6

2.5K 268 1
                                    

Ahn Sahyun

"Woi, budak patung."panggil Seungki menghampiri aku setelah hampir separuh pelajar keluar dari kelas.

Aku yang sedang menyimpan barang aku kedalam beg terus terbantut semasa dia mengajukan penyapu kepada aku.

"Kau budak baik kan? Tolong sapukan kelas untuk aku. Aku ada hal la lepas sekolah."katanya selamba. Aku mencapai penyapu yang disandarkan olehnya pada meja aku.

"Tapi-"

"Aku balik dulu." Dia terus berjalan keluar dari kelas bersama kawan- kawannya yang tersenyum sinis kepada aku.

Kelas mula kosong seiring dengan masa yang berjalan laju. Penyapu di dalam genggaman aku di ketatkan lagi genggaman. Useless.

Aku mula menyapu di kawasan meja aku dan terus ke meja guru. Air mata yang mula bertakung di tubir mata, aku tahan seboleh- bolehnya dengan mengigit bibir sehingga terasa lebam bibir aku.

Tangan yang tiba- tiba menarik penyapu dari aku membuatkan aku tersentak dan cepat- cepat aku menyapu air mata.

"Mana Seungki?"tanyanya dengan suara yang perlahan.

"D-dia ada hal nak buat. Kenapa kau tak balik lagi?" Aku menghulurkan tangan kepadanya. Dia memandang aku pelik.

Dia semakin menarik penyapu tersebut ke belakang badannya. "Saya tertinggal.. barang." Dia mengangkat buku yang berada didalam tangannya. Aku menangguk perlahan.

"Awak sepatutnya lawan je dia. Seungki tu bukannya kuat mana. Kenapa awak diam je bila dia buat macam tu pada awak? Awak suka ke bila orang pijak- pijak awak macam tu?"

Aku mula menunduk ke lantai. Air mata mula menakung semula di tubir mata. "Kau tak faham. Kau bukan aku."bisik aku perlahan.

"Kau fikir aku suka ke tengok orang memperlekehkan aku?! Aku benci sangat- sangat! Tapi aku tak boleh buat apa lepas Eom--"

Aku terhenti, mengepal tangan aku dan air mata yang dari tadi aku tahan terus jatuh turun kepipi. "Lagipun, apa yang aku boleh dapat kalau aku lawan dia? Aku tak dapat apa- apa.. Aku tak kisah pun. Can't you see? Aku dah tak ada tempat atau sesiapa nak bergantung lagi dah."

"Sahyun, saya--" Dia cuba untuk memegang bahu aku tetapi aku pantas menepis tangannya."No." Air mata dipipi aku lap dengan kasar.

"Kalau kau dah tak ada apa- apa urusan lagi, please leave, Taehyung. Just give me back my broom and be on your way."pinta aku dan menghulurkan tangan untuk penyapu tersebut.

Dia memberikan aku semula penyapu dan aku terus meneruskan kerja yang tertunda. Aku berjalan kearah kawasan rak tetapi dihalang oleh tangan yang dibalut pada leher aku dan kepalanya yang di tanamkan perlahan- lahan pada tengkuk aku.

Aku tersentak dengan tindakannya yang langsung aku tak duga. Sentuhan fizikal kami yang kedua, backhug. Terasa kehangatan tubuh badannya pada belakang badan aku. Wajah aku yang kian kemerahan, aku biarkan.

"T-taehyung, apa yang kau buat ni?"

"Pabo. Awak ingat saya akan tinggalkan awak macam tu je ke? Midcheosseo?"bisiknya di telinga kanan aku.

Perlahan- lahan dia melepaskan aku dari pelukannya dan memusingkan badan aku menghadapnya. Dia menarik tangannya naik ke wajah aku dan menyelitkan sebahagian rambut yang menutupi wajah aku ke tepi telinga. Aku hanya mendiamkan diri dengan perlakuannya.

"Awak ingat saya akan pergi macam tu je ke lepas saya biarkan awak menangis depan saya untuk kali kedua? Saya tak akan lepaskan awak, faham?!" Dia meninggikan suara, tanda bahawa dia memang serius dengan kata- katanya.

Aku tersentak dengan suaranya yang ditinggikan. Wajahnya yang begitu serius sedikit menakutkan aku. Orang kata, kalau orang yang selalu ceria ni kalau marah, memang menakutkan.

"Sahyun-ah~~ jom kemas kelas sama- sama. Lagipun ini dah jadi kelas saya sejak saya pindah masuk sini semalam."katanya dengan suara yang ceria.

Eih?? Cepatnya bertukar perasaan! Tadi bukan main serius lagi suara dia, sekarang macam kanak- kanak ribena pula! Mana satu personaliti dia ni?

Dia menghulurkan sebatang lagi penyapu dan mula menyapu kelas sambil menyanyi- nyanyi kecil. Aku hanya menjegilkan mata keatas dan mula membersihkan kelas bersama dengannya.

Selepas 15 minit kemudian, kelas sudah dibersihkan dan aku tersenyum bangga sendiri. Dia masih menunggu aku di luar kelas dan mengikuti aku semasa di koridor utama.

Aku memandang dia yang sedang berjalan disebelah dengan ekor mata. Dia kelihatan sangat gembira, seperti biasa. Aku berdehem sebelum mengucapkan, "Terima kasih sebab tolong aku bersihkan kelas tadi."

Dia tersenyum lebar. "Sama- sama. Awak tak payah berterima kasih sangat. Saya yang nak tolong awak dan saya ikhlas tolong awak tadi."

Sesampai di lokar aku, dia masih mengikuti aku. Aku membuka kunci lokar dan terlihat sebekas coklat roses dan beberapa kuntum bunga mawar di selitkan di celah celah buku dalam lokar aku. Aku menarik dia keluar dan ia juga menarik perhatian Taehyung.

"Siapa yang bagi awak coklat ni??"soalnya sambil membelek- belek bungkusan tersebut.

Itulah, siapa pula yang bagi aku coklat roses dengan bunga mawar ni? Entah- entah dia tersalah lokar tak?

Aku membuka kad kecil yang ditampal pada kotak coklat itu.

Kepada Sahyun yang dikasihi,

Jemput makan coklat yang saya buat. Homemade tau! Saya buat sendiri semalam ^^ Harap awak sukakannya.

Sincerely,
Your Mr. Secret Admirer

Aku mencebik. My Mr. Secret Admirer?? Angkat tangan, letak kat bahu, jeling atas lah weyh. Beracah je lebih. Aku menutup kad tersebut dengan wajah yang mula membahang.

"Mr. Secret Admirer?! Wahhh awak ada peminat lah nampaknya!"jeritnya kuat sehingga bergema satu koridor yang kosong.

Aku menyimpan bunga tersebut di tepi beg, tetapi menghulurkan kotak coklat tersebut kepada Taehyung. Dia memandang aku dengan pelik.

Aku menolak kotak tersebut kepadanya. "Ambil lah. Aku fikir, daripada aku buang dalam tong sampah benda ni, baik aku bagi kau."kata aku dan dia menerima kotak coklat tersebut.

"Sahyun-ssi, kenapa awak tak terima hadiah ni? Buat penat orang tu je bersungguh- sungguh nak bagi kat awak."tegurnya perlahan.

Masalah orang tu lah, siapa suruh beria sangat nak bagi kat aku?

Aku menggeleng perlahan dan mengeluh. "Bukan apa, aku boleh je terima. Tapi, aku tak suka coklat kecuali coklat cip."ujar aku kepada.

Dia mengangguk perlahan sambil menggaru belakang kepalanya. Dalam perjalanan kami ke luar kawasan sekolah, aku terdengar dia berbisik perlahan kepada dirinya sendiri.

Tetapi macam biasa, aku buat bodoh je.

Tolong Ubah Aku || Kim TaehyungWhere stories live. Discover now