kata

60 4 2
                                    

Betullah kata mereka
Manusia mudah lupa
Usah ditanya
Memang banyak buktinya

Tak perlu cari jauh
Ada dekat dimata
Hadap cermin sahaja
Nampak jelas tak buta

Konon tinggi darjatnya
Konon hebat bahasanya
Konon bijak akalnya
Konon segak pekertinya;
Tapi sayang
Ikatan tali
Ikatan abadi
Dengan Ilahi
Dibiarkan putus
Tanpa kemudi.

Setakat darjat tinggi
Tak bawa kau kemana
Istidraj jangan kau sangka berbakti
Tatkala kau setinggi
Kaki sendiri kau mengeji
Kononnya dibawah kaki;
Penuh sisa terbaki berjijik.

Kau sedarlah siapa
Kau sedar dari mana
Kau sedarlah yang manusia
Hanya ciptaan 'mereka'
Allah dengan kuasanya.

Dan aku hanya berkata
Siapa terasa
Jangan berdiam sahaja
Betullkan yang biasa;
Biasakan yang betul.
Assalamualaikum.

MadahWhere stories live. Discover now