12

12.4K 68 2
                                    

Pipa tekan replay. Dah dekat sepuluh kali kut dia ulang berita tentang Hani sampai urut dahi semua lelaki yang ada kat situ sebab bosan. Ngeri pun sama bila tengok footage tu banyak kali. Terasa macam mata Hani pandang dia orang je masa cameraman tu focus kat muka dia for a good 5 seconds. Menusuk giler. Dengan shawl bunga-bunga yang masih menjerut leher dia, seolah-olah Hani bagi warning kat dia orang supaya jangan nak seronok sangat. Lepas dia mati nanti roh dia akan cari balik semua ahli TSC untuk balas dendam. Akan dia jerut leher sekor-sekor dengan shawl bunga-bunga tu sampai terkeluar lidah macam yang jadi kat dia. Tak pun Hani hantar mesej kat Pipa suruh Pipa bela kematian dia. Tak mustahil la... memang betul kut Hani suruh Pipa tuntut bela sebab nampak macam Pipa dengan Hani berkawan baik je sebelum Hani jeles sebab Pipa popular kat TSC. Datang ke TSC pun bersama malam tu.

"Sib baik kita tanam semua senjata kat dalam hutan tadi. Kalau bawak balik sini, dah mampos kut kita semua Pipa tembak," bisik salah sorang low rank kat kawan dia. Dia orang berdiri kat pintu masuk ke ruang tamu tu. Tak nak kacau Pipa tapi tak tau nak pergi ke mana. Kawan dia yang sorang lagi tu mengangguk je. Dia pun terfikir benda yang sama. Takut dia tengok muka Pipa sekarang. Nasib baik la comey.

"Tak lama dah tu kalau dah nyawa-nyawa ikan macam tu," kata doktor yang sedang merawat luka kat kaki low rank yang Pipa tembak siang tadi. Dua orang low rank yang berbisik tadi terus pergi ke dapur. Doktor tu memang tak boleh blah la cakap macam tu pulak kat Pipa. Tak nampak ke muka Pipa dah macam jembalang comey nak mengamuk?

"Doktor bukan Tuhan!" Pipa jeling doktor tu. Sibuk je bagi pendapat. Ada dia mintak ke?

Semua diam bila Pipa bersuara. Dekat setengah jam lepas tu, doktor yang keluarkan peluru dari paha low rank tu nak balik. Rafe hantar sampai ke luar. Bila Rafe masuk balik dan duduk kat sebelah Pipa, terus Pipa menghimpit dia. Macam nak ajak main je gaya dia tapi sebenarnya Pipa nak benda lain.

"Rafe, jom bawak I jumpa Hani." Lemak terlebih suara Pipa.

"For what?" tanya Rafe. Tak faham dia kenapa Pipa nak jumpa Hani. Lagipun cerita tengah panas ni. Jangan cari pasal pergi ke hospital tu. Polis ramai kat situ kawal Hani. Special Branch yang buat undercover entah berapa orang melepak kat situ. Dia orang tunggu masa je. Tunggu umpan mengena. Nak buat camana? Dah kerja dia orang macam tu nak cari maklumat. Lagipun Hani bukannya boleh bercakap. Nak bernafas pun guna mesin.

"I nak tanya Hani siapa yang jerut leher dia. I want to know who wants her dead. Mesti dia kenal orang yang cuba bunuh dia tu," jawab Pipa. Terbayang-bayang kat mata dia macam mana seksanya Hani semasa lahanat tu jerut leher dia. Sudah la tangan Hani patah sampai terkeluar tulang, kena jerut nak kasi mati pulak.

Yang tu yang buat Pipa rasa bersalah sangat. Dia yang pilih Hani jadi lawan dia masa mudfight tadi. Kalau dia tak gatal mulut pilih Hani, mesti Hani masih sihat walafiat.

"You nak buat apa? Nak cari orang tu ke? You ingat senang ke nak cari? Malaysia ni nampak je kecik but it's not!"

"Senang je nak cari kalau you all semua tolong!" balas Pipa. Geram betul la dia dengan Rafe. Tetiba je jadi takde telor. Harapkan macho je tapi bacul. Bukan Rafe sorang je yang dia marah. Semua yang ada kat situ dia jeling. Rasa macam nak maki je.

"Aku boleh tolong kau," kata middle rank yang Pipa tendang terajang tadi.

Berpusing kepala Rafe pandang dia. Tak puas hati betul dia dengan middle rank tu. Dia nak jauhkan Pipa dari bala, yang mangkuk ni pergi offer pulak nak tolong Pipa buat apa? Nak caras aku ke, tanya hati Rafe. Tunjuk sado supaya Pipa jatuh hati kat ko pulak.

"Apa yang ko boleh tolong aku?" tanya Pipa. Dia duduk kat atas karpet pulak. Senang nak sembang sambil letak tangan kat atas coffee table yang besar gedabak tu dan all black, mind you.

The Secret ClubWhere stories live. Discover now