Part 17

5.5K 222 2
                                    

"Dyan.." Adam menggoncang perlahan bahu Dyan apabila mereka sampai disebuah restaurant dipekan itu. Dyan sudah pun diletakkan duduk diatas kerusi. Dyan terbatuk kecil sebelum dia betul betul bangun tersedar dari tidur. Sungguh dia pening kepala, kejap kejap kena gerak dengan Adam.

"What? Dah sampai ke?" Mata Dyan terkebil kebil memandang Adam yang duduk bertentangan dihadapannya.

"Hehe, sekarang aku lapar. Can we order some food? Btw, pakai duit kau dulu. Kau kan tahu aku tak bawak wallet." Ucap Adam dengan muka simpati.

"Hm.. orderlah" Balas Dyan. Alah setakat makan kat restaurant, apa lah sangat. Adam pun bukannya sengkek pun, cuma dia tak bawak wallet. Dyan hanya menjadi pemerhati melihat Adam order makanan. Kedua tanggannya diletakkan diatas meja untuk menongkat dagu. Apabila Adam selesai memesan makanan kepada pelayan yang hadir ke meja mereka, Dyan memandang Adam penuh tanda tanya.

"Kita nak pergi Kota Bharu for what?" Tanya Dyan.

"Rumah aku kat area situ." Ucap Adam selamba sambil tangannya meletakkan handbag Dyan diatas meja. Tadi semasa didukungnya Dyan, handbag Dyan Adam yang bawa. Habis dibelitnya tali handbag Dyan dilehernya.

"Habistu aku?" Tanya Dyan lagi.

"Kenapa? Duduk je la sekali. Lagi pun kereta kau takde minyak kan. Nanti besok aku settle kan lah pasal kereta kau tu. Lagipun kaki kau pun sakit kan, aku rasa bersalah. Biarlah aku jaga kau dulu, sebab aku kau jadi macam ni. Takkan lah kau nk suruh Balqis yang jauh tu datang jemput. Jauh la." Sambung Adam. Pertama kali dia melihat Adam berkata. serius sedemikian rupa.

"Mana boleh duduk satu bumbung." Ucap Dyan lagi.

"Kenapa pulak?" Adam mengerutkan dahinya.

"Kita bukan suami isteri lah. Mane boleh duduk dalam satu rumah yang sama." Terang Dyan.

"So, kita jadi lah suami isteri." Gurau Adam sambil ketawa kecil.

"It's not funny Adam." Ucap dyan tegas.

"Haih, cepat sangat gelabah. Nanti aku call la Mak cik Siti.suruh duduk sekali." Balas Adam.

"Who is Mak cik Siti?" Tanya Dyan.

"Dia selalu tolong kemas kan rumah bila aku takde. Dia yang jaga semua harta karun dalam rumah tu.Dah kenal lama." Jelas Adam. Makanan yang dipesan akhirnya sampai dimeja. Mereka makan sambil berborak. Yeaa... for the first time diorang berborak panjang and serious. Banyak perkara yang Dyan masih tak tahu pasal Adam. Sedang mereka leka berborak, ada pula yang datang mendekati meja mereka.

"Kak Dyan.. Is it?" Tanya perempuan yang tinggi lampai itu kepada Dyan. Dia kelihatan teragak agak.

"Maya! Hi. Buat apa kat sini?" Ucap Dyan sambil bangun dipeluknya gadis tadi. Maya merupakan jiran lamanya sewaktu Dyan tinggal di rumah mama papanya dulu. Gadis yang berada dalam lingkungan remaja itu tersenyum lebar apabila sangkaannya yang mengatakan itu adalah Dyan Arisha tepat. Dia membawa kawannya yang hampir sebaya dengannya bersama.

"Maya dah pindah kat sini lah akak. Ayah kerja kat sini, dapat tukar. Akak datang sini buat apa? Akak dari mana ni pakai macam ni?" Tanya Maya dengan penuh semangat. Sambil tu dijeling jelingnya juga Adam yang dari tadi asyik menunduk menikmati makanan.

"Akak dari...." Belum sempat Dyan menghabiskan ayatnya, Adam Mikhail sudah berdehem perlahan terlebih dahulu.

"Ha, akak dari wedding kawan akak tadi. Then mamat sorang ni lapar pulak walaupun dah makan kat wedding tadi kan, so tu yang singgah sini kejap. Ni kawan?" Tanya Dyan sambil ditunjukkan jarinya ke arah gadis yang bersama dengan Maya. Sengaja Dyan mengalih topik perbualan.

Mr. PlayboyWhere stories live. Discover now