Bicaraku; Mental Koyak

1.2K 67 2
                                    

Mental aku koyak bila orang mula mengaitkan hal peribadi dan membandingkan aku dengan mereka yang jauh lebih baik. Aku memang tak ambil kisah kalau mereka mahu bergurau atau seangkatan dengannya, tapi haruslah berpada. Ini bantai gelak sampai aku sendiri malu. Membanding itu masalah kedua, aku bukan lah sesempurna mereka malahan aku tidak setaraf dengan ilmu yang mereka ada. Mahu menasihati tak apa, bukannya buat aku makin jatuh "Apalah markah secoet je? Tengok dia, markah dia lagi tinggi. Cuba jadi macam dia." Ini nasihat yang salah. Entahlah, semakin lama, orang sekeliling semakin tidak menjaga hati kita. Aku tak faham.

Aku teringin nak luahkan dekat sini. Berkongsi rasa yang mungkin sama dengan mereka. Aku tak minta apa, cuma jagalah hati orang sekeliling. Mungkin dia tak luah pada kau, tapi hati siapa tahu?

Sekian.

BicaraWhere stories live. Discover now