Bab 9

25.5K 123 1
                                    

MAKAN malam tanpa Haris. Kata umi, Haris memang dah biasa tak makan malam kalau dia ambil makanan berat waktu minum petang.

Tapi masalahnya, minum petang pun Haris tak turun. Dah puas aku ajak, tapi dia kata dah kenyang. Masih dalam mood merajuk agaknya.

Ish! Susah betul kalau orang tua merajuk ni. Buruk sungguh!

Sampai ke malam, Haris tak mahu turun. Rasanya, bukan sebab tak nak makan, tapi mungkin sebab tak mahu umi atau papa nampak bibirnya yang masih berbekas. Kang panjang pula ceritanya. Aku pun naik risau tengok.

"Lauk yang tinggal tu Mak Wan dah simpan dalam fridge. Ris tu kadang-kadang malam-malam dia lapar, sibuk cari makanan. Nanti Dira tolong panaskan balik jer kalau dia nak makan." Itu pesan umi setelah selesai makan malam.

Alahai... Macam-macam yang aku perlu belajar tentang dia ni.

Seketika bersembang dengan umi, aku naik semula ke atas bersama mangkuk berisi ketulan ais yang aku seludup untuk tujuan menuam bibir Haris yang masih nampak kesan kebiruan. Takut juga kalau umi nampak dan tanya, tak tahu aku nak jawab apa. Tu sebab aku seludup, sembunyi kat belakang.

Di bilik, Haris sudah baring di katil. Hanya berkain pelikat tanpa baju. Haih! Dalam keadaan suhu pendingin hawa yang sejuk begini, boleh pula dia tidur tak berbaju. Kalau aku, rasa macam nak pakai selimut dua lapis.

Macam siang tadi, sebelah lengannya dah rupa macam antena melintang di atas dahi. Kata orang, kalau tidur begitu, maknanya sedang berfikir. Entah apa yang Haris fikir, aku tak pasti.

Aku melangkah menghampiri katil. Mangkuk berisi ketulan ais aku letak di meja sisi. Wajahnya aku jenguk. Mata sudah tertutup rapat.

"Rissss..." aku memanggil.

Diam.

"Harissss..." Kali ini aku tarik-tarik bantal tempat tidurnya.

"Mmmm..." Dia bergumam tapi mata masih terpejam.

"Dah solat isyak ke belum?"

"Mmmm.." Hanya itu yang dia jawab.

"Dah ke belum ni?" soalku lagi.

"Dah." Sepatah dia menjawab tanpa membuka mata.

Aduhai... panjangnya rajuk. Aku yang patutnya merajuk ni pun dah tak jadi nak merajuk bila tengok keadaan dia begini. Kang dua-dua merajuk, siapa yang nak pujuk?

Langkah aku atur ke bilik air untuk berwuduk dan bersolak isyak.

Selesai solat, aku hampiri katil. Tuala kecil aku capai dan letakkan ketulan ais yang sudah mengecil. Kemudian, keempat bucu tuala aku ikat menjadikan ketulan ais itu berkumpul seperti bola kecil.

Punggung aku labuhkan perlahan ke katil. Perlahan juga tuala tadi aku lekatkan ke bibirnya yang berbekas kesan tumbukan Abang Ikmal siang tadi.

Baru saja tuala tersebut mencecah bibirnya, tangan Haris pantas menangkap tanganku dan matanya terus terbuka. Tindakan refleks Haris itu mengejutkan aku dan kelihatannya dia juga seperti terkejut.

"You buat apa ni?" Dia menilik tuala yang terpegang di tanganku dan kembali memandang ke wajahku.

"Nak tuam bibir you." Perlahan saja jawapanku. Sebenarnya, aku risau kalau esok kesan itu masih nampak ketara. Bimbang kalau umi atau papa tanya.

Dia bangkit perlahan dan duduk berdepan denganku. Tanganku masih di dalam genggamannya.

Seketika dia tenung ke wajahku. Redup renungan buat aku serba salah.

"I tak nak tuam. I nak ubat."

"Ubat?" Aku mahu bergerak bangun. Dalam kepala, ubat yang dia maksudnya mungkin pain killer. Mungkin dia masih sakit.

Tatkala aku cuba bangkit, sebelah lagi tangannya bertindak memaut tubuhku. Tindakan pantas itu membuatkan aku hilang imbangan dan dia terus tarik aku rebah bersamanya, terbaring di atas dadanya yang tidak berbaju.

"Arrghhh!" Terkejut, aku terus terjerit dan cepat-cepat bergerak mahu bangkit dari atas tubuhnya.

Pun begitu, dia lebih pantas. Membalikkan kedudukan kami menjadikan aku terbaring di bawahnya.

"Errkkk, Harisss..." Aku jadi gagap tiba-tiba.

Saat yang sama, wajahnya sudah seinci dengan wajahku.

"Errkkk...bibir...you..." Tapak tanganku terus melekat di wajahnya.

"Takpe, dapat ubat dari you nanti mesti elok."

Aku pejam mata dan palingkan wajah. Gementar tiba-tiba datang. Dan bibirnya melekat di pipiku.

"Dira pleaseee...I sakit ni." Dia seperti tak puas hati.

"Kita pergi klinik." Aku cepat memberi cadangan. Cuba menolak tubuhnya agar aku dapat bergerak bangkit namun, gagal.

"Nak ubat dari you." Suara Haris seperti merayu.

Alahai... ni yang buat aku lemah seluruh tubuh. Bukan tubuh saja, jantung, hati, paru-paru, usus... semuanya seolah dah tak berfungsi dengan baik.

"Boleh, kan?" Dia bertanya. Saat itu, nafasnya sudah tidak teratur di telingaku.

"Harisss..." Suaraku pula yang kedengaran berlainan nada di telinga sendiri. Mahu menegah setiap perlakuannya tetapi entah kenapa reaksi tubuh bertentangan dari fikiran. Menderhaka sungguh!

"Mmmm..." hanya itu yang kedengaran dari bibir Haris tetapi kenapa aku rasa seperti dia sedang menyanyikan irama mengasyikkan?

Sekali lagi aku pejam mata. Nampaknya sekarang, bukan aku yang bagi dia ubat tapi dia yang dah suntik aku ubat pelali.

ASALKAN DIA BAHAGIAWhere stories live. Discover now