Bab 9

13.8K 222 0
                                    

Tengku Iskandar memandu masuk ke pekarangan banglo kedua ibu bapanya. Suis enjin keretanya dimatikan. Dia melangkah keluar dari perut kereta.

"Eh! Mimpi apa abang balik sini?" sapa Tengku Amran iaitu adik kepada Tengku Iskandar yang kebetulan berada di halaman rumah itu.

"Saja. Tiba-tiba teringat nak balik," jawab Tengku Iskandar ringkas.

Tengku Amran mencebik. Dia faham benar sikap abangnya itu. Tengku Iskandar memang jarang balik ke rumah kedua ibu bapa mereka memandangkan dia sudah mempunyai rumahnya sendiri.

"Tipu. Mesti mommy yang suruh abang datang sini."

Tengku Iskandar melangkah menghampiri adiknya yang sedang duduk memakai kasut. Dia tersengih memandang adiknya. Macam tahu-tahu aja.

"Kau ni handsome semacam nak pergi mana?" soal Tengku Iskandar apabila melihat penampilan adiknya itu.

"Macam biasa. Keluar. Am bosan duduk rumah."

"Bila la nak ubah perangai kau tu?" ujar Tengku Iskandar.

"Abang pun pernah muda macam Am, kan? Mesti abang faham apa yang Am rasa?" Selamba Tengku Amran berkata.

Tengku Iskandar menggeleng. Begitulah rutin harian Tengku Amran. Asyik keluar berhibur dan berseronok. Saling tak tumpah macam abangnya. Yang menghairankan, Tengku Tahirudin tidak pula berperangai seperti mereka. Jika tidak, pasti Tengku Maria sudah mengamuk sakan.

"Ikut suka kaulah. Mommy mana?"

"Rasanya ada dekat swimming pool. Am pergi dulu," ucap Tengku Amran seraya berlalu meninggalkan Tengku Iskandar bersama sengihan yang panjang.

"Abang sendiri pun tak betul nak ajar Am pula," omelnya sendirian sebelum melangkah masuk ke dalam keretanya.

"Apa kau kata, Am?" Tengku Iskandar seperti terdengar sayup-sayup suara Tengku Amran. Tengku Amran sempat menoleh memandangnya bersama sengihan yang panjang sebelum kelibat kereta Tengku Amran beransur hilang dari pandangan Tengku Iskandar.

"Assalamualaikum, mommy," sapa Tengku Iskandar sebaik sahaja melihat kelibat Tengku Maria di kerusi batu berhampiran kolam renang rumah mereka. Di situlah tempat mereka sekeluarga bersantai.

Tengku Maria terus menutup majalah yang dibacanya sebaik saja mendengar suara anak sulungnya itu.

"Waalaikumussalam. Datang pun anak mommy sorang ni," ujar Tengku Maria.

Tengku Iskandar terus mencapai tangannya dan dikucup lama. Tengku Maria tersenyum bahagia.

"Is rindu mommy." Dipeluknya pula tubuh Tengku Maria. Tengku Iskandar kemudiannya mengambil tempat di sebelah mommynya itu.

"Mommy sihat?" soal Tengku Iskandar.

"Tak sihat," jawab Tengku Maria.

Tengku Iskandar terus meletakkan tangannya ke dahi Tengku Maria. Tak panas pun.

"Kenapa? Mommy sakit ke? Kenapa tak beritahu Is?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Tengku Iskandar. Jelas riak kerisauan di wajah itu.

"Mommy rindukan Is. Kalau mommy tak call, tentu Is tak datang lagi rumah mommy, kan?" ucap Tengku Maria merajuk.

Tengku Iskandar kembali memeluk mommynya.

"Is minta maaf. Is busy sikit akhir-akhir ni. Ini pun Is baru balik dari Kelantan," jelas Tengku Iskandar.

Tengku Maria akhirnya mengukir senyuman manis. Dia sengaja berpura-pura merajuk dengan anaknya. Dia tahu Tengku Iskandar sangat sibuk dengan kerjanya.

Sayangku MiaWhere stories live. Discover now