#EP 1

91 2 0
                                    

KLIA (KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT)

Pertama kalinya Iris Adelia menjejakkan kakinya ke KLIA ini sejak lima tahun yang lepas. Tu pun apabila ada konsert yang dianjurkan di Malaysia. Nampaknya keadaan disini tidak banyak berubah.

Sesungguhnya dia amat merindui bumi Malaysia ini. Dan yang paling dia rindui semestinya kedua ibu bapanya disini. Sudah lima tahun tidak berjumpa dengan mereka, selama dia berada di seoul, korea dia hanya berhubung dengan keluarganya itu melalui skype sahaja. Itu sahaja yang dia mampu memandangkan jadualnya disana agak padat. Dan kini baru dia berkesempatan untuk pulang ke tanah air semula.

Iris berjalan keluar dari balai perlepasan dengan lagak modelnya. Dia hanya mengenakan seluar jeans biru tua berserta hoodiesnya yang menutup kepalanya dan tak lupa juga dipadankan dengan kaca mata hitam dan mask untuk menutup separuh wajahnya daripada kelihatan. 

Agak risau juga kalau orang disini mengecamnya sebagai "ADEL". Dia juga memerlukan privasi dalam hidupnya. Sudah penat menjadi tumpuan orang ramai sebelum ini, teringin juga lah dia nak hidup macam orang biasa yang bebas kemana sahaja yang mereka suka tanpa ada sebarang gangguan.

Ketika Iris sedang leka berjalan tiba-tiba terasa bahunya dirempuh seseorang.

"Aduh! Apa ni langgar-langgar orang?! Buta ke? Jalan pakai mata ke lutut?! " marah Iris sambil membetulkan kaca matanya.

Terasa sakit di bahunya. Iris memandang gerangan insan yang telah melanggarnya. Oh lelaki.. Badan lelaki ni dari batu ke apa! Sakit gila.!, rungut Iris dalam hati. Nak je dia bagi sepakan padu kat lelaki itu tapi bila mengenangkan kudratnya yang tak seberapa tu terus dia membatalkan niatnya.

Dipandangnya sekali lagi lelaki itu. Apahal tenung aku lama-lama. Nak mati betul.! , rungut Iris perlahan namun dapat didengari oleh mereka berdua.

"Sorry miss.. My fault.. " ucap lelaki tersebut. Dia membalas pandangan gadis itu. Lama.

"And for your information.. Jalan pakai kaki bukan pakai mata.." , lelaki tersebut membalas lagi sambil tersenyum sinis.

Iris merenung tajam lelaki dihadapannya itu. Annoying sungguh. Lalu Iris pergi meninggalkan lelaki tersebut. Tak kuasa dia nak gaduh. Lebih baik balik jumpa mama dengan papa lagi bagus..!

Faiq Mikhail POV

Faiq melangkah masuk ke dalam KLIA. Memang tidak dinafikan hari ini agak sesak. Dipenuhi dengan orang ramai. Diikutkan hati malas dia nak jejak kakinya disini tapi bila mengenangkan rakan baiknya a.k.a sepupunya Farhan, yang merayu meminta dia menjemputnya disini terpaksa lah. Sapa tak sayang kawan oi~

Ketika sedang berjalan matanya sibuk mencari kelibat Farhan tanpa dia sedari yang dia telah melanggar seseorang. Seorang gadis.

"Aduh! Apa ni langgar-langgar orang! Buta ke? Jalan pakai mata ke lutut?! " ucap gadis tersebut. Pedas betul mulutnya. Adei~ memang salah aku pun. Jalan tak tengok depan.

"sorry miss.. My fault.." , ucap faiq. Dipandang gadis dihadapannya itu. Lama.

Ditenung wajah gadis itu. Berkaca mata hitam. Pakai mask lagi. Dia ni pendatang asing ke? Bertutup muka bagai. Daripada bertutup gitu baik berpurdah. Sejuk je mata memandang. , kata Faiq dalam hati.

"And for your information.. Jalan pakai kaki bukan pakai mata.. " sindir Faiq sambil tersenyum sinis kearah gadis tersebut.

Kelihatan gadis itu tersentak mendengar ayat dari lelaki itu. Gadis tersebut merenung tajam wajahnya. Tak lama kemudian gadis tersebut berlalu pergi. Marah ke? Faiq hanya memerhati kelibat gadis tersebut melangkah pergi.

"Faiq..Apa kau buat ni. Kan umi dah nasihat , sopan bila cakap dengan perempuan. Yang kau buat perempuan tu marah kenapa? Mulut ni haa.. Jahat.." Faiq membebel sendirian sambil menampar-nampar perlahan bibirnya.

Tiba-tiba bibir Faiq nengukir senyuman.

"Comel~ " ucapnya sepatah. Walaupun wajah gadis tersebut dilindungi dengan mask dan kaca mata hitam, Faiq dapat melihat mata coklatnya disebalik kaca mata hitamnya itu dengan jarak mereka yang tak seberapa.

Tiba-tiba terasa bahunya disentuh. Ditolehnya. Dan muncul lah wajah yang dicarinya. Farhan.

"Bro.. aku tunggu kau lama kot~ ni aku jemput kau ke kau jemput aku? " Farhan menjeling Faiq.

Memang sakit hati juga lah hatinya bila sebaik sahaja dia keluar dari balas pelepasan, dia tak nampak pun kelibat Faiq. Dia pula yang terpaksa tercari-cari Faiq. Tengok- tengok je si Faiq ni berdiri di tengah-tengah KLIA sambil tampar diri sendiri. Dah tu tiba-tiba senyum sorang-sorang pula tu. Gila ke apa?! Parah dah ni.

"Sorry ar bro~ Aku baru nak jemput kau la ni.." tersengih-sengih faiq memberi penerangan. " lama sampai?" seperti biasa dia akan bersalaman dengan Farhan lalu memeluknya.

Farhan memandang Faiq yang tersengih-sengih macam kerang busuk tu.

" Tak la lama sangat. Tak payah sengih-sengih camtu. Dah la tadi tampar diri sendiri.. Aku baru pergi setahun dah gila kau bro? "

Faiq hanya ketawa. Dia memaut bahu Farhan dari belakang.

"A'ah.. Aku dah gila. Tu lah . Lama sangat kau tinggal aku.. kesian aku tau tak! Makan sorang-sorang, Mandi sorang-sorang.. "

"Wei geli lah.. Ayat kau semacan je. Kau dah songsang ke?" Farhan menepis pautan Faiq. Matanya melirik Faiq atas bawah.

Faiq segera mendebik kepala Farhan.

"Aku straight ok. Aku takde nafsu pun kat kau. Cepat lah.. Dah la lambat.. Aku lapar ni. " Faiq pergi meninggalkan Farhan di belakang.

Farhan hanya membontoti Faiq dari belakang sambil mulut nya tak henti-henti mengomel. Macam mak nenek dah..

xxxxJUST MARRIEDxxxx

JUST MARRIED ( HIATUS )Where stories live. Discover now