Sekali lagi ibu tanya apa cita-cita aku,
Sekali lagi aku tetdiam seribu bahasa.Kali ini tanya lebih serius,
Aku hanya diam,
Aku hanya kaku,
Tidak tahu mahu jawab atau tidak,
Hanya diam sehingga ibu sergah aku.Dia ulang lagi soalannya tadi,
Aku dengan selamba kata aku tak tahu,
Dia mula ceramah aku,
Aku cuma diam begitu.Dia soal lagi dan lagi,
Aku jawab sepatah saja lagi.
Penulis.Aku kata lagi,
Ibu pernah kata pada aku,
Ibu mahu aku jadi guru,
Tidak tahu aku boleh jadi apa jika masuk kelas itu,
Kelas Sastera yang Ibu pandang rendah itu.Aku kata lagi,
Ibu hanya mahu aku jadi guru,
Sedang aku tak pernah mahu,
Guru bukan pilihan aku,
Penulis yang aku mahu.Ibu kata,
Jadi penulis gajinya tak menentu,
Kadang gaji tak cukup,
Lebih baik jadi guru,
Gaji bertambah,
Cutimu pun mudah.Aku hanya diam,
Malas mahu bantah,
Biarlah.
Kita lihat apa jadi nanti.
![](https://img.wattpad.com/cover/68490510-288-k180546.jpg)
YOU ARE READING
Faham
PoetryPuisi untuk Kau disana yang sudah cukup matang untuk memahami aku. Maaf jika aku pernah guris perasaan kau. Tapi kata-kata kau bagi calar yang lebih dalam di hati aku. Buku ini khas untuk manusia yang rasa dirinya jatuh dan cuba untuk bangkit Dan ta...