[4] Siapa Dia?

91 7 0
                                    


Setelah seminggu bercuti , aku memulakan hariku dengan gembira.Tiba tiba mood aku diganggu oleh seorang perempuan.Entah siapa dia tiba tiba sahaja melanggarku.Geram sungguh aku dengan perempuan itu.Siap memberi amaran lagi kepadaku.

'Jangan kau berani kacau Hilman Fayyad.Dia aku punya.'

Huh ingat aku nak sangat ke dengan mamat tu.Tak terkesan sedikit pun aku dengan amaran kau.Fikir aku takut la?Lebih baik aku bertanya kepada Aimi siapa dia yang berani melanggarku dan memberi amaran yang 'sungguh menyeramkan'

'Aimi siapa perempuan yang langgar aku tadi tu?'

'Oh dia lah Mazeera Aleesya'

'Siapa tu?Dia tu girlfriend mamat tu ke?'

'Bukan girlfriend pun.Acah-acah je tu.Hilman bukan layan dia pun'

Punyalah canang satu sekolah yang Hilman Fayyad tu milik dia.Rupanya syok sendiri saja. hahahaha.

 ❤️ ❤️  ❤️  ❤️

Selepas rehat aku kembali ke kelas dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat barang barangku bersepah.Geramnya ya Allah hanya Tuhan sahaja yang tahu.Aku tertanya-tanya juga siapa yang melakukan perbuatan ini.Aimi memberitahuku Mazeera Aleesya yang melakukan perbuatan ini.Aku terus berlari keluar kelas dan pergi mencari Hilman kerana aku malas hendak mencari pasal dengan perempuan tu.

'Hilman Fayyad bin Hafzi!'

'Ye saya makcik.Kenapa ? Rindu kat aku ke? hahaha'

'Takde masa aku nak rindu kau.Kau tolong nasihat sikit girlfriend kau.Jangan ganggu hidup aku!'

'Siapa girlfriend aku?'

'Mazeera Aleesya!'

Aku terus beredar sebelum kesabaranku hilang.Aku benar-benar marah.Apa yang aku buat sampai dia perlu buat aku begini?


Dia ni memang cari pasal la Zaifi.Membara api kemarahan dalam hatiku.Balik ni kau teman aku Zai.Aku kena selesaikan perkara ni jugak sebelum dia buat apa-apa pada Nadeya Katrina aku.

Kedengaran bunyi bising diluar pagar sekolah semasa balik.Aku pergi melihat apa yang terjadi.Rupa-rupanya Hilman Fayyad dan Mazeera Aleesya sedang bertengkar.Aku malas melihat kejadian tersebut.Aku hanya duduk bersendirian di bus stop sekolah sambil menunggu Aimi yang pergi berjumpa dengan Cikgu Rania.Tiba-tiba datang jembalang mana entah menolak kepalaku.Aku bengang sungguh dan mendongak siapakah jembalang yang berani menolak kepalaku.Oh Mazeera Aleesya rupanya.Aku hanya berdiam diri dan malas untuk menjatuhkan maruah diri sendiri di hadapan orang ramai.Dia tidak puas hati dan bertindak agresif.Kali ini dia menampar mukaku.

Aku tidak boleh berdiam diri! Dia sudah melampau ! Sebelum sempat aku menembaknya dengan kata-kata Hilman datang dan menolak Aleesya sehingga jatuh.Aku tergamam.Hilman menarik tanganku dan terus beredar.Dia menghantarku pulang ke rumah dan menyuruh Zaifi menunggu Aimi menyelesaikan urusannya.Sebaik sahaja sampai dirumah aku terus masuk tanpa berpaling ke arahnya.Geram sungguh aku.

Ting!Telefonku berbunyi menandakan seseorang menghantar WhatsApp kepadaku.Aku melihat siapakah yang menghantar WhatsApp.

'Makcik aku minta maaf sebab aku kau jadi mangsa.Kau ok ke?Aku dengan Aleesya tu takde apa apa pun.Dia je yang terhegeh hegeh.Aku cuma nak kau. . . '

'Memang.Memang sebab kau aku kena tampar sebab kau aku dapat malu.Lepasni aku tak nak jumpa kau dah.Aku tak nak ada apa apa kaitan dengan kau langsung.Aku harap kita boleh buat buat tak kenal antara satu sama lain.'

Selepas membalas WhatsApp mamat tu aku terus mematikan telefon bimbitku.Aku benar benar tak mahu diganggu oleh sesiapa.Aku terlampau marah dan hari itu aku hanya berkurung di dalam bilik tidur ku.


   ❤️ ❤️ ❤️ ❤️  

Ni semua minah tu punya pasal lah.Hilang peluang aku nak dapatkan hati Nadeya Katrina.Kau tunggulah perempuan.Sekali kau buat Nadeya Katrina sakit beribu kali aku akan buat kau sakit.Kau tunggulah. Kau akan tahu nasib kau macam mana nanti.


_____________________________________________________________________


p/s : Maaf sekali lagi . Jalan cerita agak hambar . Terima kasih sebab sudi membaca 😊

Engkau Lagi ?! Where stories live. Discover now