36: KAHWIN

656 28 0
                                    

Semakin pelik perangai Feeya sekarang, haritu tak kenal aku. Sekarang tak ingat yang aku ni customer dia.

"Sejak bila saya bukak kedai kek? Jadi party planner awak plak ni? Dah lah Is, awak makin mengarut." Kata-kata Feeya semalam masih segar di ingatan. Tergamam habis aku bila dia kata aku mengarut.

"Papa!" Mati lamunanku apabila Qisya menjerit sekuat hati memanggilku. "Papa nak pergi mana ni? Kata nak pergi kedai? Ni dah terlajak lah papa!"

          "Astaghfirullahalazim! Sorry Qisya! Papa terberangan pulak masa bawak kereta." Terpaksalah aku u-turn untuk ke kedai di tepi jalan ini.

          "Papa berangan pasal apa? Pasal aunty Feeya eh?? Kan papa kan?" Usik Qisya yang duduk disebelah tempat memandu sambil memakai tali pinggang keledar.

          Aku tergelak kecil. Pandai-pandai je Qisya ni... "Ha tu papa gelak! Betul lah tu!" Gelak Qisya. Petah sungguh Qisya berbicara.

          "Okay kita dah sampai!" Aku memakirkan kereta betul-betul di hadapan kedai tersebut. Enjin kereta dimatikan lalu aku keluar daripada perut kereta untuk mengeluarkan Qisya pula.

          Masuk sahaja di dalam kedai runcit, Qisya sudah menghilang. Seperti biasa, Qisya akan ke bahagian gula-gula. Aku pula akan ke bahagian telur kerana telur di rumah Pak Usu sudah kehabisan.

          Sibuk membelek telur mana yang elok, aku ternampak Cik Pah. "Assalamualaikum Cik Pah!" Tegur aku.

          "Waalaikumsalam! Ha! Ya Allah! Lama tak jumpa.. Apa nama? Erm.. Is! Ha apa khabar?" Tegur Cik Pah sebaik berpaling.

          "Alhamdulillah.. Sihat. Cik Pah nak beli apa dekat sini?"

          "Cik Pah cari telur.. Nak masak bubur untuk Feeya. Buat telur hancur bubuh dekat bubur. Feeya kan sakit lagi, tu yang nak masak untuk dia.." Cik Pah membelek-belek telur.

          "Nak tanya sikit boleh tak Cik Pah? Kenapa ek saya jumpa Feeya tapi dia kata dia tak kenal saya.. Lepastu bila saya kata saya customer dia, dia langsung tak ingat.." Luah aku. Sepapan telur gred A dipilih. Kami berbual sambil berjalan menuju ke kaunter.

          "Tu yang Cik Pah risau, Feeya hilang ingatan... Sebab accident haritu. Tapi Cik Pah tak risau sangat sekarang sebab tak lama lagi Feeya dah nak kahwin.. Biar senang sikit. Sekurang-kurangnya ada orang jaga dia.." Tergamam aku bila Cik Pah kata macam tu. Duit yang aku hulur nak bayar sepapan telur terbantut.

          "Fee..Feeya nak kahwin?" Tergagap-gagap aku. Terkejut bila dengar Feeya nak kahwin. Takkan dia dah bagitahu mak dia yang dia nak kahwin dengan aku?

          "Haah.. Dengan si Emir tu.. Cik Pah yang suruh..."

          "Lah iyeke.. Seronok Feeya dah nak kahwin." Senyuman aku tonjolkan walaupun di dalam hati remuk. Patutlah Feeya teragak-agak nak terima aku. "Tapi Feeya kan hilang ingatan, dia ingat ke Emir?"

          "Tak pun.. Cik Pah pujuk dia supaya terima. Cik Pah kesian tengok dia, tak de orang nak jaga dia. Kalau ada suami senang sikit.." Aku dan Cik Pah selesai membayar telur dan jalan menuju ke luar kedai.

          "Baguslah tu.. Nanti Feeya kahwin, Cik Pah jangan lupa jemput pulak.."

          "Inn sha Allah.. Cik Pah pergi dulu ye.." Cik Pah berjalan menuju ke sebuah kereta myvi. Lidahku kelu. Betul ke apa yang aku dengar tadi?

          Aku meletakkan sepapan telur tersebut di bonet kereta lalu memandu kereta perlahan. Aku merasakan ada sesuatu yang kurang. Kereta macam sunyi dan macam ada yang tertinggal.

Siapa pilihan hati?Where stories live. Discover now