EXO, WE ARE ONE! [ LAST : WE ARE EXO ]

456 42 2
                                    

"Apa pendapat encik dengan persembahan kami?" tanya Suho, ingin tahu. Member EXO yang lain sudah tidak sabar mahu mendengar komen daripada 'pelanggan misteri' itu.

"Persembahan yang sangat bagus, bertenaga dan hebat! Kamu semua umpama group idol yang sudah bertahun-tahun lamanya debut. So amazing!" puji 'pelanggan misteri' sambil bertepuk tangan.

Pelanggan dan peminat yang melihat situasi tersebut turut bertepuk tangan, tanda bersetuju dengan kenyataan 'pelanggan misteri' itu. EXO yang melihat reaksi dan mendengar pujian 'pelanggan misteri' dan pelanggan yang lain hanya mampu memberikan tunduk hormat dan mengucapkan terima kasih.

"So... sebagai hadiah di atas kamu semua sanggup menunaikan permintaan saya, sudi tak kamu semua..." ucapan 'pelanggan misteri' itu jadi tergantung apabila dia sedang mengeluarkan sekeping kad perniagaan daripada dompetnya dan memberikannya kepada Suho, selaku leader EXO. Pelanggan yang melihat situasi tersebut hanya mampu memberi reaksi tanda tanya.

Suho menyambut huluran 'pelanggan misteri' itu untuk melihat kad pernigaan itu dan rupa-rupanya...

Guess what??








Rupa-rupanya 'pelanggan misteri' itu adalah seorang CEO di syarikat rakaman yang popular dia Korea iaitu SM Entertaiment! EXO yang lain turut terkejut melihat logo SM Entertaiment yang tertera di atas kad perniagaan tersebut. SERIOUSLY?!

"Sudi tak kalau kamu semua menjadi artis di bawah naungan syarikat kami?" lelaki itu melengkapkan ayatnya yang tergantung sebentar tadi. Pelanggan dan peminat yang lain yang mendengar perbualan mereka, bertepuk tangan dan bersorak meminta EXO menerima 'lamaran' itu.

EXO yang mendengar sorakkan itu, sudah tersenyum gembira. Bagaikan sebuah mimpi yang telah pun menjadi kenyataan! Masing-masing sudah nekad!

Selang beberapa bulan kemudian...

Hidup EXO semakin hari semakin sibuk dengan pelbagai tawaran untuk membuat persembahan di beberapa majlis anugerah. Selain itu, mereka sering dijemput dalam program hiburan di televisyen sebagai tetamu undangan.

Malah, ada di antara mereka ditawarkan untuk menjadi pelakon dalam beberapa buah drama mahupun filem. Mereka jugak kerap menang dalam beberapa kategori yang dipertandingkan dalam beberapa majlis anugerah.

Paling penting, lagu-lagu mereka sentiasa menjadi kegemaran peminat seperti HISTORY, MAMA, WOLF, GROWL, OVERDOSE, CALL ME BABY dan LOVE ME RIGHT. Album mereka jugak antara yang paling terlaris berbanding idol group yang lain.

Kini, kehidupan EXO makin lama makin banyak perubahan yang dilakukan oleh mereka. Biarpun, terlampau sibuk dan kadang-kadang tidak ada masa untuk enjoy namun mereka tetap gembira dengan perubahan yang berlaku dalam hidup mereka. Bagi mereka, selamanya mereka akan bersatu untuk menghiburkan hati peminat.

EXO, WE ARE ONE!

- THE END -

* Hai readers sekalian! Maaf sebab lambat update sebab author tak berapa sihat. Anyway, thanks sebab sudi baca fanfic ni. Sorry untuk segala kesilapan dalam fanfic ni seperti typo, ayat merepek/mengarut dan sebagainya. Dan seperti yang readers sedia maklum dalam ruangan "WARNING", fanfic ni sudah pastinya mengarut sebab AUTHOR MANA TAHU KEHIDUPAN EXO SEBELUM DIORANG JADI IDOL GROUP! Jadi, mohon readers sekalian JANGAN PERCAYA FANFIC NI dan JANGAN BASH AUTHOR sebab fanfic ni SEKADAR SUKA-SUKA JE. Sekali lagi, thanks for everything and kalau rajin, drop your vote and give your comment. Harap readers semua enjoy! 💕 *


[ C ] [ MALAY SHORT STORY ] WE ARE ONEWhere stories live. Discover now