s a t u

46.8K 2K 64
                                    










Biar lena aku,
bermimpikan bahagia.






" Mikael... "

Tangan kanan diletakkan di atas bahunya. Dia melepaskan keluhan, seraya merenung Mikael yang sedang menatap batu nisan yang masih baru itu.

" Dah hampir dua bulan, sampai bila kau nak duduk sini dan meratap pemergian dia? "

" Kau.. Tak akan faham. "

Bibirnya melepaskan keluhan. Seluar jeans hitamnya diangkat sedikit lalu dia duduk di atas tikar mengkuang iaitu bersebelahan dengan Mikael. Dia melihat wajah sisi Mikael yang sedang menatap batu nisan sedari tadi. Telefonnya terasa bagai nak dihempas gara gara geram dengan rakannya yang tidak mahu menjawab panggilan yang berpuluh puluh itu. Hampir satu sekolah dicarinya dari pagi sehingga ke waktu rehat, namun dalam banyak banyak tempat tanah kubur juga yang menjadi pilihannya itu?

" Kau tak akan faham.. Bila perempuan yang paling kau cintai, yang kau paling nak jaga akhirnya hancur dalam tangan kawan baik kau sendiri." Suasana yang sepi dipecahkan oleh suara Mikael yang serak gara gara menangis tadi. Dia dan Mikael sama sama menaburkan bunga berwarna merah jambu di atas tanah kubur ini.

" Kau tak akan faham macam mana rasa sakitnya bila kawan baik kau sendiri bergelak tawa atas perbuatan yang dia buat pada perempuan yang kau cintai-- Cara dia seolah olah dia tengah lakukan perkara yang betul."

Dia melihat tangan Mikael yang mengenggam penumbuk itu.

" Dan kau tak akan faham, macam mana dendamnya aku pada Adam."

Kepala Mikael yang ditundukkan tadi sedikit terangkat dan menoleh ke kiri. Air liur ditelan kelat, gara gara menyaksikan pandangan mata yang tajam menghelang ini. Iris mata Mikael yang hitam membulat itu seakan menunjukkan dendam yang semakin membara di dalam hatinya.

" Arash Mikael.. " Panggil dia dengan lembut. Matanya menatap susuk tubuh Mikael yang telah bangun itu.

" Jangan buat kerja bodoh--aku merayu, jangan biarkan dendam menguasai diri kau sendiri.."

" Aku merayu.." Matanya jatuh pada batu nisan yang berwarna putih itu. Terus dirinya diselubungi dengan rasa sebak.

MATA Adam melurus ke hadapan, melihat susuk tubuh Mikael yang berada di luar kedai ini. Mikael yang memeluk tubuh dan menatap tajam ke arahnya dari tadi menimbulkan rasa hairan di dalam dirinya. Adam tahu apa tujuan Mikael mencari dirinya, namun apa yang dia lebih risaukan apabila dia melihat mata Mikael yang jatuh pada adik perempuannya yang sedang makan ini.

" Sedap, sayang? " Bibirnya menguturkan soalan. Tangannya mengusap perlahan kepala Qisya Humaira yang baru sahaja berusia 15 tahun, yang muda dua tahun sahaja daripadanya.

Tenang sahaja wajahnya apabila melihat sisi adiknya ; Humaira yang sedang menikmat mi kari yang popular di kedai ini. Kepala melurus ke hadapan dan matanya masih menangkap mata Mikael yang memerhati setiap tingkah laku adiknya. Bibir Mikael yang tiba tiba sahaja mengukirkan senyuman, membuatkan dia berasa tidak selesa.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now