Part 18- Drugs

320 38 0
                                    

"Mian, bagi saya masa untuk saya fikirkan semua ni. Untuk saya fikirkan hubungan kita,"

Omma..saya rindukan omma. Omma pernah kata saya ialah seorang anak yang kuat. Omma salah, saya lemah.

Omma bogoshipeo..

Keluhan berat aku lepaskan dan air mata aku menitis laju membasahi pipi. Aku tak nak kehilangan dia sebagaimana aku kehilangan keluarga aku. Aku sayangkan Ga Eul. Aku cintakan dia!

***

Jin menyarungkan uniform sekolah miliknya. Dia membetulkan tali leher agar kelihatan kemas.

Hari yang baru untuk Jin kembali ke sekolah. Namun, dia tidak sedar ada kejutan hebat yang sedang menantinya di sana.

Di sekolah

"Jin hyung datang!" Jungkook kelihatan begitu teruja apabila melihat sosok tubuh Jin berjalan masuk ke dalam kelas.

"Yo man! Kau dah balik," Rapmon menepuk belakang Jin perlahan.

"Kau dah sihat ke hyung?" soal Jimin pula.

"Boleh lah," balas Jin lalu tersenyum.

Pandangan mata Jin beralih ke arah Taehyung yang sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum nipis. Jin tidak memberi sebarang reaksi melainkan hanya memandang namja itu tanpa berkelip.

"Akhirnya kita bersua jugak ya, oppa."

Kata-kata itu membuatkan Jin menoleh ke belakang. Matanya membulat melihat orang yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.

"Kau-"

"Aish, kenapa semua terkejut lepas tengok aku. Aku bukan hantulah,"

"Kejap. Apa dia buat dekat sini??"

"Sabar hyung," Jungkook cuba untuk menenangkan Jin.

"Saya dah berubah oppa. Wae? Oppa tak percaya ke?" Alice mempamerkan wajah sok sucinya itu.

"Aku tak kisah semua tu. Macam mana kau boleh lepas dari lokap?! Kau nak sakitkan kawan-kawan aku lagi? Eo?? Belum puas ke??"

Senyuman di bibir Alice pudar.

"Tch, oppa..oppa tak percaya ke saya dah berubah?"

"Tak!"

"Sudahlah hyung, jangan buat kecoh dekat sini. Kelas dah nak mula dah ni," kata Rapmon.

"Kau ingat eh, aku tak akan pernah maafkan kau."

"Jinjja? Kita tengok apa yang akan terjadi Kim Seokjin,"

***

"Min Yoongi sila datang ke pejabat pengetua sekarang juga."

"Aku?" soal Suga yang masih lagi kebingungan.

Suga kemudiannya bangun dari kerusi lalu mengatur langkah keluar dari kelas. Masih lagi dirudung persoalan mengapa namanya dipanggil.

Memang memalukan! Yalah, mana tidaknya dia ialah anak kepada pemilik kumpulan BigHit merangkap pengasas Bangtan High School.

Tanpa mengetuk pintu bilik pengetua, Suga terus menguak pintu lalu melangkah ke dalam.

"Ada apa pengetua nak jumpa saya?" soal Suga sebaik sahaja melangkah masuk.

"Silakan duduk Suga," kata pengetua.

"Saya takde masa. Cakap sajalah,"

"Baiklah. Begini saya dapat laporan yang mengatakan kamu ada mengambil dadah. Betul ke?"

butterfly 2. |kim taehyung| [COMPLETED]Where stories live. Discover now