PART 24

1.2K 142 13
                                    

-Belahan(?) gunting yang tajam ditekap dalam ke pergelangan tangannya.Perlahan-lahan darah merah mengalir keluar.

"Taehyung!"

Taehyung mengelak dari setiap orang yang menghalangnya sambil tangan tak henti-henti menoreh pergelangan tangannya yang hampir lunyai dengan tangisan teresak-esak.

Setapak demi setapak ke belakang sehingga belakang tubuhnya rapat ke dinding dan kini dirinya tersepit.

Bagaikan tak mahu berpisah apabila gunting ditangannya dirampas seseorang.
Naik turun nafasnya menahan sakit.

"Bagi balik!!!"Taehyung menjerit geram lalu mula menangis teresak-esak.Perlahan- lahan tubuhnya terjatuh ke lantai.

"Bagi balik Kim Soyoung…"Taehyung duduk bersandarkan dinding sambil tersekat-sekat bernafas melawan sakit. Rambut diraup ke belakang lalu digenggam kuat.

"Taehyung…"

"Pulangkanlah balik…"Taehyung teresak-esak menangis sambil kedua-dua belah belakang tangannya digosokkan beberapa kali ke kedua-dua belah matanya lalu batuk kuat,memaksa diri berhenti.

"Taehyung,jangan macam ni…"Puan Kim mendekati anaknya lalu tangan Taehyung ditarik sebelum muka dan rambut Taehyung diraup .

"Kenapa buat Tae macam ni…?"Taehyung bagaikan budak kecil mengadu kepada ibunya sambil menangis teresak-esak.

Tubuh Taehyung dipeluk lalu belakang Taehyung digosok-gosok perlahan.Taehyung menangis dengan terbatuk-batuk bagaikan budak kecil.

"Omma…"

Puan Kim hanya diam menangis.

"Sakit…"

Tiba-tiba terasa tubuh Taehyung memberat membuatkan darah Puan Kim berderau.

"Taehyung-ah?"Puan Kim menolak tubuh Taehyung perlahan.

Perlahan-lahan tubuh Taehyung terbaring di lantai.

-Chorong diam merenung wajah pucat lesi Taehyung yang terbaring lemah di atas katil.Mata dialihkan pula ke pergelangan tangan Taehyung yang berbalut.

Tit…Tit…Tit…

Mesin di tepi katil berbunyi perlahan menandakan jantung Taehyung berdegup lemah.

"Kalau kau dah puas,bangunlah…"
Chorong bersuara perlahan,menahan tangisan.

Namun perlahan-lahan esakan kedengaran.

"Bangunlah,…Kau janji nak temankan aku sampai tua,…kongsi gigi palsu…,berebut tongkat,…buli cucu,…Gelak sama-sama,tak peduli orang kecam gigi tak ada… Kalau kau pergi sekarang…Kau memang jahat…"

"Bangunlah…Aku nak cakap ni…"

"Aku nak cakap yang aku sayang kau…"

Tit-tit-tit-tit

Mesin tiba-tiba berbunyi dengan pantas tanpa henti.Statik tangisan Chorong terhenti.

"Taehyung?"Chorong mula resah.Butang kecemasan ditekan seraya menjerit.

"Doktor!"

Kelihatan jururawat dan doktor datang mendekat.

"Puan,tolong beri kerjasama."Tubuh Chorong ditarik agar menjauhi katil Taehyung.

Baru saja Chorong hendak berlalu pergi,terasa tangannya digenggam.

Tangan itu…Chorong mengalihkan pandangan ke tangan yang menggenggam erat tangannya.

"Jangan pergi…"Lemah saja suara itu bersuara.

"Kau pun…Jangan pergi…"

-To be continued-

Point on this part is:

-Kim Soyoung yang dermakan mata bukan Chorong.
-Tak best.‾︿‾

♥Sorry lambat update.Kita rehat kejap.ツ Triple update yeah.ヘ(。□°)ヘ

Butterfly[Byuntae But Idiot!Season 2]Where stories live. Discover now