#12

96 17 0
                                    

Hyena terjaga. Kepalanya masih pening dan terasa berat. Badannya lemah semacam. Panas. Tapi dia selesa berselimut dan memakai stoking begini. Sayup sayup melihat keadaan di luar melalui tingkap. Baru lepas hujan lebat. Hujan renyai, kejap lagi berhentilah. Nak bangun. Tapi tak larat. Hyena cuba melelapkan mata tapi gagal.

Dia ambil keputusan untuk bangun sahaja. Seperti sudah terlalu lama dia lena. Telefon di atas meja dicapai. Whut? 6 Petang? Berapa lama dia tidur sebenarnya? Hyena meletakkan telefon kembali dan bangkit walaupun badannya terasa berat sikit.

"Yahh cukuplah, jangan buat macam ni." Suara Hoya kedengaran jelas. Hyena terdiam. Dengan siapa? "Alah sesekali. Kita kan baru je dating?" Dating? Hoya dah cari pengganti ke? Hyena kaku di situ. Dia memegang tombol pintu, untuk lihat kesahihannya. "Mana isteri you? Lari dah?" Suara seorang perempuan, dia pasti sangat.

"Jangan sibuk lah. You ni..." Kedengaran gelak ketawa. Hyena mengintai. Jelas di depan matanya Hoya sedang duduk di atas sofa, bersama seorang perempuan yang dia tidak kenal. Hyena menatap lama. Luka di hatinya bertambah. Dia tak mampu bergerak. Apa yang mereka buat berdua duaan di rumah ini, di waktu hampir senja? Hyena mula terluka bila Hoya selamba membenarkan gadis itu duduk bermanja dengan nya

Sedangkan dia sendiri pun tak pernah dapat buat begitu

Oh lupa, ini kan kahwin paksa?

Dan Hoya mana pernah cintakan dia

Darjat, ya... Darjat mereka berbeza

Hyena memandang lagi. Hoya seakan akan bahagia. Gadis berambut perang itu selamba membaringkan badannya ke badan Hoya seolah olah dipeluk. Gelak ketawa melihat rancangan televisyen yang entah apa lawaknya, dia sendiri tak tahu. Hatinya terluka. Mungkin Hoya yang tak pernah bercinta selama ni mahu berubah. Mungkin lebih baik dia diam kan sahaja.

Hyena menundukkan wajahnya, ingin menangis. Dia menutup pintu bilik

~

KLAKK

Hoya tersentak kejap, berpaling. Yurin turut berpaling bila Hoya berhenti gelak bersamanya. "Apa dia?" Tanya Yurin. "Nothing." Balas Hoya. "Bila you nak bagitau wife you yang kita ni dah date?" Tanya Yurin. "Maybe next time?" Jawab Hoya. "Tapi kan I rasa tadi maybe dia dah tahu kot." Ujar Yurin. Hoya diam. "Yelah. Kan bunyi pintu tertutup tadi, mesti dia tengok." Ujar Yurin.

Yurin mendekati Hoya. Duduk di sebelah lelaki itu. "Bila awak akan melamar saya dan ceraikan dia agaknya?" Tanya Yurin. "Awak tahu ibu bapa saya, Yurin." Ujar Hoya. "I just know you and fall in love. Tak nak cuba ke?" Yurin tetap mahukannya. Dia mahu singkirkan Hyena jauh jauh dari Hoya. Dia tak kisah jadi yang kedua asal kekal.

"Let me think again, Yurin." Balas Hoya. Yurin mengeluh. Memeluk badannya dan bersandar pada sofa. "Sampai bila nak fikir? Its not hard, Hoya. Ceraikan dia then dapatkan yang baru, tu je." Balas Yurin. "I said you must know my parents, Yurin. Appa will kill me if he know I did this." Hoya menjawab. Yurin mengeluh. Dia berharap sangat dia boleh halau je Hyena dari situ

"You dont deserve this, Hoya. You deserve someone better than her, like me." Ujar Yurin. "Saya tahu Yurin. Saya tahu. Tapi kalau kami bercerai sekarang, habislah saya kena dengan appa. Wait a little more. Mana tahu kalau apa apa saya boleh buat?" Balas Hoya. Yurin tersenyum. "Jom lah tengok movie." Ujar Yurin.

"Dah pukul 11.50 malam. Nak balik bila?" Tanya Hoya. "Alah ada lagi 40 minit. 12.30 tengah malam nanti saya baliklah naik teksi. Tak pun awak hantarlah." Ujar Yurin. "Saya hantar. 12.30 tengah malam mana ada teksi." Balas Hoya. "Thats better, Hoya." Yurin tersengih. Mereka duduk menonton televisyen pada jam 11.50 malam. Berdua.

~

Hyena menahan air matanya. Hampir 3 bulan kahwin, Hoya tak pernah buat apa apa dengannya. Kosong. Percutian? Masa honeymoon jelah, itu pun langsung tak beri apa apa. Sebolehnya dia tak mahu menangis tapi ia dah tak mampu ditanggung lagi. Bercerai? Terbaik. Tapi dia tak mampu. Lagipun ke mana lagi dia nak pergi? Rumah lamanya sudah dijual

Hyena terima seandainya Hoya langsung tak boleh menerima dia langsung. Dia tahu Hoya dipaksa secara keseluruhan jadi tak mustahil Hoya boleh melangkah pergi macam tu je. Terasa ditipu. Pertama kali dia berjumpa dengan puan Lee, dia tak jangka untuk berkahwin. Dan berkahwin, dia tak tahu ini akan jadi. Semakin hari semakin susah, semakin terluka. Hyena termenung sendiri.

Mampukah dia?

~

Hoya duduk di atas katil. Laptop di atas peha dipandang. Kerja dan kerja. Mengerling jam, hampir 2 pagi. Sejak Yurin balik, dia hanya buat kerja je daripada kunci pintu. Sudah hampir setengah jam dia menghadap komputer tengah tengah malam ni. Esok kerja. Dia keluar sebentar untuk membasahkan tekak di dapur.

Selesai dia kembali ke bilik. Terpandang gambar kahwin di atas meja. Eh? Kenapa di sini? Bukan kah Hyena ambil dan letak di bilik?

Dia sudah pindahkan bilik Hyena beberapa hari lepas. Di sebuah bilik kecil di belakang dapur. Entah kenapa dia rasa nak buat begitu. Dan semasa sudah siap dipindahkan, Hyena ambil gambar kahwin itu dan letak di biliknya. Dan hanya ada satu sahaja gambar kahwin mereka di situ. Dan dia perasan sesuatu.

Pintu ditutup tapi tak terkunci. Hoya kaget. Ada pencuri masuk kah? Dia berlalu ke bilik Hyena di belakang. Sangkanya gadis itu tidur, jadi dia buka pintu perlahan lahan. Kemas. Ya memang bilik itu kemas sebelum ni tapi tak sekemas ini. "Hyena?"

Hoya membuka lampu. Kosong. Katil kosong. Segalanya kosong. Beg yang berada di penjuru bilik pun dah tiada. "Hyena?" Hoya melangkah ke dalam. Dibuka almari, kosong. Laci yang biasa di letak buku, kosong. Semuanya kosong. Katil juga kemas, seakan akan tiada sesiapa pernah duduk di situ.

"Yahh! Jung Hyena!" Hoya cuba mencari sesuatu milik Hyena tapi tiada. Kosong. Satu pun tiada. Dia melangkah ke meja solek yang mempunyai sebuah cermin. Cincin. Cincin yang diberi 3 bulan lepas semasa hari perkahwinan mereka. Hanya itu yang ada. Dan sepucuk surat.

They Dont Know About Us [Malay FF] [C] [Hoya]Where stories live. Discover now