Bab special 3

28K 797 24
                                    

Iman menyikat rambutnya di depan cermin meja solek. Baju yang dipakainya dilihat.

"Dah kenapa Hana suruh pakai baju ni?" Desis hati Iman. Mana taknya. Makan malam tetapi memakai baju formal.

Iman menuruni anak tangga. Dia berasa hairan melihat ruang tamu dan ruang makan dalam keadaan gelap.

"Hana? erkkk,Sayang???" Laungnya. Tetapi laungannya berhenti apabila terdengar bunyi di dapur.

" Ssapa tu??" Katanya dan menuju ke dapur. Apabila tangan Iman memetik suis ,lampu terus terbuka. Yelah,takkanlah lampu tertutup pulak kan....

"Aishhh,Bell...." Diangkatnya kucing perliharaannya yang bernama Bell.

"Apa Bell buat kat sini? Nampak tak mama Hana?" panggilan untuk Hana terhadap seekor kucing. Tiba2 bunyi di ruang tamu pulak. Iman memengang lehernya.

"Aduh,sekarang apa pulak?" Dijenguknya ruang tamu. Iman berjalan dengan perlahan lahan.

" Bell teman papa Iman ye..." Diusapnya kucing yang berada di tangannya.

" Sayang ke tu??"

Tiada panggilan.

"Sayang jangan main-main??"

Tiada sahutan.

"Sayang kat mana!!!"

"Booooo..." Pakaian putih entah muncul dari mana menyebabkan Iman terdorong ke belakang dan tersadung. Punggungnya selamat mencium lantai dan kucing terus lari dek takut dengan pakaian putih tu.

"Ngiauuuu!!!" Bunyi garau kucing.

"Astaghfirullahalazim." Berulang ulang Iman menyebut sambil menutup mata.

"Ya Allah,ya Allah selamatkan daku."desis hati Iman .Kalau ada kekuatan dah lama dah dia nak tendang. Masalahnya tiba2 kaki rasa lemah. Oh Menn...
Tiba2 matanya rasa diterangi cahaya. Cepat2 dia membuka mata.

"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkannnn,Iman saya. Allah selamatkan kamu..." Hana mencangkung di hadapan Iman. Iman kelihatan agak terkejut

"Tiuplah." Hana tersenyum teruja. Iman meniup lilin tersebut tapi masih dalam keadaan terkejut. Dia kemudian mengikuti Hana yang menarik tangannya ke meja makan.

"Wahhh,banyaknya makanan."

"Alhamdulillah untuk abang jugak. Hari ni kan birthday abang." Iman yang dalam keadaan agak blur waktu tu baru teringat.

"Ek ehh,yelah hari ni birthday abang. Ingat juga isteri abang ." Iman mencuit hidung Hana. Hana hanya tergelak kecil.

***

Semasa mereka menikmati makanan.

"Abang."

"Hum?" Iman yang tengah makan melihat Hana yang duduk bertentangan dengannya.

"Mulut abang comotlah." Dilapnya makanan yang berada di mulut Iman. Iman hanya tersengih. Macam budak keciklah Iman ni.

"Sayang ... Ada nak cakap sesuatu ni..." Hana teragak agak untuk memulakan bicara.

"Oh. Abang pun nak cakap sesuatu. "

"Tak pe abang cakap dulu."

"Tak pe sayang cakap dulu."

Dua-dua cakap dengan serentak. Mereka tergelak kecil.

"Tak pelah abang cakap dululah ye. Mmmmmm.. Abang... Abang..." Iman membuat muka serius.

"Abang apa??" Hana mula merasa pelik.

"Abang..."

"Abang..."

"Abang."

"Abang!!!!" Hana menjerit kecil.

"Oitt,mak kau nak kahwin lagi satu.!!" Iman mengurut dadanya akibat terkejut.

"Kahwin lagi SATU??!!!" Mata Hana terbuntang.

"Aishhh,awak ni... Buat abang terkejutlah. mana ada nak kahwin lagi satu. Tapi kalau sayang bagi change..Emmmm.." Iman tersenyum senget

"Auchhh.." Hana mencubit lutut Iman.

"Ishhh,sayang ni abang gurau jelah." Dicubitnya kedua dua pipi Hana. Hana mengaduh sakit.

"Hahahaha.. Dan merah pipi tu. Tak delah. Takkanlah abang nak kahwin. Abang kan ada sayang. Btw,balik pada apa yang abang nak cakap. Abang sebenarnya dapat naik PANGKAT!!" Iman tersenyum riang.

"Biar betul? Tahniah abang." Hana menepuk tangan kepada suaminya.

"Ok,apa yang sayang nak cakap tadi?" Kini Iman pula menunggu apa yang dihendak cakapkan oleh Hana.

"Mmmmmm.........."

"Sayang...."

"Mengandung."

Tiba2 muka Iman berubah.

"Erkkk. Abang??? Abang macam tak suka~........." Belum sempat Hana menghabiskan bicaranya,Iman menyampuk.

"Gile kata tak suka?" Iman berdiri dan menarik tangan isterinya untuk berdiri. Dipeluknya Hana.

"Abangggggg suka sangat!!! Alhamdulillah. Allah makbulkan doa kita sayang..." Hana hanya tersenyum. Dia membalas pelukan Iman. Tiba- tiba dia terasa bahunya basah.

"Abang.. Abang nangis ka?" Hana meleraikan pelukkannya. Disekanya air mata Iman yang keluar sedikit.

"Janganlah nangis." Hana berasa terharu. Yelah,cuba bayangkan bukan senang nak tengok lelaki nangis kan.

"Abang happy sangat. Akhirnya kita dapat anak. Sekurang kurangnya,abang dapat lihat Hana gembira sekarang." Katanya sambil menangis. Dikucupnya tangan Hana yang menyeka pipinya tadi. Hana tersenyum kecil.

"Setiap dugaan ada hikmahnya,abang. Ini bukti Allah sayangkan hambanya." Ujar Hana. Dia mengukir senyuman manis buat suaminya. Sungguh. Dia sayang insan yang berada di depannya. Iman mencangkung di depan Hana lalu dia mengusap perut Hana yang masih kempis.

"Assalamualaikum anak abah. Anak abah nak tahu. Abah gembira sangat kehadiran anak abah ni. Anak abah ni jangan nakal2 tau. Kesian dekat umi." Iman bercakap dengan anaknya. Hana yang lihat, tersentuh hatinya. Matanya berkaca - kaca. Dia mengusap rambut Iman. Iman bangun. Dia meraih tangan isterinya.

"Abang janji abang akan jadi suami dan ayah yang baik buat sayang dan anak2 kita nanti. Abang sayang Hana." Kata Iman. Dia menarik Hana dalam pelukannya. Cuba menenangkan isterinya.

"Sayang pun sayangkan abang. Abang jangan tinggal sayang,k. cinta sampai ke jannah. Okay?" Iman mencium ubun - ubun isterinya.

"Ye sayang." Hana mengetatkan pelukannya itu.

>>>>>END<<<<<

______________________________
Selamat Hari Raya Aidilfitri readerss. Thanks sebab support author sampai sekarang. Habis dah bab special. Btw,author ada buat cerita baru so tunggulah ye. Mungkin cuti sekolah kot. So lama lagilah^^. But just wait,k.
#assalamualaikum.
#MusuhKu IsteriKu.




MusuhKu,IsteriKu.Onde histórias criam vida. Descubra agora