File 16 (final)

3K 149 63
                                    


And I'll use you as a focal point
So I don't lose sight of what I want
And I've moved further
Than I thought I could
But I missed you more
Than I thought I would
And I'll use you as a warning sign
That if you talk enough sense
Then you'll lose your mind
And I found love
Where it wasn't supposed to be

#Np I Found; Amber Run

6 bulan berlalu.

Volume earphone aku kuatkan sedikit, kaki aku bergerak mengikut rentak muzik, sambil jari aku ligat menyapu skrin henfon sementara menunggu teh tarik yang dipesan sampai. Aku beralih pula pada aplikasi WhatsApp. Nama Sara berada pada chat atas sekali. Dan setiap kali aku terlihat namanya di skrin, aku tersenyum sendiri.

Rasa seperti baru semalam aku berkenalan dengannya. Rasa seperti baru semalam aku direnjat elektrik dengan baton yang aku beli sendiri. Rasa seperti baru semalam juga aku melihat dia memutuskan penis... aiseh, siapa nama budak tu?

Ah, abaikanlah.

"Teh tarik, bang?" soal budak lelaki yang memakai apron dengan tag nama Haikal tersemat di dadanya.

"Haah." Balas aku, "Aa dik, bagi ice lemon tea satu eh?"

Budak lelaki bernama Haikal itu mengeluarkan sebuah buku nota kecil untuk mencatat pesanan, "Ice lemon tea panas ke sejuk?"

"Panas dik. Bagi yang paling panas."

Haikal memandang aku dengan riak wajah hairan sekitar 4 saat sebelum sel-sel otaknya mula berhubung, "Eh sorry bang, sorry!" katanya, menggaru-garu kepala sambil tersenyum tawar.

"Haha takpe-takpe, aku gurau je dik." balas aku diiringi ketawa kecil.

Aku melihat budak bernama Haikal itu berjalan masuk ke dapur, sebelum meja tempat aku duduk ditepuk, membuatkan aku sedikit terkejut.

Jimie.

"Mind if I join?"

"Please," kata aku, lebih kepada berbisik.

"Been a while eh? What are you up to?" soal Jimie.

"Kenapa kau nak kena tanya benda yang kau dah tau?"

Jimie ketawa kecil, "Just trying to make conversation."

"Since when kau friendly ni?"

"Since kau dah bahagia dan jarang bagi aku perhatian." balasnya, seakan merajuk.

"Kau touching ke ni?" soal aku, menaikkan sebelah kening.

"Oh please." Jimie ketawa kecil, menyalakan sebatang rokok, "Eh, aku macam dah lama tak nampak kau smoke?"

"Merokok tak baik untuk kesihatan, tau?" balas aku.

"She made you quit, didn't she?"

"Shut up."

"Wuu. Singa dah jadi kucing kettew? Nyiao." ajuk Jimie.

"Babilah kau ni, kau nak apa sebenarnya?"

"Saje, borak."

"Kenapa kau lain macam ni?"

"Hehe. Nothing. Aa, aku tak boleh lama ni, aku nak gerak kejap lagi."

"Gerak? Kau... nak gerak mana?" dahiku mula berkerut.

"Somewhere else."

"Like where?"

"Adalah." Jimie bangun, menjentik rokok yang baru separuh dihisap. "Take care, brother. You don't need me anymore. And take care of her too. Jangan curang. Kau tau what she's capable of, kan? Do not forget what she did to our little Daus."

Ah, yes, nama dia Daus!

Aku tergelak kecil, kemudian mengangguk.

"So this is it, isn't it? You, me, separate ways for real?"

Jimie memandang atas seketika, bibir gelapnya mengukir senyum.

"I guess... it is. For real." kembali memandang aku.

Aku mengalihkan pandangan aku ke arah bertentangan seketika sambil ketawa kecil, "Kau pun–" dan bayangnya hilang pada ketika aku kepala aku kembali menoleh, "...take care too, Jimie."

Take care, me.

"As-salam-mualaikuuum!" sapa Sara, berdiri di hadapan meja mengenakan t-shirt lengan panjang dengan seluar tiga suku dan kasut Converse high cut merah.

"Waalaikumsalam, makcik."

"Eh setannya panggil aku makcik!"

"Ha, language!"

"Ah shit!"

"Language lagi!"

"Ah, f– fish!"

"Nah, sila-sila," aku menghulurkan sebuah bekas kecil.

"Saborlah!" Sara cepat-cepat membuka dompet, memasukkan sekeping not RM 10 ke dalam bekas.

Bekas itu sebenarnya tabung yang aku beri nama Tabung Carut. Setiap kali ada di antara kami yang mencarut, denda RM5 akan dikenakan. Ia sebagai satu usaha kami memperbaiki diri sendiri sebelum melanjutkan hubungan kami selangkah lebih maju; bertunang. Ah, kelakar betul bunyinya.

"Lama dah ke tunggu?" soal Sara, sambil menyandarkan beg tangannya di sebelah kanan kerusi, dan meletakkan sebuah novel di atas meja.

"Bolehlah." balas aku, mata aku masih tertumpu pada novel di atas meja.

Kampung?

"Fixi lagi?" soal aku.

"Aah, biasalah." balasnya ringkas.

"Lawa cover. Best ke?"

"Much better lah dari novel cinta makcik-makcik."

"Hm. Fair enough."

"Ice lemon tea bang, panas habis. Tinggal sejuk je." sapa Haikal.

"Hamboih kau, pandai melawak dah." kata aku, sambil ketawa kecil dan mengeluarkan not RM10 Sara tadi dari Tabung Carut.

"Nah," not RM 10 aku hulur, "balance kau simpanlah."

"Eh betul ke?"

Aku mengangguk.

"Terima kasih bang!"

Aku mengangguk lagi sekali sebelum budak lelaki itu beredar.

"So, where is our lucky guest?"

Ah, ini soalan yang aku tunggu.

Semenjak kes... ah aku lupa lagi nama budak ni, but you know which one it was. Semenjak kes itu, kami mengambil sedikit masa untuk berkenalan dengan lebih rapat ketika melupuskan mayat budak tanpa penis itu dulu. Dan semenjak itu juga kami semakin kerap berhubung. Bermula dengan urusan 'kerja', sedikit demi sedikit kami mula selesa dengan kehadiran masing-masing. Dan kini aku percaya, two is better than one, indeed. And long story short, here are we; Sara menjadi kawan, kekasih, dan literally my partner-in-crime.

Hm. Kekasih?

Sesuatu yang aku tidak pernah jangka. Tapi biasalah, hidup ini memang kelakar, dan penuh dengan kejutan.

"Tu," aku menunjuk pada satu arah, seorang makcik gemuk berambut tinggi seperti sarang lebah dengan gelang emas sarat di kedua lengan. Dia dan seorang lagi lelaki sedang seronok berbual sambil menggesel-geselkan kakinya pada lelaki tua botak separuh yang duduk berhadapan dengannya.

"Mana satu?" soal Sara.

"Both of 'em."

"I see. Kucing lagi?" soal Sara.

"Arnab."

"Orait," Sara menghirup airnya buat beberapa ketika, "so what is our play?" soalnya, memandang aku tepat ke anak mata. Dan terus turun ke hati. OK menyempat!

Aku membalas kembali renungannya, kemudian tersenyum, "Okay. First, kita..."


-TAMAT-


SHAHRILWhere stories live. Discover now