Bab 5

925 90 9
                                    

"Tak sangka akhirnya jumpa juga putera idaman aku.Nak bagi hadiah apa ye kat dia??"

Jihyo sibuk memikirkan hadiah untuk Jin.

"Biskut?"
"Ini biasa sangat".

"Bunga?"
"Mahal sangatlah pula."

Sedang Jihyo memikirkan apa hadiah yang hendak diberi,tiba tiba dia ternampak buku masakan yang baru dibelinya tadi di atas meja.

"Hmm..Ahah!Aku nak masak hidangan istimewa untuk dia!"jerit Jihyo.

"Nah saya buat untuk awak.."kata Jihyo kepada Jin sambil tunduk malu lalu memberikan bekal makanan yang dibuat khas untuk lelaki  tersebut.

"Terima kasih.Susah-susah jer awak ni."

Lalu Jin mengambil bekal tersebut dan menarik Jihyo ke sebuah meja untuk makan bersama.

Sebaik sahaja makanan itu masuk ke dalam mulut Jin,reaksi muka Jin terus berubah.

Jihyo yang perasan akan perubahan tersebut terus menjadi terkejut.

"Aik?Awak okey??"

"HMMM!!Sedapnya!!"balas Jin setelah terdiam beberapa minit.

"Betulkah?!Terima kasih."

------------------

-------------------

----------------------------

------------------------------


"Wah!!!Baru berangan dah terasa seronoknya!!"kata Jihyo sambil meletakkan tangan di dadanya..

Angaunya si Jihyo ni...

"Hmmm,masak apa ye?"

Tik....Tok....Tik....Tok....

"Ahah!Dapat pun idea nak masak apa..Baiklah!Jom masak untuk Putera Jin!

Tak....Tak...Tak...Bunyi pisau memotong sesuatu memenuhi seluruh ruang di dapur tersebut.

Tiba-Tiba....

ADUHHHHHH!!

Bunyi orang mengerang kesakitan pula yang  memenuhi ruang dapur itu.

Jihyo merenung luka di tangannya yang mengalir akibat terkena mata pisau yang tajam.

"DAH SIAP!!" Jihyo melihat hasil tangannya dengan penuh perasaan bangga.Setelah penat menempuh onak duri,akhirnya selesai pun.Cantik lak tu..Hohhhoho..

Jihyo melihat hasil tangannya buat kali terakhir sebelum menyimpannya untuk dibawa ke sekolah nanti.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Keesokan paginya.....

Sedang Jihyo memakai kasut sebelum bertolak ke sekolah,tiba-tiba dia terdengar ada orang yang sedang memanggil namanya.

"Jihyo!Tunggu dulu,Jihyo!!"panggil lelaki tersebut.

"Eh,Baekhyun?"

"Saya nak minta....maaf sebab marah awk semalam.Saya...."

Jihyo memegang bahu Baekhyun sebelum sempat Baekhyun menghabiskan ayatnya.

"Tak ada apalah..Saya tak kisah pun"jawab Jihyo.

"Jadi awak maafkan sayalah ni?"tanya Baekhyun.  "Awak tak buat salah pun..Hhahah..Jangan risaulah.."kata Jihyo sambil membuat "peace".

Baekhyun mengerutkan dahinya.

"Eh!Kenapa tangan awak tu?Cedera?"tanya Baekhyun dalam nada risau selepas melihat jari Jihyo berbalut.

"Ah!Tak ada apalah.." Jihyo segera menyembunyikan jarinya agar Baekhyun tidak bertanya lebih lanjut.

"Cepatlah,Baekhyun!Nanti kita lewat pula!"  Jihyo cuba mengubah topik.

Jihyo pov

Takkan aku nak beritahu Baekhyun jari aku cedera masa sediakan makanan untuk Jin..Buat malu jer..

Bersambung...

Author rasa citer Author makin hari makin merepek..Perlukah Author berhenti menulis dan mendelete FF ini?Apa pendapat kalian?Anway author nak ucapkan terima kasih kepada pembaca,pengevote,pengkomen dan yang mengadd citer author di reading list anda. SARANGHAE!!Ini je idea yang kluar utk hari ni..Author betul betul dah blank dah ni..

Teruskan vote dan komen!!Jangan copy ye.....Tumbuk kang!



[COMPLETED]KAU SUKA AKU KE?Where stories live. Discover now