BAB 8

5.7K 127 24
                                    

"HMMM, CANTIK. Cantik sangat corak ni. Corak abstrak. Nanti bolehlah kita guna untuk kita punya graphic t-shirt."

"Kau tak payah seronok sangat perli aku, boleh tak?" dengus Syamil sambil membetulkan urat belakangnya yang masih terasa sengal. T-shirt miliknya yang dipegang oleh Hazri dilirik melalui ekor mata. Itulah bukti betapa dia, Syamil Imran sudah pun menjadi mangsa kepada keganasan seorang wanita.

Hazri tertawa kecil seraya menoleh pada Syamil yang elok sahaja tidak berbaju dan menyandar di sofa. Wajahnya cukup cemberut, membayangkan ketidakpuasan rasa yang bersarang di dalam hati sang pemilik. Huh, itulah. Padan muka! Siapa suruh bergurau tak kena tempat? Memang patutlah kena tendang sampai tersembam. Jatuh macam nangka busuk.

"Aku bukannya buat apa-apa. Tak ada dan tak hingin pun. Aku cuma usik dia aje. Yalah, dah dia tu selamba sangat mengata aku. Nak cakap aku ni lelaki lembutlah, biseksuallah..."

"Dia memang cakap direct macam tu ke?" sampuk Hazri sambil membaling baju Syamil ke arah tuannya. "Baju tu kau cuci sendiri nanti. Aku bukan amah kau nak tolong basuh."

Syamil pantas menyambut dan menyangkutnya pada kepala sofa.

"Tak adalah. Tapi dia duk menyindir-nyindir aku. Macamlah aku ni bodoh sangat dan tak boleh faham."

Sekelipan dahi Hazri membentuk kerut. Langkahnya diambil sebelum dia melabuhkan duduk di sebelah Syamil. Kedua-dua belah kaki diangkat ke atas sofa dan disilang membentuk sila. Kemudian dia memusing tubuh agar betul-betul berhadapan Syamil.

"Aku confuselah. Kenapa pula tak ada angin, tak ada ribut dia nak cakap macam tu pada kau?"

Syamil terkemap sebentar. "Well, itu..."

Sepasang mata Hazri mula mengecil, menayangkan muka keanehan dan curiga pada sahabatnya. "Apa yang sebenarnya dah jadi ni? Apa yang kau dah buat, Syamil Imran?"

Terlopong mulut Syamil. Amboi, nak menuduh nampak?

"Kau jangan tengok aku macam tu. Aku mana ada buat apa-apa!"

"Eleh, kau! Manusia yang paling tak boleh aku percaya," ejek Hazri.

"Kau ni..." rengus Syamil. Si Hazri ni kawan aku ke kawan Miss Sweetheart? Bukannya nak kasihan pada manusia yang konon-kononnya bestfriend forever dia ni. Huh, BFFlah sangat! Macam ni ke rupa BFF?

"Kau tak payah nak berdrama swasta bagai. Tak payah tunjuk muka tak puas hati kat sini. Just tell me. Apa yang dah berlaku sampaikan Miss Sweetheart boleh cakap macam tu pada kau?" Selamba Hazri mencantas. Wajah kegeraman sahabatnya dipandang tanpa perasaan apa-apa.

"Mana ada..."

"Mana ada apanya? Bukan namanya Syamil Imran kalau kau tak ada buat apa-apa. Aku tahu mesti ada something punyalah," sergah Hazri sebelum sempat Syamil melarikan diri.

"Okay, fine!" Akhirnya Syamil mengaku kalah. Huh, meletihkan jiwa raganya sahaja kalau terus-terusan berlawan kata dengan budak Hazri ini. "Sebab Fiya."

"Aik, apa pula kena mengenanya adik kau dalam hal ni?"

"Semuanya. Semunya kerana dia." Dengan lagak malas, Syamil menjawab.

"Maksud kau?"

"Dia guna kereta aku."

"So...." Hazri masih keliru.

"So..." Syamil mengangkat kening tepat pada Hazri.

Sesaat...dua saat mata Hazri terkelip-kelip sebelum akhirnya terbuntang luas. Oh, God! Don't tell me budak Syamil ni...

To już koniec opublikowanych części.

⏰ Ostatnio Aktualizowane: Dec 03, 2023 ⏰

Dodaj to dzieło do Biblioteki, aby dostawać powiadomienia o nowych częściach!

ENCIK SAYANG DAN MISS SWEETHEART (Published)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz