12 ( 1 )

215 16 1
                                    

Aku ingat lagi

Waktu itu

Seorang budak lelaki

Menemani atuknya

Pada kaki atuknya

Ada luka

Lalu dikopek

Tak pernah di sangka 

Bertukar menjadi benda yang lain

Aku ingat lagi

Seorang budak lelaki

Menemani atuknya ke hospital

Hampir tak dapat berjalan atuknya

Dipapah perlahan-lahan

Aku ingat lagi

Seorang budak lelaki

Mengurut-urut atuknya

Tiba-tiba

Air mata jatuh berlinangan

Merasakan seseorang yang sangat dekat

Akan pergi jauh ke sana

Aku ingat lagi

Seorang budak lelaki

UPSR datang seminggu lagi

Namun tiada rupa untuk pergi berperang

Direnungnya pusara

Betapa dia membencikan dirinya sendiri

Membencikan dirinya kerana betul

Ya

Firasatnya betul

Firasatnya benar

Memang benar

Atuk sudah 'pulang'

Al-fatihah



mWhere stories live. Discover now