9

1.6K 48 4
                                    

First of all, hi semua, aku minta maap kerana dah lama tak update cerita ni, serius aku cakap, aku busy gilerrrr, sampai aku rasa dah taknak hidup lagi, but here I am, tetap tabah menghadapi dugaan, so korang enjoy eh the new update tak panjang, sorry again, love you guys. 


Sinar mentari pagi masuk kedalam bilikku, sudah seminggu sejak pertemuan yang tidak disangka dengan Eva di mall hari itu. Beg kertas yang diberi oleh Eva masih belum aku sentuh, apa agaknya didalam beg itu. Deknon pula asyik ceritat tentang Eva, tak habis-habis. Aku ada nombor telefon Eva, tapi kalau aku call dia nanti dia busy pula, macam mana? Kalau aku text dia, dia tak reply, nanti aku juga yang sakit hati, aku tunggu dia text aku, memang harom lah kan, sampai ke sudah tak text.

Aku bangun tinggalkan katilku dan menuju ke bilik mandi. Bila aku keluar dari bilik mandi, aku nampak notification dekat phone aku, terus aku berlari pergi ke katil dengan basah-basahnya badan aku ni.

Eva: meet me at X hotel, level 35, room 3501, tomorrow at 10 am.

Aku: can I know what for?

Eva: just come okay?

She texted me! Dia text aku. Omagad, I can't believe this, she finally texted me, dan dia nak jumpa aku dekat hotel! Tingkat 35 bilik no 1 omagad! Oleh itu, aku dengan perasaan happy dan excited terus ke almari bajuku dan mencari baju yang sesuai untuk berjumpa dengannya esok. Arghhhhh tak sabarnya. So, malam ni kena pakai mask, pastu scrub muka, buang blackhead, because tomorrow is a big day!


Aku turun ke dapur dengan seribu harapan ada makanan pagi terhidang diatas meja makan, tetapi harapanku meleset apabila aku nampak Deknon makan roti je. Aku senyum kepadanya lalu membuka peti sejuk dan mengambil jus oren dan minum.

"Kau nampak macam happy je?" kata Deknon dengan nada sindiran.

"Eh? Bukan aku memang hari-hari happy ke?" Jawab aku.

"Ah, yeke? Mesti ada apa-apa yang berlaku kan?" Tanya Deknon lagi.

"Yelah yelah, harini aku nak pergi jumpa Amir. Dia baru balik ke Malaysia dua hari lepas."

"Oh, patutlah happy semacam, kirim salam dekat dia."

"Okay baiklah."


Ya, aku nak pergi jumpa kawan baik aku, Amir yang dah lama aku tak jumpa, mestilah aku happy, tapi aku juga happy sebab esok aku nak jumpa dengan Eva. Lagi bergandalah happy aku.

Aku mengenakan kemeja ala-ala baju melayu teluk belanga, dan juga skinny jeans, rambut pula aku sanggulkannya. Terus aku mencapai wedges dari rak kasut dan masuk kedalam kereta.

"Aku on the way ni." Aku mencapai iphoneku dan terus text Amir.

"Okay, see ya later." Tak sampai beberapa saat setelah text message aku dihantar, Amir terus membalasnya.

Kita orang telah berjanji untuk berjumpa di Starbucks Times Square. Sampai sahaja dekat times square, aku terus menuju ke Starbucks, dan aku order Caramel Crème Frap satu, lalu aku bawa ketingkat atas. Aku nampak Amir sudah ada dimeja dan menunggu kedatangan aku.

"Hey, what'sup?" tanya aku.

"Nothing is up."

"Okay, so how is Canada?"

"Blue and cold, sometimes sunny."

"Hey, what's wrong?"

Aku tanya Amir kenapa dengan dia ni, lalu dia pun berceritalah tentang boyfriend dia ada lelaki lain, yer, dia gay, sebab tu kitaorang boleh kawan baik sampai sekarang. Aku dengar luahan hati dia, so aku tak sampai hati nak cerita tentang Eva dan juga tentang esok.

Loving Stevens (bahasa Melayu)Where stories live. Discover now