Bab 2:Rakan Dan Musuh

2.4K 94 2
                                    

~Selepas sesi pendaftaran yang membosankan~

Kerani di pejabat berkata,

"Awak berada di kelas Brilliance. Guru kelas awak ialah Cikgu Minho."

Kemudian Sunny berkata,

"Baiklah. Terima kasih, cikgu."

Selepas itu, Sunny bergerak keluar dari pejabat dan segera mencari kelas.

Sekolah baru Sunny agak besar dan moden. Dia berasa amat gembira kerana dapat bersekolah di sini.

Sudah 10 minit Sunny mencari kelas dia namun ia masih tidak dapat dijumpai.

Kemudian Sunny berjumpa dengan seorang pelajar lelaki yang berpakaian seperti seorang samseng. Sunny berasa sedikit takut untuk bertanya namun dia gagahkan diri untuk bertanya.

"Umm, annyeong. Bo-boleh saya tanya se-sedikit? Ke-kelas bri-brilliance-."

Sebelum Sunny menghabiskan soalannya, pelajar itu menggertak Sunny.

"KAU NAK APE !!!!".

Sunny terdiam seketika sebelum bertanya semula.

"Ke-kelas Brilliance de-dekat mana?"

"KAT TINGKAT 3 !!!!".

Kemudian pelajar itu beransur pergi, meninggalkan Sunny yang geram seperti mahu menumbuk dia.

Akhirnya, Sunny sampai ke kelasnya. Sunny masuk dengan agak kelam-kabut. Seorang lelaki yang tampan dan tinggi menunggu dia.

"Ahhh, awak mesti Sunny. Lama juga awak ambil masa untuk sampai ke kelas." kata cikgu Minho dengan garang sedikit.

"Maaf, Cikgu. Saya sesat ketika hendak mencari kelas tadi."

"Baik. Kelas, Ini murid baru kita." Semua murid yang berada di dalam kelas menumpukan perhatian pada Sunny. Sunny menarik nafas sebelum memperkenalkan diri.

"Annyeong, nama saya Sungkyu. Korang boleh panggil saya Sunny. Saya harap korang boleh beri tunjuk ajar."

Kata Sunny sambil memberikan senyuman yang manis sebelum tunduk 90° darjah kearah pelajar di dalam kelas itu. Pelajar yang lain turut tunduk hormat pada Sunny.

"Baiklah. Sunny, awak duduk di sebelah Lay."

"Ok, cikgu."

Sunny berasa sangat malu atas sebab dia lambat hadir ke kelas dan juga duduk di sebelah seorang Idol yang teramat popular. Sunny juga terdengar beberapa bisikan namun dia menghiraukan sahaja.

Setelah Sunny duduk di sebelah Lay, Lay mula bersuara.

"Hai Sunny-ah." kata Lay sambil melemparkan senyuman di lesung pipitnya. [Author tak ingat Lay ni ada lesung pipit ke tak?]

"Ha-hai."

Mereka berdua senyap seketika sebelum Lay bersuara semula.

"Nak jadi kawan saya?" kata Lay sebelum mengangkat sebelah tangannya untuk bersalam. Kata-kata yang dikeluarkan Lay cukup membuatkan hati Sunny yang kecil berbunga-bunga.

"Boleh juga." kata Sunny sebelum menyambut tangan Lay yang lembut itu.Wajahnya sudahpun menjadi merah akibat malu yang teramat.

Setelah beberapa minit, seorang pelajar lelaki masuk ke dalam kelas.

"Wah-wah. Sehun, selamat datang ke kelas. Hari ini ada murid baru."

Sunny memandang kearah lelaki itu dan terkejut kerana lelaki itu ialah lelaki yang dia jumpa semasa mencari kelas.

"Yelah, Minho."

Kata Sehun dengan dingin sebelum beredar ke tempat duduk, iaitu di sebelah Sunny.

Sunny berasa terkejut apabila Sehun duduk di sebelah dia.

Sunny cuba untuk menyorok muka dia dengan berpura- pura membaca buku namun Sehun sudah cam wajahnya.

"Eh, kau ke?" kata Sehun sambil tersenyum nakal.

Kemudian Sunny dengan beraninya berkata,

"Ye-yelah si-siapa lagi."

Kemudian Cikgu Minho meneruskan pengajarannya.

____________________________________

So, macam mne ?
Best x ???

(Author mencari ayat kejap....)

Jangan lupa follow author tau.

Author:imemyself0805

Ok.bye

(Author tengah buat Bab 3)

oн ѕeнυn (мr.вyυnтae)Where stories live. Discover now