SHORT STORY

1.6K 102 0
                                    

Song ji hyo menghentakkan tanggannya itu kuat di stereng keretanya itu.Dihentak kuat sehingga kesan merah pada tanggannya itu mula membengkak.Dia menangis kuat.Dia terus menghentakkan tangannya itu.Dia tidak peduli rasa sakit pada tangganya itu yang dia peduli sekarang rasa sakit hatinya itu.Rasa sakit bagai dihiris pisau.

"Kau jahat,Jeon Jungkook.Kau jahat!kau tahu semangat hidup aku hanya kau,kau tahu tu semua!Kau tahu aku boleh jadi gila sebab kau,tapi kau masih buat aku macam nie,kau tinggal kan aku"Song ji hyo menangis teresak-esak.Dipegang rantai pemberian Jeon Jungkook kuat.Dia mencium bentuk loket itu lama.Air mata song ji hyo terus mengalir.

Dia mengengam tangannya kuat.Perasaannya sekarang penuh dengan perasaan sedih dan marah.Dia memandang telefonnya itu yang berada di bahagian tepi penumpang.Dicapai telefonnya itu.Dia membuka telefonnya itu.Tertiba muncul satu gambar Jeon Jungkook sedang mencium seorang perempuan di sebuah taman.

Song ji hyo mengusap rambutnya itu perlahan.Diketuk kepalanya kuat ke arah stering kereta.Diketuk banyak kali,sehingga dahinya mengeluarkan cecair merah.Dia menangis kuat.

"Aku bunuh kau,yoona!Kau rampas Jeon Jungkook aku!"Kata song ji hyo tersekat-sekat.Air matanya terus mengalir.Dia menjerit kuat.Lalu dia mendail nombor seseorang.

"Aku nak penjelasan,jumpa aku dekat tempat biasa"Kata song ji hyo dengan suara yang kuat.Dia memandu kereta laju.Dia memandu seolah-olah dia ingin mengakhiri hidupnya itu.

"Buat apa aku hidup,kalau Jungkook bukan milik aku lagi"

******************************

"Aku nak penjelasan,jumpa aku dekat tempat biasa"

Jungkook hanya mengiyakan.Belum sempat Jungkook habis berkata-kata.Panggilan diputuskan.Jungkook mengeluh."aku tahu kau marah aku,aku minta maaf"bisik hati Jungkook.

"Siapa call?"Tertiba muncul suara perempuan bertanya.

Jungkook memandang yoona yang berada di pintu biliknya itu.Jungkook tersenyum."Song ji hyo"

Yoona terkejut mendengar nama itu.Nama kawan baiknya itu.Yoona memandang Jungkook dengan perasaan takut dan risau."Dia dah tahu?"tanya yoona dengan suara yang perlahan.

Jungkook mengganguk lemah.Dia tidak tahu mengapa cara ini yang dia ambil!cara yang salah dan menyakitkan semua orang!

"Yoona,awak tahu kan kenapa saya buat macam nie,saya ada sebab"Sambung Jungkook dengan suara yang perlahan.Dia memandang gambar song ji hyo lama.Diusap gambar itu."Saya ada sebab"bisik hati Jungkook.Tanpa sedar,air mata Jungkook menitis.

Yoona mendekatkan dirinya kepada Jungkook.Dia peluk bahu Jungkook.Diusap badan Jungkook lembut."Jangan risau Jungkook,suatu hari nanti dia akan faham"

Jungkook mengganguk.Dia berdiri lalu dicapai kunci kereta.Dia tersenyum kelat memandang yoona.

"Saya pergi dulu"Jungkook meminta izin.

"Tolong tatap dia lelama,Jungkook.Jadikan hari ini hari bermakna untuk awak,biar pun dia akan sentiasa keluarkan kata-kata yang boleh sakitkan hati awak.Dia terlalu cintakan awak"Pesan yoona sambil memandang Jungkook.Jungkook mengangguk.Lalu berlari keluar.

"Maafkan aku ji hyo,aku tak bermaksud nak rampas Jungkook dari kau"kata yoona sedih sambil memandang lama gambar song ji hyo.

******************************
Song ji hyo mundar mandir di taman itu.Air matanya terus mengalir.Dipegang dahinya itu yang berdarah.Dia mengabaikan luka di dahinya itu.Dia memandang sekeliling.Dia melihat sekujur tubuh orang yang disayanginya itu datang menghampirinya.

Dipandang dengan perasaan marah dan sedih sehingga tubuh itu berada di hadapannya itu.Dia memandang Jungkook dengan perasaan sedih.Terlalu sedih.Dia memandang ke dalam anak mata Jungkook sambil air matanya terus mengalir.Song ji hyo terus memandang Jungkook lama.

Jungkook memandang song ji hyo dengan perasaan hiba.Ditatap seluruh wajah song ji hyo.Dia melihat kesan darah di dahi song ji hyo.Dia ingin mengusap dahi song ji hyo namun ditahan perasaannya itu.Dia ingin menangis melihat keadaan song ji hyo namun ditahan kesedihannya itu.Dia memandang song ji hyo dengan pandangan kosong.Jungkook membuat-buat muka seolah-olah tidak bersalah."Aku kena yakinkan dia yang aku tak perlukan dia lagi"monolong Jungkook di dalam hati.

"Kenapa kau nak jumpa aku?"tanya Jungkook kasar.Song ji hyo tersentak."awak dah tak nak jumpa saya?"Tanya Song ji hyo lembut.Dia menahan perasaan marah di hadapan jungkook.

Jungkook terdiam sambil memandang Song ji hyo lama.Ditatap wajah song ji hyo dengan penuh perasaan sedih."Aku terpaksa,miannhe"

"Aku tak perlukan Kau dalam hidup aku lagi"Suara Jungkook kuat.Sehingga tangisan song ji hyo makin kuat.Dipukul dada Jungkook kuat.Jungkook hanya membiarkan.

"Kau jahat,jahat.Kau janji dengan aku kau nak jaga aku sampai aku mati"jerit song ji hyo sambil terus memukul dada Jungkook.

Jungkook mengalihkan pandangan dari terus memandang song ji hyo.Dipejam matanya itu."aku tahu,itu janji aku pada kau,tapi aku terpaksa mungkir janji"desis hati jungkook.

"Itu dulu,masa aku cintakan kau,tapi sekarang,aku dah tak cintakan kau,sekarang dengan dulu lain"jawab jungkook tanpa memandang song ji hyo.

Song ji hyo terus menghentikan pukulan.Dipandang wajah jungkook.

"Kau cintakan yoona?"Tanya song ji hyo.

Jungkook terdiam.Dia hanya mendiamkan diri.

Song ji hyo naik angin."Aku tanya,kau cintakan dia ker bodoh?"Jerit song ji hyo kuat.Jungkook tersentak.Dia terus mendiamkan diri.

"Aku tanya jawab lah,bodoh"bentak song ji hyo.

"Yaa,aku cintakan dia"jerit jungkook kuat.Dipandang wajah song ji hyo lama."Kau puas dengan jawapan aku?"Jungkook menahan sedikit perasaan marah kerana dibentak oleh song ji hyo.

Song ji hyo menggengam tangannya kuat."Aku bunuh dia,kau dengar tak aku cakap!aku bunuh yoona"Tengking song ji hyo sehingga membuatkan jungkook terpana."bunuh?"

"Kau gila ker ji hyo,kau nak bunuh yoona?dia kawan baik kau?"kata jungkook risau.yaa!Dia risau kalau song ji hyo betul-betul akan melakukannya.Dia kenal benar siapa song ji hyo kalau melibatkan dirinya.Song ji hyo terlalu cintakan dirinya.

Song ji hyo tersenyum sinis."Dia ambil kau dari aku boleh,tak sangka aku,dia sahabat makan kawan.Aku benci dia"Song ji hyo menangis lagi.Dia terduduk.Rambutnya jatuh sehingga menutup mukanya.

Jungkook turut terduduk.Dipandang muka song ji hyo lama.Tanpa disedari air mata jungkook menitis.Dipeluk song ji hyo.Dicium rambut song ji hyo lama.

"Aku harap kau boleh terima kenyataan,aku bukan milik kau lagi"kata jungkook perlahan.

Song ji hyo mendengar kata-kata jungkook dengan jelas.Ditolak badan jungkook kuat.Ditolak menjauhi dirinya.

Song ji hyo tersenyum kelat.Diusap pipi jungkook perlahan.Dia mendekatkan dirinya ke telinga jungkook."Kau  milik aku selama-lamanya,kau ingat tu"bisik Song ji hyo.Lalu berlari meninggalkan Jungkook sambil menangis kuat.

Jungkook mengeluh.
"Tolong lepaskan aku,Song ji hyo"

Please Let Me Go ✔️Where stories live. Discover now