bab 2

3.1K 75 0
                                    

selepas 2 bulan,
Aku sudah bergelar arkitek pada usia 25 tahun . percaya tak? u olls kena percaya sebab aku dah jadi arkitek . kehidupan aku berjalan seperti biasa. Pagi pergi kerja, petang balik kerja dan malam tidur . Itu la rutin harianku sebelum bergelar isteri kepada Tengku Faez Haziq .

Tinggal lagi 1 bulan je lagi aku akan sah bergelar mrs.Faez Haziq . hati ? jangan kata la , dah tentu- tentu tak tenteram. aku masih tak bercontact dengan tunang sendiri sebab? hahaha sebab tak berminat . waktu tunang haritu pun , jumpa parents Faez Haziq je . Alasan kenapa dia tak datang ? sebab ada business trip ke Japan .

1 bulan sebelum berkahwin, 

"jiha . jihaaaa" jerit mamaku dari bawah untuk panggil makan malam.

" ye maa , jiha tengah turun ni " kataku sambil berjalan menuju ke tangga untuk ke bawah.

apabila aku sudah sampai di bawah , aku berasa hairan kerana aku melihat pada tetamu yang datang .

"kenapa macam ramai ? mama tak cakap pun yang ada tetamu nak datang malam ni. Aduh nampak gayanya kena naik balik aa macam ni , sebab nak pakai tudung , waduhh . kenapa mama tak cakap awal-awal . Nasib baik diaorang tak nampak aku fuhh . ehh dah la , pehal aku tercegat kat sini lagi. karang diaorang nampak aku tak bertudung , habis aku dapat dosa + kena marah dengan mama" kataku dalam hati.

"jihaaa oh jihaaa , lambatnya kamu ni turun , cepat la ada orang nak jumpa kamu ni" jerit mama sekali lagi .

"ye sabar , sabar . jiha tengah turun ni"jeritku sambil belari . nasib tak tersungkur kat tangga. kalau tersungkur tadi, buat malu je.

"ha turun pun kamu , lambat sangat turun, buat apa dekat atas ?"kata mama sambil bertanya

"jiha dah turun dah tadi , tapi jiha nampak ada tetamu . sebab jiha lambat , jiha pergi pakai tudung . takkan la jiha selamba je nak turun tak pakai tudung . karang free free je kena ceramah dengan mama kesayangan kita ni" kataku sambil bergurau. aku bergurau sampai lupa yang ada tetamu . ha tu laa ,  baru kejap je dah lupa , lupa apa ? lupa yang ada tetamu sedang dok perhatikan aku cakap dengan mama .

"nak kena la tu , mama cubit kang ! . by the way , jiha kenal tak ? tetamu yang datang ni ?" kata Datin Nora

"kenal la ma , Tengku Adam dengan Tengku Sharina" kataku sambil malu-malu

"jiha , tak payah la nak panggil kami dengan gelaran Tengku . Lagipun kitaorang dah nak jadi ibu dan bapa mertua jiha dah , now panggil je mummy dengan daddy . Jiha kena cuba , nanti lama-lama dah boleh dah panggil tanpa rasa janggal" kata Tengku Sharina

"sorry emm.. ma.. mummy " kataku dengan suara yang gagap . padahal tadi okay je suara aku , tetiba je jadi macam ni , kekok .

"ha macam tu la , pandai anak papa ni . eh jiha takkan tak kenal yang duduk sebelah daddy kamu tu ?" kata papa dengan suara dan nada yang ceria

"ha? jiha tak kenal la paa , siapa tu ?"kataku dengan hairan , sebab tak pernah jumpa .

"jiha , ini la Tengku Faez Haziq . Tunang jiha, maaf la haritu dia tak datang sebab ada business trip dekat japan." kata mummy  dengan wajah yang sukar aku gambarkan , tetapi sangat gembira .

Ya Allah , handsomenyaa bakal suami aku , dah la handsome , tinggi , pandai bergaya , kaya , pandai . sangat menepati ciri-ciri lelaki idaman  wanita di Malaysia. termasuk aku , eh ? hahahah. eh aku pun ada perasaan dah keinginan okay , mesti la nak bakal suami aku yang boleh bimbing aku kejalan yang lurus .

"ha jiha , kamu mengelamun apa ? dah tak sabar nak jadi wife Faez ?" kata papa dengan wajah yang sangat sesuatu .

"ehh . mana ada la paaa , jiha tengah emm . emm .... ha,berzikir . ha jiha tengah berzikir" kataku sambil tutup malu sebab mengelamun . orang kata tipu sunat tak apa , jadi tunggu hari raya la , aku minta maaf kat papa sebab tipu sunat . hehe

"ha , dah dah . jangan nak menyakat jiha ni , kang tak pasal-pasal dia merajuk , kalau merajuk senang pujuk tak apa , ni merajuk susah betul nak dipujuk . tabah je la ya Faez " kata mama sambil tersenyum

"baik mama " kata Faez Haziq

"waaaa , advanced sungguh dia ni , dah pandai dah curi hati mama aku , heh . Tapi suara dia memang sedap . Ya Allah . terima kasih sebab kau jodoh kan aku dengan dia ni . eh jap . melebih pula aku ni" kataku dalam hati

"Adam , Shahina mari la kita makan , rasanya dah boleh dah kita makan ni. Lepastu kita solat sama-sama" kata Dato Hisyam.

"jom la , lagi awal kita makan , lagi awal kita solat . betul tak ? Hisyam ?" kata Tengku Adam

"betul " kata Dato Hisyam

mama , papa , mummy dengan daddy semua dah pergi meja makan . sekarang tinggal aku dengan Faez je belum bergerak . tak leh jadi ni , aku kena bangun sekarang ,kang diaorang kata aku nak jumpa tunang aku pula . baru je nak bangun. Tetiba je ada orang panggil nama aku . aku pelik , siapa pula yang panggil aku , diaorang semua dah pergi meja makan , siapa pula nii . aduhh . baru je nak toleh pandang siapa yang panggil . Tetiba suara tu datang lagi . seram ? jangan cerita, aku la orang yang paling penakut dalam rumah ni . kalau nak tengok cerita seram , aku la orang pertama undurkan diri . sebab? takut nanti teringat-ingat dalam bilik . Lepastu mimpi benda pelik-pelik . eh jap, dah tersasar jauh dah ni . back to the topic , aku baru teringat yang aku dekat ruang tamu ni bukan seorang , tetapi dua orang . siapa seorang lagi ? Tengku Faez Haziq la , siapa lagi .

"Najihah" kata Tengku Faez Haziq

"emm ... ya saya ?" kataku dengan penuh gemuruh , bukan sebab apa , che takut .

"your full name is Anis Najihah Binti Dato Hisyam ? right ? " kata mr tunangku , siapa lagi kalau bukan Faez Haziq la .

" yes . and your name is Tengku Faez Haziq kan?" tanya aku , senanya aku dah tahu , tapi saja je nak berborak dengan dia .

"Tengku Faez Haziq bin Tengku Adam" katanya sambil menekankan bin Tengku Adam tu .

"oh , I forget ." kataku

"by the way , you're 25 years old and you work as a architect? it is true? jiha?" katanya sambil merenung mengancam ke arahku .

alaaa renungan yang membuatkan wanita pandang pasti cair . same goes to me , cair macam air kat sungai .

" Yes you are , sorry la . I tak tahu you kerja apa , dimana and umur you berapa . I tak pernah tanya mama " kataku dengan nadar yang sedih . ye laa, dia tahu che punya umur dengan kerja apa kot , so bad jiha

" its okay , I'm 28 years old and I work as a CEO in D Pyramid Company . Daddy punya syarikat " katanya dengan suara yang lembut dan yang paling penting dia senyum .

"oh I see . lupaa , I arkitek dekat T Square Company , papa punya syarikat ." kataku dengan suara yang paling lembut . alaa nak jadi perempuan melayu terakhir .

"notedd . so 3 weeks left .  are you ready to be my officially mrs Faez Haziq ?" katanya sambil keningnya berjengkit .

"not sure about that , eh jum makan . I lapar la . nanti diaorang cakap apa pula  , kita lambat macam ni " kataku sambil menutup malu . ye laa dah dia tanya ready ke tak . takkan la aku nak ckp ready . nampak sangat la , aku syok kat Faez Haziq ni. aku kena lah jual mahal sikit . hahahaha

kitaorg berjalan bersama-sama pergi ke meja makan , datang je sana . dah kena bahan sebab lama sangat . nasib la diaorang dah makan dulu . takde la rasa sebersalah sangat . kitaorang duduk sebelah-sebelah and janggal kut . mama dengan papa asik nak cakap yang kitaorang ni secocok la , sepadan la . perasaan aku dengan Faez time tu ? ofcourse la kami malu-malu . alaa first kenal , takkan la dah dah boleh sesuaikan dirikan . same goes to us yang baru jumpa tak sampai 1hari ni .

Dah habis makan , solat dan juga borak-borak . Tengku Adam dan Tengku Shahina serta anak bujang mereka  yang bakal berkahwin dengan puteri cantik ini . Akhirnyaa saat yang aku tunggu-tunggu telah tiba , iaitu saat diaorang nak balik  . Lega kot , tak ada laaa diaorang sakat kami berdua .

Harini sangat bermakna . sebab? tunang I datang rumah I laa uolls .

Derita dalam bahagia Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang