Tidur

135 13 0
                                    

Pernah tak korang tak tidur waktu malam, tapi tidur waktu pagi? Masa korang bangun, penat tak?

Tidur ½ jam pada siang hari dapat memberikan kesegaran kembali setelah bangun dengan nilai yang setara dengan tidur 1 jam pada malam hari. Tetapi apabila lebih dari ½ jam (1 jam atau lebih), anda malah akan berasa letih.

Penjelasan: Secara semulajadi berdasarkan kebiasaan kita, metabolisme badan (proses kerja sistem tubuh, termasuk menghasilkan tenaga) pada siang hari berlangsung lebih cepat berbanding dengan malam. Hal ini disebabkan aktiviti pada siang hari memerlukan tenaga lebih banyak berbanding malam.

Di dalam tidur berlaku penurunan mempercepatkan metabolisme tubuh kerana tubuh dalam keadaan berehat. Dalam ½ jam pertama kita tidur pada siang hari percepatan penurunan metabolisme tubuh belum seberapa, sehingga kesan segar terasa di saat kita bangun, bahkan setara dengan 1 jam apabila anda tidur malam hari. Kerana pada malam hari kelajuan metabolisme tubuh memang dalam keadaan lambat.

Sedangkan pada ½ jam pertama kita tidur pada siang hari, kadar metabolisma tubuh masih cepat dan menghasilkan tenaga lebih banyak dibanding malam harinya, sehingga kita merasa lebih segar.

Namun apabila kita tidur sampai 1 jam atau lebih pada siang hari, tubuh akan mengalami percepatan penurunan metabolisme yang lebih tajam kerana tubuh beranggapan bahawa kita sudah tidak akan bekerja lagi. Pada saat kita bangun kita menjadi merasa sangat lelah. Hal ini disebabkan jumlah tenaga yang dihasilkan metabolisme tubuh lebih sedikit kerana mengalami penurunan percepatan, sedangkan keperluannya lebih banyak.

Sedangkan bila kita tidur cukup pada malam hari, pada saat bangun pada pagi hari kita akan merasakan tubuh lebih segar disebabkan metabolisme tubuh secara automatik berdasarkan kebiasaan kita akan meningkat percepatannya pada saat matahari mula terbit.


Sebenarnya, waktu korang bangun, korang rasa penat sebab tubuh perlukan tenaga. Tenaga sebelum tidur telah digunakan ketika anda bangun daripada tidur.

And, waktu korang bangun daripada tidur, mesti lapar, kan? Sebab, tubuh badan kita tak makan dalam satu jangka masa(jangka masa korang tidur).

FAKTA!Where stories live. Discover now