♠ #RAYASPECIAL ♠

2K 208 20
                                    

" Aku betul-betul kecewa "

"Oh, Seokjin."

Jin: Aku dah balik..

"Dah tiga tahun kau keluar, baru tahun ni kau nak balik? Hm?"

Jin: Mianhae Jungyoung. Hyung--

Jungyoung: Kau apa? Kau dah lupakan kami semua kat sini? Kau dah lupakan kumpulan kita ni?

Jin: Aniya. Aku, tak pernah lupa. Malah, aku selalu ingat.

Jungyoung: Ingatkan dah lupa dah.

Jungyoung berkata dengan nada angkuh. Masih ingat Kang Jungyoung dan gangnya yang pernah belasah Jungkook? (Rujuk part 9).

Kang Jungyoung. Seorang ketua kumpulan samseng dan pengedar dadah. Seumur dengan Jimin dan V. Jungyoung tak pernah memanggil Jin "Jin hyung" seperti ahli BTS memanggil Jin. Baginya, Jin cuma hamba abdi dia sahaja.

Jin: Jungyoung-ssi.. tak boleh ke kau hentikan semua kegiatan kau ni?

Jungyoung: Aku? Hentikan semua sumber duit aku? No way.

Jin: Jungyoung, aku risau kalau kau kena tangkap dengan polis.. Kau tu masih muda tahu? Sekolah pun belum habis

Jungyoung: Seokjin, stop it. Takda maknanya aku nak sekolah lagi dah. Aku dah dapat apa yang perlu kat sini. Aku dah ada kerja. Aku dah kaya. Petik je jari aku dah boleh dapat apa yang aku nak

Kata Jungyoung yang memandang Jin sambil tersenyum sinis.

Jin: Jungyoung, jebal.. hentikan semua ni..

Jungyoung: No. Never. Kau bukan sesiapa nak hentikan aku. You're just my slave.

Jin: Kau memang tak pernah nak berubah kan?

Jungyoung: Memang. Kau tu yang dah berubah! Tiga tahun kau tinggalkan kiteorang, tiga tahun kau duduk dengan Jimin, Taehyung dan Jungkook, kau dah berubah banyak.

Jin: Aku cuma nakkan kehidupan yang lebih tenang. Bukannya huru-hara macam tiga tahun lepas

Jungyoung: Oh, kalau macam tu.. Tak perlulah kau balik sini dah. Kalau kau tinggal sini, nanti kau takkan tenang

Jungyoung memerli Jin.

Jin: Jungyoung, aku balik sini sebab aku risaukan kau..

Jungyoung: Tak payah risaukan aku. Risaukanlah enam ekor tikus yang buat kau tinggalkan aku tu

Jin: Diorang bukan tikus! Diorang sahabat aku!

Jungyoung: Oh, sekarang kau pandai melawan aku pula?

Jin: Kau dah belasah Jungkook sampai dia cedera teruk! Yoongi dan Namjoon pun kau belasah! Kenapa buat macam tu kat diorang?? Kenapa tak cari aku je?

Jungyoung: Sebab aku tau kau tinggal dengan diorang. Jadi, aku kerjakan diorang.

Jin: Jungyoung, dengar sini. Jangan sesekali libatkan Jungkook untuk buat kerja kotor kau. Dan jangan libatkan diorang semua, faham?!

Jin meninggikan sedikit suaranya. Jungyoung memandang sinis ke arah Jin.

Jungyoung: Sekarang, kau pandai tengking aku pula Seokjin?

Jin hanya diam. Dia mengangkat begnya dan masuk ke dalam biliknya. Sudah tiga tahun bilik di rumah itu ditinggalkan dan kini dia kembali. Bilik itu agak tidak terurus. Jin mengeluh dan mula mengemas. Selesai mengemas, dia baring di katil dan termenung.

Jin: Agaknya, budak-budak tu.. okay ke? Siapa nak tolong masakkan untuk diorang nanti? Jungkook okay ke? Dah sihat ke dia? Namjoon okay ke aku takda kat sana? Jimin dengan J-Hope happy ke? Taehyung tak apa-apa ke? Yoongi...

Dia teringat tentang Yoongi yang pernah memarahinya kerana merahsiakan tentang hal ini. Hal yang Jin akan meninggalkan mereka untuk kembali kepada Jungyoung.

Jin: Mesti.. Yoongi marah dengan aku..

ㅡㅡ

Scooter merah dipandang kosong. Jin menyentuh dan menggosok-gosok scooter merah itu.

Jin: Jungyoung, kenapa kau curi scooter ni? Kau tahu kan mencuri tu tak baik? Dan kau kan kaya. Kenapa nak curi scooter Yoongi?!

Jungyoung: Sebab aku nak pecah belahkan korang semua. Tapi aku salah. Yoongi langsung tak marahkan budak hingusan tu. Dan kau masih lagi melekat dengan diorang.

Jin: Kenapa kau tak cari je aku? Kenapa kau mesti buat semua ni jadi lagi rumit?!

Jungyoung tidak mengendahkan Jin. Dia menarik zip hoodie hitamnya dan menutup kepalanya dengan snowcap hoodie itu. Dia berlalu pergi untuk menjalankan kerja kotornya, mengedar dadah.

Jin: Tak guna budak tu. Dia ingat, aku Seokjin yang dulu ke? Silap besar. Kau tunggu Jungyoung. Kau tunggu.

Jin bangun dan masuk ke dalam rumah.

Jin berada dalam gang Jungyoung kerana dia diugut oleh Jungyoung. Dia tercalarkan kereta Jungyoung semasa mencucinya. Jungyoung yang tak puas hati mengugut Jin supaya menyertai kumpulannya dan menjadi hamba abdinya atau tidak, dia akan bunuh Jin. Jin yang takut hanya akur dengan arahan Jungyoung.

Tapi itu semuanya kisah tiga tahun yang lepas. Jin kembali kepada Jungyoung dengan satu misi. Misi untuk menghentikan Jungyoung dari terus mengedar dadah dan menjadi gangster. Tetapi jika dia gagal, dia mungkin tak hidup lagi di dunia ini.

Flashback

Jin: M-maafkan saya! Saya tak sengaja..

Jin menundukkan badannya berulang kali kepada seorang lelaki yang kelihatan muda darinya.

"Kau ingat kereta aku ni murah?! Eh, menyesal lah aku datang car wash kau ni! Dah la tempat pun murahan! Perkhidmatan kau pun teruk!"

Jin: Maafkan saya! Sebagai ganti, encik ambil lah semua keuntungan saya harini

"Tak perlu. Duit kau tu kalau aku ambil, sampai kau mati pun takkan cukup untuk bayar kereta aku ni!"

Kata lelaki muda itu dengan angkuh. Memang betul keretanya mahal tapi Jin tak sengaja tercalarkan kereta lelaki itu. Lagipun, sikit je kesan calarnya.

"Hmmm... Aku nak, kau jadi hamba abdi aku untuk tebus balik apa yang kau dah buat!"

Jin: T-tapi, itu cuma kesan calar.. duit keuntungan saya harini memang cukup untuk baiki kesan calar tu encik..

"Kau nak hidup ke kau nak mati? Kalau kau nak mati, kau tak payah jadi hamba aku. Aku panggil je gang aku dan kau memang takkan lihat dunia ni lagi."

Jin terkedu.

Jin: B-baiklah. Saya akan jadi hamba abdi encik..

"Bagus. Aku nak kau panggil aku Tuan Jungyoung. Jangan berani panggil nama aku je. Mesti ada perkataan 'Tuan' di depan. Faham?!"

Jin: Baiklah Tuan Jungyoung! Saya faham!

Jin menunduk lagi kepada Jungyoung. Jungyoung tersenyum sinis melihat Jin.

End Flashback

Sejak dari hari itu, Jin telah menjadi hamba abdi Jungyoung. Tak pernah dia melawan Jungyoung. Sehinggalah hari dia tinggalkan gang Jungyoung dan tidak kembali kepada mereka selama tiga tahun.

Jin: Misi bermula..

Will I lose you?

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ

Di sini, author ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Syawal 😊 Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Author minta maaf kalau sedikit sebanyak cerita ni membosankan (rasanya memang bosan kot HAHAHA) Kalau author ada sakitkan hati readers, kita kira kosong-kosong ya? Selamat hari raya readers! Terima kasih sebab sudi baca ff ni 😊

[C] The Most Beautiful Moment In Life | Seokjin |Where stories live. Discover now