SERU(1)

77 0 1
                                    

Hantu?Jembalang?Makhluk halus?Perkataan seperti ini tidak wujud dalam kamus hidup Khairi.Baginya,mereka yang percaya pada perkara yang dianggap karut baginya itu adalah orang yang penakut dan lembik.Bukannya dia tak pernah mendengar cerita yang seram apa semua tu,sebaliknya cerita cerita seram itu bagaikan buih buih sabun yang dibawa terbang oleh bayu petang.Menghiburkan,tetapi setakat itu sahaja.Hanya layak menjadi bahan bualan dan bukan untuk dipercayai bulat-bulat akan hakikat kebenarannya.

"Kau jangan cakap besar Khai,kau belum jumpa lagi dengan 'dia' bolehlah kau nak sembang,"

Khairi tiba-tiba teringat akan kata-kata Halim beberapa minggu yang lalu.Dalam hati sebenarnya cuak jugak dengan ayat padu Halim tu.Dia faham sangat siapakah si 'dia' yang Halim maksudkan.Bukannya dia nak tunjuk berani,tapi memang dia tak pernah langsung terserempak dengan benda-benda macamni.Disebabkan itulah,Khairi memang berhati keras sikit dan tak ada rasa takut dengan perkara macamni.

Sehinggalah berlaku suatu peristiwa yang tidak akan lupus daripada memorinya....

Tanggal 7 November 2013,merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh Khairi dan rakan-rakannya.Setelah 3 minggu mereka bertungkus-lumus berperang dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4,akhirnya mereka dapat merehatkan minda daripada tekanan.Mujur pihak sekolah mereka menganjurkan aktiviti pekhemahan bagi pelajar Tingkatan 4 dan pelajar Tingkatan 2.Sebagai pelajar lelaki,aktiviti lasak seperti ini sememangnya digemari dan ditunggu-tunggu.Khairi yang memang antara senior yang suka menyakat,dah siap susun macam-macam rancangan untuk prank bebudak junior yang kebanyakannya lembik dan pengecut.Khairi siap lagi bawak telekung sebab nak acah jadi pocong.Heh datang yang betul baru tahu langit tinggi ke rendah.

Setibanya mereka di kawasan perkhemahan yang terletak di daerah Gombak,para peserta diarahkan untuk mendirikan khemah masing-masing.Khairi dah tak sabar-sabar lagi nak laksanakan aktiviti yang bakal ditempuhnya selama tiga hari dua malam ini.Dia berasa sungguh tenang dan nyaman apabila menghirup udara segar di situ.Jarang sungguh dia dapat merasai udara senyaman itu di bandar yang hiruk-pikuk.Air sungai yang jernih mengalir mengikut arusnya.Khairi tersenyum sendiri sambil menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

Pada sebelah petang,selepas selesai menunaikan solat Asar,para peserta melaksanakan aktiviti Water Treading.Aktiviti ini melibatkan aktiviti apungan di mana peserta diminta untuk turun ke dalam air paras dada.Kemudian,dongakkan kepala masing-masing sambil mendepakan tangan dan kaki lurus ke hadapan.Dalam pada itu,aktiviti ini adalah untuk membiasakan para peserta dengan persekitaran yang bakal dialami semasa aktiviti berakit nanti.Setelah selesai menjalani sesi Ice Breaking pada sebelah malam,para peserta dibenarkan untuk masuk tidur ke dalam khemah masing-masing.

"Kita panggil dak-dak junior lepak ngan kita nak tak?" ujar Khairi secara tiba-tiba.

"Nak buat apa?Malaslah aku.Buat semak khemah je.Kau ingat khemah ni besar sangat ke?"balas Adli.

"Alaa,takpelah.Aku saje nak ajak diorang borak.Panggil member kita sekali,"ujar Khairi.

"Yelah,suka hati kaulah Khai," ujar Adli sambil mencebik.

Sebenarnya Adli memang tak kuasa nak bersembang.Hanya satu je keinginannya saat ini.Tidur!

Tidak sampai lima minit,rakan-rakan Khairi iaitu Azim,Aiman,Amrul dan Halim sudah berkumpul di dalam khemah Khairi yang sempit itu.Tidak ketinggalan,ada jugak budak junior yang turut serta.Khemah yang dah memang sempit bertambah sempit dan sesak dengan kehadiran kawan-kawan Khairi.

"Bosanlah,tak ada cerita best ke?"ujar Amrul memecahkan 'krik krik' yang melanda.

"Jap,korang semua ada bau busuk tak?"kata Azim secara tiba-tiba.

"Kau jangan Zim..Orang tua-tua cakap kalau bau busuk tu means 'dia' dekat.Kalau bau wangi,'dia' jauh," balas Amrul.

"Ish,ada apa cakap centu pulak.Dahlah kita kat hutan ni haih,"ujar Aiman.

"Bila kau cakap macamni en,aku teringat satu cerita pasal sebuah hostel,"ujar Khairi.

Lantas Khairi mula membuka kisah itu.

Lampu menyala berkelip-kelip seolah-olah aliran tenaga yang disalurkan adalah lemah.Namun apakan daya,baju yang tak berbasuh dah penuh satu plastik.Memang waktu macamni sahaja yang takde orang nak datang mencuci.Masa awal tahun dulu,memang Fazli seram jugak nak datang mencuci waktu malam.Tetapi apabila dah terbiasa,dan takde apa berlaku,Fazli masih mengekalkan tabiatnya itu sehingga ke hari ini.

Fazli membuka paip air dan mengeluarkan sehelai demi sehelai pakaian kotornya daripada beg plastik.Sabun serbuk dicapainya.Fazli mula mencuci pakaiannya dengan tenang tanpa sebarang gangguan.Tiba-tiba,Fazli terdengar bunyi air mengalir daripada salah satu tandas.Memang dia pelik bagaimana paip air boleh terbuka sebab seingatnya tadi memang takde siapa yang masuk ke dalam bilik air selain dia.Fazli segera mencari tandas yang paip airnya terbuka itu.Membazir jika dibiarkan ia mengalir sahaja.Dia melihat paip air di tandas yang ketiga terbuka dan mengalirkan air dengan deras.Fazli menapak dengan perlahan untuk menutup paip air itu semula.

Selang beberapa saat,dia terdengar pintu tandas di sebelahnya dikuak dan dikunci rapat.Fazli menarik nafas lega.Setidaknya ada orang lain yang menggunakan tandas itu.Takdelah dia cuak sangat.Sekejap!Orangkah itu?!!Suasana tiba-tiba berubah menjadi seram sejuk.Fazli segera menapak semula ke amparan batu untuk menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.Meskipun suasana berubah,Fazli cuba membuang jauh-jauh andaian bukan-bukan yang menari di mindanya tentang 'orang' yang masuk ke dalam tandas sebentar tadi.Entah kenapa dia rasa tak sedap hati dengan perkara tadi.Fazli kembali focus terhadap kerjanya.

Namun,selang beberapa minit,telinganya menangkap satu alunan suara mendendangkan satu melodi.Suara itu tenggelam timbul dan hanya sayup-sayup kedengaran.Namun,suasana yang sunyi itu membolehkan apa sahaja bunyi yang terhasil cukup jelas untuk didengari.Fazli mula rasa berdebar.Alunan suara itu semakin kuat.

SERU(COMPLETED)Where stories live. Discover now