Chapter 36: Two Cousins

10.7K 901 85
                                    

"Aydan.... Kau tak rasa apa-apa?" tanya Pierce yang berhubung terus dengan Aydan melalui minda.

"Ada rasa... Pelindung yang bonda buat berbelas tahun dahulu untuk melindungi akademi dah semakin lemah. Aku perasaan ada lubang di beberapa bahagian," balas Aydan apabila dia memerhati pelindung sfera semasa dia melangkah masuk ke kawasan akademi tadi.

"Aku sedar tentang tu... Tapi kau tak rasa sesuatu ke?"

"Aku tahu apa yang kau rasa, Pierce. Jadi, kau bertenang. Aku tahu nak buat apa."

"Jangan buat kecoh sudah."

"Aku tahulah."

"Boleh percaya ke? Kau kan Troublemaker."

"Tak guna punya naga tua! Berani dia kutuk aku!" bebel Aydan seorang diri dengan perasaan marah tanpa mempedulikan mata-mata yang melihatnya.

"Apa tengok-tengok? Korang ada hutang dengan aku ke?" tanya Aydan dengan nada geram apabila pelajar akademi tak lekang memandangnya. Macamlah dia telah lakukan kesalahan besar untuk mendapat perhatian sedemikian rupa.

Langkahnya diatur ke arah bilik kerja Emelle iaitu bilik Pengetua Akademi. Tanpa mengetuk pintu, dia terus meluru masuk ke dalam bilik. Emelle yang sedang buat kerja agak terkejut dengan kehadiran Aydan yang tidak diundang. Tapi bila difikirkan balik tak perlu dia terkejut sebab Aydan selalu macam tu. Dia nak datang atau pergi ikut kepala dia je.

"Tak payahlah tengok aku macam tu sekali," kata Aydan memecah kesunyian.

"Kau nampak lain pakai pakaian diraja."

"Makin kacak, kan?"

"Hmmm..."

"Aku pun tak menafikannya."

"Apa tujuan kau datang sini? Bukan kau dah berhenti?"

"Nak melawat kau pun tak boleh?"

"Melawat? Aydan... Bukan baru hari ini kita kenal. Aku kenal kau saat kau lahir tahu tak?"

"Tipulah."

"Masa kau lahir simbol The Unsleeping Dragon ada di tangan kanan kau," kata Emelle sambil mengerling tangan kanan Aydan yang bersarung tangan.

"Ok... Itu bukti yang kukuh."

"Jadi, apa tujuan kau datang sini?"

"Bonda suruh aku periksa sesuatu," balas Aydan tanpa berdalih.

"Tentang lubang di pelindung?"

"Itu penting. Tapi ada yang lebih penting."

"Ada Demon menceroboh masuk di dalam akademi."

"Macam mana kau tahu?" tanya Aydan dengan wajah terkejut.

"Sebagai pengetua, aku perlu tahu. Punca lubang itu terhasil mestilah angkara Demon."

"Kau boleh tenang lagi bila Demons ada dalam akademi?"

"Habis kau nak aku menangis?"

"Teringin jugak aku nak tengok kau menangis." Aydan sengih.

"Apa kau tunggu lagi? Pergilah periksa semua kawasan akademi," arah Emelle.

"Kenapa aku pulak?"

"Aunty Anna yang suruh."

"Kau ikut sekali! Mana boleh aku seorang yang kena pusing satu akademi ni. Kau, pengetua sepatutnya menjaga keselamatan tetamu kau ni," kata Aydan sambil menunding jari ke arah dirinya.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now