Bab 1

3K 87 7
                                    

Aku Shasha Binti Mirza. Aku tahu nama aku pendek. Aku terkenal walaupun bapak aku bukan dato, tan sri, atau pangkat pangkat yang tinggi. Ayah aku bussinessman mak aku pula cikgu sekolah menengah.

Aku ada BFF nama dia Nur Diyana Binti Said. Kitaorang memang rapat sampai muncullah Nur Sofea Binti Ahmad. Nama sedap. Rupa cantik. Tapi satu perangai yang korang tak tahu. Dia juga merupakan perampas.

Di sekolah menengah, "Assalamualaikum, Dian." Sapaku dari belakang. "Waalaikumussalam, Sha. Kenapa lambat selalunya awal?" Tanya Diyana. "Tadi tu..." kata kata ku dipotong apabila Sofea muncul di sebelah. "Hai D." Sapa Sofea. "Hai Sof." Sapa Diyana kembali.

Aku dah panas. Perlukah panggil D? Diyana dah lah tak selesa dengan panggilan tu. Dia nak semua orang panggil dia Dian. Apa lagi Sofea nak? Dia dah couple dengan Ryan. Pembetulan, dia yang SS kat Ryan. Ryan tak pernah peduli kan dia pun. Ryan suka kat Diyana. Tapi dia tahu mereka sedarah sedaging. Budak lelaki yang paling hot di sekolah. Ryan adalah abang kembar Diyana. Sofea nak lagi jadi BFF Diyana. Kalau pedulikan aku tak apa. Tapi buat macam aku tak wujud memang parah.

Aku mempercepatkan langkah. Diyana mahu mengejar aku tapi ditahan oleh Sofea. Sedar tak sedar aku terlanggar Ryan. Gedebuk! Berterabur semua buku Ryan di lantai. Oh ya! Ryan juga merupakan ulat buku. Sebab tu masuk satu kelas dengan Diyana.

"Maaf!" Kataku lalu menolong dia mengutip buku buku yang terjatuh. "Tak apa. Saya yang patut minta maaf." Kata Ryan. Selepas mengutip buku buku itu aku berlalu pergi. Memang aku suka kat Ryan. Tapi aku dah ada boyfriend. Sorry jelah. Nama bf aku ialah Dannysh. Danny sebagai nama panggilan. Jadi tak mungkin akan aku curang dengannya.

Aku menoleh kebelakang apabila terdengar suara gedik Sofea menyapa Ryan. "Hi, Ryan." Sapa Sofea. "Hi. Hi Di.an." Kata Ryan sambil senyum. Diyana pelik dengan perangai abangnya. Tiba-tiba je nak cakap hai. Padahal tadi dah jumpa.

"Sha, tunggu!" Jerit Diyana. "Buat apa nak ikut Sha?" Tanya Sofea tidak puas hati. Langkah ku terhenti. Sejak tadi dari bus stop dia berborak dengan Diyana je. "Saya ada urusan dengan dia. Awak okay tak?" Tanya Diyana. Sofea tidak angguk dan tidak geleng. Tetapi Diyana tetap menuju ke arah aku dan kami berjalan masuk ke kelas.

Ketika berjalan masuk ke kelas kami terserempak dengan Dannysh. Dia senyum lalu mengenyitkan matanya kepadaku aku hanya membalas dengan senyuman. "Uuu.... Bf eh? Berkenyit kenyit mata lagi." Usik Diyana.

"Tak adalah. Habis tu awak dengan Ryan tu." Kata Shasha dengan nada tinggi dah akhirnya nada perlahan.

"Mana boleh. Dia abang saya. Sedarah sedaging." Kata Diyana. Walaupun hakikatnya dia suka dengan abangnya itu. Semasa di dalam kelas. Kami menjenguk keluar untuk melihat jika cikgu datang tapi sudahnya terlihat Dannysh dan Sofea berpegangan tangan dan bermesra. Boleh bayangkan tak perasaan aku? Ryan tak kisah. Malah lebih suka!

Aku dengan pedih hati pergi ke arah Dannysh dan Sofea yang pandang sesama sendiri. "Baguslah Sofea curang dengan Ryan. Dannysh curang dengan Shasha." Kataku. Mereka baru perasan aku di situ. "Mana ada curang jumpa kejap je." Kata Dannysh.

"Tapi sayang...." Sofea sudah mula menggedik. Sayang? Aku tak pernah panggil bf aku macam tu.

"Ni apa? Aku tak kisah lah kau nak buat apa. Tapi at least tak payah curang dengan aku. Mulai sekarang, we are over!" Kataku. Dannysh selalu menggelarkan dirinya baby kepada ku aku kadang kadang menyampah.

Aku berlari menuju kelas walaupun dihalang oleh Dannysh si buaya darat. "By minta maaf." Kata Dannysh. Aku terhenti. Aku pusing ke belakang dan berkata, "Baby baby. Rimaslah. Sekarang kau boleh pergi mampus dengan girlfriend girlfriend kau tu!" Aku terus masuk ke dalam kelas.

BFFWhere stories live. Discover now