Chapter 3 : First Time for BTS

7.1K 762 198
                                    

" Taeyeon !"

Terkejut beruk gadis bername tag 'Taeyeon' apabila tiba tiba namanya disergah sebegitu rupa . Cikgu botak licin bak Squidward ditambah pula misai tebal yang boleh mensesatkan lipas , nyamuk jika masuk ke dalam misainya itu di pandang takut takut .

" Ne, ssaem?" Soal Taeyeon agak gelabah . Salahnya juga kerana tadi dia tidak menumpukan perhatiannya .

" Taeyeon, kamu ni sejak budak bertujuh tu datang, kamu asyik mengelamun . Mata sepanjang masa melekat kat muka depa(?) tu! Apa nak jadi ni! " marah Cikgu Squidward . Sorry, namanya Cikgu Joe Flizzow.

" MianHaeyo, ssaem. Saya akan tumpukan perhatian selepas ini ." jawab Taeyeon lalu menunduk memandang buku .

Malangnya, Taeyeon masih tidak dapat menumpukan perhatian . Hatinya gelisah tiba tiba bagaikan ada perkara buruk yang akan berlaku . Dia memandang kiri kanan. Pelik. Rakan rakan yang lain juga kelihatan gelisah.

" Tiff, kau pun rasa macam apa yang aku rasa ke? " bahu Tiffany, deskmate nya dicuit .

" Nampaknya aku rasa apa yang aku rasa tu. Aku macam rasa aku akan kehilangan kau lah. " balas Tiffany, agak mengejutkan Taeyeon.

" Kau ni gila betullah. Fikir yang bukan bukan. Aku cepuk kau kejap lagi kut. " marah Taeyeon dengan nada yang rendah . Tetapi tiba tiba kepalanya dicepuk dari belakang .

" Biar saya yang cepuk awak dulu. Taeyeon! Saya baru tegur awak tadi! " Entah dari mana Cikgu Joe Flizzow datang, tiba tiba muncul mencepuk kepala Taeyeon.

" Mianhaeyo, Ssaem. Saya cuma tanya Tiff satu perkara yang saya tak faham. " bohong Taeyeon dan Tiffany si bestfriendnya mengangguk angguk menyokong pembohongan Taeyeon .

" Lain kali tanya lah saya. " Tegur Cikgu Joe Flizzow lantas melangkah semula ke hadapan kelas . Baru sahaja mulutnya dibuka untuk sambung pembelajarannya , loceng sekolah kedengaran .

" uh? Okay anak anak sekalian ,masa cikgu sudah pun habis jadi saya akan keluar dengan aman dan-- "

" Chakkaman, ssaem! " Tiffany memintas. Dia dan beberapa pelajar perempuan dan tidak ketinggalan juga segelintir pelajar lelaki bangun dan bertindak merapatkan diri masing masing.

Seokjin , Jhope , Suga, Taehyung, Rapmon , Jungkook dan Jimin kurang mendapat idea apa yang rakan sekelas mereka lakukan , tetapi apabila Rapmon mengeluarkan arahan untuk ikut apa yang mereka buat, semua bangun .

" Korang dah kenapa? Masa cikgu dah habislah! " soal Cikgu Joe Flizzow dengan anak mata memandang ke arah beberapa pelajar yang sudah berkumpul di belakang kelas .

" Cikgu, masa cikgu belum habis! " jerit Tiffany lagi apabila Cikgu Squidward itu sudah hampir dengan pintu utama kelas .

" Apa yang cikgu ajar dengan suara lantang selama ni? Sampai telinga korang tercabut ke semua? Tak dengar tadi loceng dah bunyi. LOCENG DAH BUNYI. HAA TU BUNYI LAGI! " ujar Cikgu Joe Flizzow dengan suara bergabung bunyi loceng yang masih berbunyi .

" Cikgu! Jangan keluar! Itu bukan loceng sekolah kita yang biasa! Cikgu dengar tak? Bunyinya seolah olah loceng yang karat di ketuk dan lama sangat bunyinya berbanding biasa! " kata YoonA pula . Mukanya berubah pucat.

Cikgu Joe Flizzow terdiam . Perlahan lahan dia melangkah ke meja guru semula . Dia lupa akan sesuatu hal.

" Tunggu.. " kata Cikgu Joe Flizzow perlahan.

Pelajar pelajar yang tadinya masih duduk di kerusi bangun dan menyertai yang lain di belakang .

" Apa yang berlaku sebenarnya ni? " Soal Suga rimas dengan keadaan yang dia kurang pasti itu .

Death Bell [ BTSXGOT7 ]Where stories live. Discover now