Nad menemani sahabatnya, Ria makan di sebuah restoran. Tempatnya memang cantik dan agak mewah. ‘Mungkin untuk orang berpendapatan tinggi dan aku boleh sesat kat sini pula,’ Nad tersenyum. Suasannya amat mendamaikan tetapi hanya seketika sahaja. Ada satu kejadian telah berlaku. Nad hanya memandangnya dari jauh sahaja.
“Bodoh! Kau ingat aku ni apa? Mee spagetti ni liat!” Marah seorang pelanggan. Segera seorang chef yang muda juga usianya datang mendekati pelanggan tersebut.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Ramah betul chef ini. Pengurus itu sudah naik gelabah apabila pelanggan mula marah-marah.
“Saya mahu mee ini dimasak dengan betul!” Amuk pelanggan tersebut. Kelihatan chef tersebut meneliti mee tersebut. Dia tersenyum.
“Saya sendiri akan menyediakan untuk encik.” Chef tersebut berlalu dengan makanan tersebut.
“Cerewetnya lelaki itukan, Nik.” Ria berkata.
‘Yelah, memang cerewat. Takat makanan pun mahu amuk sebegitu.’
“Betul tu.” Kata nad yang diberi nama penuhnya ialah Nik Nadzirah. ‘Jangan nak mengata orang lain. Diri sendiri pun cerewet gak.’ Nad tersenyum.
Chef tadi membawa mee yang baru. Memang menyelerakan tetapi pelanggan tadi memarahinya lagi.
“Aku datang sini untuk makan bukannya tengok kau masak. Aku nak makan!”
“Encik, saya sudah pastikan mee ini dimasak seratanya tidak liat lagi dan juga tidak terlalu masak,” jelas chef itu. Kasiannya dia.
“Ini terlalu masak! Aku nak kau masak semula,” amuknya lagi. Orang sekeliling yang turut makan disitu memandang chef itu. Jelas telinga chef tersebut merah. Nad tidak pasti sama ada itu tandanya dia malu atau marah.
“Baiklah, saya buat semula,” chef tersebut masih berlembut.
Dia membuat yang baru dan membawanya kepada pelanggan lelaki yang begitu cerewet itu.
“Ada yang kurang ke, Encik?” soal chef tersebut dengan penuh hormat.
Belum sempat lelaki itu memberitahu komennya seorang perempuan datang menghampirinya lalu ambil segelas air kosong yang ada atas meja itu. Kemudian, dia siram lelaki yang cerewet. Pelanggan tersebut sudah malu lalu meninggalkan mereka berdua.
‘Siapalah perempuan itu? Ada hubungan ke mereka berdua? Sibuk pula aku dengan hal mereka.’ Nad dan Ria meneruskan makan makanan yang sudah terhidang. Selepas makan, kami pulang ke rumah.
*****
‘Kaki aku belum lagi mencecah lantai rumah, mama sudah membebel. Memang bingit bunyinya tetapi sebagai anak, dengar sahajalah. Nanti rindu pula.’
“Mama sudah cari calon suami yang sesuai dengan anak mama ni. Dia kacak dan muda. Sesuai sangat dengan sayang. Mama pasti sayang akan setuju dengan perkahwinan ini nanti,” bebel mama Nad, Datin Zahidah.
“Muda mama? Anak mama ni dah tua. Mama carilah yang sama umur ke atau tua dua atau tiga tahun?”
“Ala, baru umur 28 tahun, Nad baru 30 tahun. Tak beza sangat,” Datin Zahidah cuba memujuk. ‘Pandai pula mama aku ini memujuk aku untuk berkahwin dengan calon pilihan dia. Dah umur aku makin lanjut. Aku bukannya tak cantik cuma komitmen aku terhadap kerjaya begitu tinggi.’ Nad membebel sendirian dalam hatinya.
“Mama, calon mama cari tu kerja apa?”
“Chef...” perlahan sahaja suara mama yang dikedengaran.
“Chef?! Mama, kita tak kisah kalau mama nak kita kahwin tapi kenapa mesti dengan chef? Dah tak ada pekerjaan lain ke?” Nad pula yang mengamuk. ‘Aku anti sikit dengan chef sebab aku ni tak reti nak masak. Yelah sibuk dengan kerjaya sampai nak masuk dapur pun aku tak pandai. Teruknya.’ Dahi Nad sudah berkerut.
“Nanti suami Nad boleh ajar memasak! Kang senang,” mudah saja Datin Zahidah berkata. ‘Malu kalau suami aku tahu yang aku tak tahu nak memasak.’
“Tak mahulah mama. Malu!”
“Biar malu sekarang sayang, jangan malu masa akan datang,” Nad mengeluh berat apabila mendengar nasihat mama.
“Baiklah mama. Nad cuba pertimbangkan,” Nad terus berlalu naik ke bilik. Berehat seketika. Penat seharian berada di butik. ‘Baru nak maju, itu yang sibuk. Syarikat ayah? Itu serah pada abang sahaja. Aku tak campur. Dia nak ambil syarikat tu, ambil la. Aku tak kisah.’
“Mama ingat Nad dah setuju.” Tergaru-garu kepala Datin Zahidah melihat tingkah laku anaknya itu.
“Tunggulah dulu mama. Biar orang fikir dulu. Ini kan soal hidup dan mati Nad.” Nad cuba berikan alasan yang paling bernas dalam dunia ini dan mama setuju. ‘Aku tahu, mama juga mahu aku bahagia.’ Nad tersenyum.
Bersambung...
YOU ARE READING
Suamiku Chef -Ria
FanfictionSuamiku Chef...mestilah aku kena kahwin dengan chef...padahal aku ni tak pandai masak langsung....habis la aku...camner ni?