Part 1

966 34 5
                                    

DADA Zarina berdebar debar. Semalaman dia tidak tidur. Hatinya rawan dan gelisah. Dia takut jika Amir pulang. Dia tidak melihat Amir sejak pergaduhan petang semalam. Entah dimana suaminya itu tidur,dia tidak ambil pusing. Hatinya lebih tenang jika lelaki itu pergi.

Semalam Zarina ingat benar dia melawan Amir. Botol kaca perhiasan pecah bertaburan, darah menitis di lantai. Dia pasti Amir cedera. Kapal kecil di dalam botol kaca terhumban di lantai. Zarina hanya membiarkan. Dia puas kapal itu sudah bebas. Suatu hari nanti dia juga akan bebas daripada lelaki itu.

Zarina mengepal ngepal kedua dua tangannya. Apa yg dia harus buat? Dia bimbang jika Amir pulang membalas dendam. Maka dia harus bersedia. Dia meletakkan sebilah pisau di bawah bantal. Dia persiapkan kunci dan mangga baru. Pagi pagi lagi dia sudah bersiap mahu berjumpa Sarah kawan baik yang paling dipercayai. Mujur Sarah bekerja sebagai guru KAFA sentiasa punya waktu untuknya.
"Kau ni mundar mandir , duduklah dulu minum air tu." Sarah rimas melihat kelakuan Zarina.
"Apa yang aku nak buat Sarah?Aku takut!"
"Apa sebenarnya yang Amir buat pada kau?"
"Aku rasa dari awal lagi semua ni dirancang,Sarah. Perkahwinan aku ni satu perangkap."
"Siapa yang perangkap kau? Amir? Ina...aku tahu kau selalu gaduh dgn dia, tapi aku belum nampak kau lebam lebam kena pukul"
"Kau paham tak deraan emosi? Dia kurung aku dalam rumah. Cemburu tak bertempat. Dia kawal apa aku pakai. Rumah dia pasang kamera intip pergerakkan aku."
"Ish..takkan sampai mcm tu,Ina?"

"Kau tak percaya dtg rumah aku, aku tunjukkan bukti."

Sarah terdiam, dia benar benar tidak paham apa punca masalah rumah tangga Zarina yang sebenar. Tetapi dia rasa ada yang tidak kena dengan sikap Amir. Dalam hati dia kasihan dengan Zarina.

Bebaskan Aku Sayang.Where stories live. Discover now