Bab 11

102K 1.9K 72
                                    

"Abang..."
Panggilan Arheana dibiar sepi. Badannya terasa penat setelah seharian memandu.

"Abangg?"
Sekali lagi suara Arheana kedengaran. Arheana menarik tuala yang membungkusi rambutnya. Sikat rambut diatas meja solek dicapai.

"Apa?"
Mendatar saja suara Syaher. Tubuhnya dibaringkan keatas katil. Lengan sasanya dilipat kedahinya dengan mata terpejam. Mengantuk sangat nampaknya.

"Tadi kan, abang cakap 'patutla'. Patutla apa?"
Arheana turut melabuhkan duduknya disisi Syaher. Tidak rasa mahu tidur pula bila tubuhnya disiram kesejukan air ketika mandi tadi.

"Tak ada apa-apalah. "
Mendatar lagi. Hish! Sungguh dia mengantuk. Kenapalah mesti dia dapat isteri yang banyak cakap macam Arheana?

"Alaa.. cerita lah Abang"
Rengek Arheana lagi. Tak puas hati selagi hatinya penuh dengan tanda tanya.

"Can you just close your eyes and sleep? I'm really tired, Arheana!"
Syaher merenggus geram. Selimut tebal ditarik menutup tubuhnya. Selesa ! Walaupun katil bersaiz king itu tidak seempuk katil dirumahnya.

"Abang.. cerita laa dulu! Selagi abang tak cerita, selagi tu Rhea akan kacau abang!"
Selimut yang sudah menutup tubuh Syaher ditarik semula. sengaja. Biar Syaher mengalah.

"Ya Allah Rhea. Esok esok tak boleh ke? Kau tahu tak aku penat sangat ni?"
syaher mengeluh lagi. Kenapalah gadis itu langsung tak penat? Tak mengantuk? Mata dia sekarang dah tak boleh bukak dah!

"Tak nak. Nak tahu sekarang"
Desak Arheana lagi. Dia tahu Syaher penat. Tapi.. ish! Dia tak boleh biarkan hatinya dengan tanda tanya. Gelisah selagi dia tak tahu jawapannya.

Syaher merenggus geram. Tahu yang dia terpaksa beralah. Dia bangkit dari baringnya. Bantal tidurnya disandarkan kekepala katil sebelum disandarkan tubuhnya.

"Okey. Kau nak tahu sangat kan? Cuma jangan menyesal."
Tajam amaran syaher. Namun Arheana tetap mengangguk ringan.

"Tadi, masa aku angkut beg dekat luar, ada someone panggil aku. Mula- mula aku tak kisah, makin lama makin dia panggil. Lepastu aku tengok, tak ada orang pun. Aku pandang kau and...theres something belakang kau"
Selamba Syaher bercerita. Arheana terkedu. Tubuhnya tiba tuba bergetar.

"Err.. abang serius? "
Mata Syaher direnung tajam. Tak ada pula tanda lelaki itu menipu.
Alamak!! Ibu... Rhea.. takut!!

"Tak ada masa lah aku nak tipu kau. Dah. Kau dah tahu sekarang kan? Then, tiba masa untuk tidur. Come! Tidur cepat. Nanti...."
"Abang!"
Semerta mulut Syaher ditekup. Bongok! Boleh pulak dia cakap benda macam tu?!! Tak tahu ke buku roma aku dah mencacak cacak dah ni?

"Hish! Aku nasihat je lah. Dah la. Tepi, aku nak tidur!"
Syaher kembali menjatuhkan tubuhnya. Selimut ditarik menutup kembali tubuhnya.

Arheana menggigit hujung bibir. Alamak! Kau punya pasal la ni mulut! Yang kau sibuk nak tanya tu kenapa? Kan dah bergegar tubuh dah!

Tubuhnya turut dibaringkan disisi Syaher. Errr...kekok jugak bila tidur sekatil dengan lelaki itu. Maklumlah. Mana pernah mereka tidur sekatil.

Matanya ditutup rapat. Cuba menghalau perkara negetif yang bermain dimindanya. Lama...namun seolah sia sia cuma.

********

Arheana mencapai iphonenya diatas meja disisi katil.
Baru jam 2.15? Ya allah! Kenapa lambat sangat waktu bergerak?

Tubuh Syaher yang membelakanginya dipandang. Nyenyak saja lelaki itu tidur. Sedangkan dia? Huh! Haram. Mata pun tak rasa mengantuk walau sedikit.

Krekk.krek..krekkk

Wife Ku Penggoda (complete 💞)Where stories live. Discover now