Bab 9

2.2K 68 0
                                    

Kedatanganku ke banglo mewah Mak Engku disambut mesra oleh Pak Engku dan juga si bongsu, Tengku Hakimi. Tengku Hakimi yang sangat ramah itu rajin berbual denganku. Tengku Iqmal sempat berbual denganku sehinggalah perbualan kami terhenti kerana telefon bimbitnya berbunyi.

Anak mataku masih mencari anak lelaki Mak Engku yang bernama Tengku Fiqrash itu. Tiada!

"Abang ngah mana, Kimi?" Soal Mak Engku.

"Dia keluar kejap tadi. Sikit lagi baliklah tu. Kan mama sendiri pesan yang malam ni kita ada special guest." Jawab Tengku Hakimi sambil tersenyum ke arahku.

"Assalamualaikum!"

Kami semua berpaling ke arah muka pintu dan kelihatan seorang lelaki tinggi lampai melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ni anak Mak Engku yang nombor dua, Tengku Fiqrash. Ngah, inilah Nuha. Tunang Ben." Mak Engku memperkenalkan kami berdua.

Tengku Fiqrash memandang ke arahku tanpa senyuman. Namun, aku tetap melemparkan senyuman ke lelaki ini. Kenapa aku rasa dia ni tak ubah seperti Benyamin? Kedekut betul nak tersenyum.

"Eh, Fiq! Kau dari mana?" Soal Benyamin yang sedang mengatur langkah ke ruang tamu bersama-sama Pak Engku.

"Keluar jap tadi, ada hal. Kau apa khabar? Dah lama aku tak jumpa kau." Jawab Tengku Fiqrash sambil bersalaman dengan Benyamin. Kemudian, mereka berpelukan. Aku sudah membulatkan mata. Biar betul!

"Aku sihat, macam nilah. Yalah, nak jumpa macam mana kalau kau seminggu ada dekat Jepun." Balas Benyamin pula.

"Since semua dah ada, kita makan dulu lah. Sambil makan, boleh sembang-sembang lagi." Mak Engku terus mencelah perbualan rancak dua lelaki ini.

"Nuha tolong Mak Engku sekalilah." Ujarku dan terus mengikut langkah Mak Engku ke dapur. Aku sudah tidak senang duduk menerima pandangan Tengku Fiqrash yang kelihatan seperti tidak begitu menyenangi kedatanganku.

****************************

"Ben bagitahu Nuha yang Pak Engku masuk hospital hari tu." Ujarku pada Pak Engku.

"Dah tua, Nuha. Macam-macam penyakit ada." Balas Pak Engku, tersenyum.

"Eh, mana ada Pak Engku tua. Pak Engku masih nampak muda, apa." Usikku dan Pak Engku ketawa senang.

"Pandai aja Nuha nak mengusik Pak Engku ya. Nuha datang rumah kami malam ni, rasa meriah pulak. Yalah, Mak Engku tu seronok sangat. Tu yang bersemangat dia masak macam-macam untuk makan malam tadi." Balas Pak Engku.

"Yalah, bang. Kita mana ada anak perempuan. Bila Nuha ada, barulah saya ada geng. Takkan nak sembang hal-hal perempuan dengan Kimi pulak." Sampuk Mak Engku yang baru datang dari tingkat atas.

"Ala, mama. Apa salahnya? Kimi ni kan sporting. Mama nak gosip pun Kimi on je." Usik Tengku Hakimi sambil tersengih sambil memeluk bahu Mak Engku.

Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua. Terus ingatanku melayang pada perbualanku dengan Afiqah tengah hari tadi.

"Ben dengan Tengku Fiqrash memang rapat sungguh ya, Mak Engku." Aku mula bertanya sambil menghantar maksud yang tersirat.

"Ha'ah, rapat sangat. Ben tu kan anak tunggal, mana ada adik-beradik lain. Mereka berdua tu memang berkawan baik dari kecik lagi." Jawab Mak Engku.

Encik Kutub Utara (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now