Bab 4

10.2K 424 11
                                    

     Dafinaa melihat foto-foto lama ketika dia di bangku sekolah dahulu. Semua kulit bekas rakan sekelasnya kelihatan berwarna coklat. Maklumlah, zaman-zaman dulu mana ada filter filter bagai ni, semuanya original. Jari Dafina berhenti menekan butang "next" apabila gambarnya dan Haq muncul di skrin telefon bimbitnya.

     Dafinaa tersenyum sendiri apabila mengingati kenangan kenangan manisnya bersama Haq ketika di bangku sekolah dahulu. Dulu, rakan-rakan sekelas Haq dan Dafinaa selalu sangat aturkan jodoh-jodoh mereka. Hijab-stylist Dafinaa yang dari tadi sibuk mengemaskan pin pada tudung Dafinaa mencuri-curi pandang pada skrin telefon bimbit Dafinaa.

     "Amboi," Hijabstylist Dafinaa merampas telefon bimbitnya. "Kacaknya lelaki ni. Boyfriend kau ke?" Soal Hijabstylistnya.

     "Bagi baliklah." Rampas Dafinaa semula. Ketinggiannya yang sama dengan Kendall Jenner memudahkannya untuk merampas telefon bimbitnya semula.

     "Dafinaa, you're next!" Rabiatul muncul di dressing room Dafinaa.

     Dafinaa bergegas menuju keluar. Satu demi satu model muslimah naik ke atas pentas dengan cara jalan catwalk. Dafinaa naik ke atas pentas bersama Rabiatul sebagai model yang terakhir kemudian diikuti dengan model model muslimah yang lain.

     Semua tetamu yang hadir ke Fashion Show anjuran Rabiatul menghadiahkan tepukan kepadanya. Mata Dafinaa melirik ke arah tetamu-tetamu yang hadir dan matanya bertemu dengan mata seseorang. Mak Aih, nak gugur jantung bila sedar Mr. Pilot salah satu daripada tetamu yang hadir.

     Fashion Show Muslimah akhirnya tamat. Dafinaa bergegas ke dressing roomnya untuk mengganti pakaiannya. Setelah selesai, Dafinaa menuju keluar.

     "Assalamualaikum." Kedengaran suara merdu dari belakangnya.

     "Eh, Mr.Pilot?" Dafinaa berasa kaget. "Wa-waalaikumussalam." Jawab Dafinaa tergagap-gagap.

     "Mr.Pilot?" Ketawa Alif tercetus.

     "Kau diam ah!" Gertak Haq. Malulah tu kena panggil Mr.Pilot, huhuhu.

     "Dafinaa, are you-" Soalan Rabiatul tergantung apabila melihat kelibat dua orang lelaki bersama Dafinaa. "Siapa ni?" Soal Rabiatul.

     "Oh, ni Haq kawan aku and-"

     "Hai, saya Alif." Alif memotong kata-kata Dafinaa. "Awak?"

     "Saya Rabiatul." Jawab Rabiatul.

     "Rabiatul? Hmm, panjang sangatlah nama awak ni." Kata Alif. "Can I call you mine?" Seloroh Alif. Cia cia cia💕 Pipi Rabiatul bertukar menjadi merah. "Gurau je lah. Sedap nama awak." Puji Alif.

     "Terima kasih, saya dapat nama ni time birthday saya." Seloroh Rabiatul sehingga membuatkan Alif tertawa kecil.

     "Eh aku laparlah, jom pergi makan." Kata Alif. "Rabiatul and Dafinaa join sekali tau. Haq belanja." Kata Alif. Haq menjegilkan matanya tapi tidak dihiraukan oleh Alif.

***

     Hidangan ala-ala perancis terhidang di depan mata membuatkan perut semakin berkeroncong. Haq membacakan doa sebelum makan. Yelah, walaupun kita dah kat negara orang, doa tu mestilah selalu baca. Rabiatul terasa kekok kerana mata Alif tidak lekang memandangnya.

     "Eh bro, kalau nak pandang awek pun agak-agaklah kot." Sindir Haq. "Haram tau tak pandang perempuan yang belum sah jadi isteri kau." Tambah Haq lagi. Perkataan isteri membuatkan Rabiatul hampir tersembur jus oren yang diminum.

     "Eh, kau dah kenapa?" Tanya Dafinaa sambil menghulurkan napkin. Napkin itu disambut oleh Rabiatul lalu digunakan untuk mengelap mulutnya.

     Haq dan Dafinaa tertawa dengan muka blushing Alif and Rabiatul. Hmm untunglah bakal-bakal ada penyeri hati:') Setelah selesai menjamu selera, keempat-keempat mereka melangkah keluar dari restoran tersebut. Alif berjalan seiringan dengan Rabiatul di hadapan manakala Haq beriringan dengan Dafinaa.

     "Are you sure you don't want us to send you and Rabiatul back home?" Soal Haq kepada Dafinaa. Dafinaa hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda kepastiannya. "Okay, jumpa lagi." Kata Haq. "Eh bro, dah-dah lah tu dengan pickupline basi kau tu. Jom balik." Sindir Haq kepada Alif.

     "Yelah-yelah." Akur Alif. "See you next time, sayang." Kata Alif kepada Rabiatul. Haa, pipi pau tu dah merah dah.

     "Assalamualaikum." Ucap Haq.

     "Waalaikumussalam." Jawab Dafinaa sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada Haq. "Hmm, nampaknya kena tanggung rindu lagilah." Kata Dafinaa sambil melambaikan tangannya ke arah kereta yang dipandu oleh Haq.

***

     Dafinaa sedang membaca majalah di atas katilnya apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan dia menerima teks mesej. Dafinaa lantas mencapai telefon bimbitnya dan membaca isi teks mesej yang diterimanya.

     "Assalamualaikum." Dafinaa tersenyum riang apabila nama Mr. Pilot terpampang di skrin telefon bimbitnya. Dafinaa membalas dengan sekadar jawab salam Haq sahaja. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi lagi. "Saya nak tanya something ni." Teks tersebut membuatkan Dafinaa tidak senang duduk. "Awak ni anak pertama eh?" Soal Haq. Ish, ingatkan nak tanya apa tadi.

     "Ha'ah, why?" Jawab Dafinaa.

     "Laa patutlah saya rasa bila saya nampak awak, macam cinta pandang pertama." Teks mesej daripada Haq disambut dengan gelak tawa Dafinaa.

     "Alaa, saya tak nak dengar la perkataan cinta, sayang bagai dari awak." Taip Dafinaa. "Satu je saya nak dengar dari awak." Tambahnya lagi.

     "Ape dia?" Soal Haq ringkas.

     "Aku terima nikahnya .." Balas Dafinaa dengan pantas.

     "Ciaa cia cia." Balas Haq.

     Perbualan tamat di situ sahaja. Sedang wajah Haq bermain di fikiran Dafinaa, secara tiba-tiba wajah Rebecca terlintas di fikirannya.

      "Perempuan tu girlfriend dia ke?" Soalnya sendiri. Akhirnya persoalan yang tidak terjawab membuatkannya mengeluh sendirian.

***

A/N: Assalamualaikum, sorry tau korang sebab saya tak update lama sangat. Busy sangat dengan exam prep dan saya nak minta again sebab chapter ni short sangat. Sorry sangat-sangat tau. I will do my best to update another chapter. Kalau korang suka dengan cerita ni, please vote for it! Thanks!

Eh, Mr. Pilot?Where stories live. Discover now