Bab 4

752 18 1
                                    

Lara menaip mesej "Jom teman aku makan dekat tempat biasa"  . Lalu menghantar mesej itu kepada Zarif .

Zarif yang tadinya terbaring di atas katil , terus mengambil telefonnya yang berada di atas meja .

"Ok"  Zarif membalas mesej Lara . Lalu tangannya pantas mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi .

Setelah Zarif siap berpakaian kemas , Arisya berjalan ke arahnya lalu bertanya "You nak pergi mana ni ? I nak ikut "

"Saya nak pergi makan dengan Lara" sebaik sahaja Arisya mendengar nama Lara , dia terus berasa marah .

"I nak ikut"

"Boleh je" Arisya bersorak gembira . Lagaknya seperti anak kecil dapat mainan . Mengada terlebih namanya ni . Lifeless kot .

***
"Hai Lara" Zarif menegur Lara dengan lembut .

"Hai Za.." Kata-kata Lara terhenti bila melihat Arisya yang tiba-tiba datang dan duduk di hadapan Lara .

"Kenapa , terkejut ke ?" Soal Arisya sambil tersenyum sinis .

"Takde lah . Saya ok je"

"Ok , cepatlah order makanan I dah lapar ni sayang" rayu Arisya mengada-ngada .

"Order je lah . tu pon nak suruh Zarif ke ?" Lara mula menyinga apabila terdengar perkataan "sayang" yang keluar dari mulut Arisya .

"suka hati I la . Jelous cakap la huh"

"I nak pergi tandas jap , You and Lara tunggu kejap ye , 5 minute only" pinta Arisya sambil menunjuk kan 5 menggunakan jarinya  sebelum berlalu pergi .

"Kenapa kau bawak dia sekali , semak je"

"Dia nak ikut sangat tadi" sebenarnya Zarif juga meluat dengan karenah Arisya

"Kau suka dia ke ?" Tanya Lara teragak-agak .

"Takdelah . aku tak suka dia . Aku suka orang lain lah" kata Zarif sambil ketawa kecil .

'siapalah yang dia suka agaknya kan em' desis hati Lara .

Selepas siap makan , mereka semua pulang ke rumah .

"Huh" keluh Lara sambil menghempaskan badannya di atas katil . Hatinya masih bengang dengan adanya Arisya semasa mereka makan malam tadi .

***
(Sahabatku Zarif💜)
"Goodmorning". Pukul 4.30 p.m. datang rumah aku tau" .

Lara hanya mengeluh selepas membaca mesej dari Zarif . Sesungguhnya dia tidak mahu bertemu dengan Arisya . Tetapi , untuk menjaga hati sahabatnya itu dia terpaksa pergi jua .

***
"Assalamualaikum" Lara memberi salam lalu melangkah masuk ke dalam rumah Zarif .

"Waalaikumussalam , masuklah Lara " pelawa Zarif sambil tersenyum .

"kau duduk dulu , kejap lagi Arisya bawakkan air untuk kau" sambung Zarif lagi .

"Ha dah sampai pon tetamu ni , nah jamah sikit air yang I buat ni" pelawa Arisya sambil tersenyum sinis .

"terima kasihlah susah-susah je . Hm bibik mana ? Kenapa kau yang buat air ? Kau ni bibik baru rumah ni ke ?" Sindir Lara sambil menyuakan air ke dalam mulutnya .

"Sedap mulut kau je kan nak cakap aku bibik . Bibik Zarif cuti , dah balik Indonesia semalam"

"Jadi kau tinggal berdua dengan Arisya ? " soal Lara kepada Zarif .

"Yup tapi kau jangan risau . Aku masih tau batas agama" balas Zarif seraya tersenyum .

"Air ni manis sangat lah Arisya" komplen Lara .

"Aku dah buatkan air ni dah cukup elok lah . Kalau aku letak racun tadi ? Mati sia-sia je kau tau" . Arisya menyinga apabila ada orang yang mengomplen air tangannya .

"Dah lah , korang ni asyik bergaduh aje" Zarif menyampuk perbualan Lara dan Arisya .

Lara mengatur langkah perlahan menuju ke dapur sambil memegang cawan untuk dicucinya . Zarif juga menuruti langkah Lara . Setibanya di dapur , Lara memecahkan kesunyian suasana di dapur dengan memulakan pertanyaan

"Zarif , kau ingat tak yang kau kata , kau suka orang lain , siapa orang tu . " tangan Lara masih ligat mencuci cawan di singki .

"Adelah . It's secret " Zarif pula dengan spontan menjawab pertanyaan Lara sambil membuka peti ais dan mengeluarkan sebiji epal .

"Krapp" buah epal itu digigit Zarif dengan rakus .

"Kalau kau tak nak cerita , takpelah ." Lara sudah memuncungkan bibirnya .

"alolololololo merajuk ke ? Aku tak ready nak cerita dengan kau . Nanti kalau aku dah ready aku cerita ye ? . Kau pon kena bagitau aku siapa yang kau suka tau . " dua sahabat itu hanya tertawa .

"Ehem,ehem . Apa yang rancak sangat borak sampai ketawa terbahak-bahak ni?" Sampuk Arisya sehingga Lara dan Zarif berhenti ketawa . Sebenarnya takde terbahak-bahak sangat pon . Arisya si lifeless tu saja buat cerita

"Takde apa , aku saja nak manja-manja dengan sahabat aku ni kan Lara" mata Zarif sempat lagi mengerling ke arah Arisya yang kelihatan sudah naik angin .

Dengan keluhan berat lagi mengada , Arisya berlalu pergi dengan hati yang panas membara . Zarif hanya tersenyum puas kerana dapat menyakitkan hati Arisya .

Kawan sampai Kahwin !Onde histórias criam vida. Descubra agora