Cerpen101: Jadikan ia seronok

17 1 0
                                    

1. Berseronok dengan menulis.
- Kita berseronok dengan beritahu diri kata-kata positif seperti, "Aku boleh menulis," atau "Aku suka bermain dengan perkataan."
- Beritahu diri, "Aku ada perkara BESAR yang penting dalam hidup aku, untuk dikongsi.

2. Berhenti fikir tiada siapa akan baca tulisan saya.
- Tulisan yang tidak akan dibaca adalah tulisan yang kita tak pernah tulis.
- Hidupkan semangat sendiri. Ambil langkah pertama : TULIS.

3. Tulis setiap hari.
- Berlatih menulis setiap hari.
- Menulis itu skil. Ia perlu latihan untuk mahir.

4. Baca, baca, dan baca. Kemudian, baca lagi.
- Penulis yang baik adalah pembaca yang baik.
- Baca sebanyak mungkin bahan bacaan, dari pelbagai genre (puisi, fiksyen, bukan fiksyen).
- Ambil isi penting yang boleh dimanfaatkan daripada bahan yang dibaca.

5. Belajar daripada penulis lain.
- Kaji hasil tulisan pengkarya lain.
- Datangkan pertanyaan, "Kenapa dia mulakan macam ni?" atau "Apa yang mereka buat untuk pilih perkataan yang paling sesuai untuk setiap ayat?" atau "Kenapa dia letak ending tu?"

Tambahan : Senyum. Ia memang sesuatu yang besar. Beritahu diri, "Saya PENULIS!"

Nota : Lelaki Berbaju Biru, buku fizikal pertama. Saya belajar banyak melalui buku ini.

Tip Cerpen101Where stories live. Discover now