah nak cakap." Nada suara menjadi rendah. Dia tak berminat mahu membuka cerita soal hidupnya selepas bergelar tunangan orang.

"Okay— something happen may—be ? " Haidar seakan dapat menghidu bau bau masalah. Nampak tak enjoylah Sharil bila buka isu pertunangannya.

Hati Yang Kau TinggalkanWhere stories live. Discover now