CHAPTER 1

1.2K 73 0
                                    

Nama aku Shin Neul Rin. Walaupun umur aku baru 13 tahun, tapi aku dah graduasi universiti. Hebatkan. IQ aku ni luar biasa sikit. Time umur aku 8 tahun, akal aku sama level dengan IQ orang yang berumur 15 tahun, so aku lompat kelas.

Aku ni jenis yang berdikari sikit. So, aku buat keputusan untuk cari kerja walaupun baru 13 tahun. Aku tak kisah kerja apa asalkan aku boleh sara diri aku ni. Aku ni pun anak yatim piatu. Hidup sebatang kara je.

Time cari kerja, aku lalu SM Entertainment Dan nampak jawatan kosong sebagai manager.

"Hmm.*berfikir* Ahh mintak je lah. Baik aku jangan tolak peluang ni bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari."

Aku pun masuk ke dalam bangunan tu.

"Eh! Adik tak boleh main dalam ni lah." Kata seorang pengawal keselamatan.

"Saya nak mintak kerja. Saya ni dah lulusan universiti lah." Kataku sambil menunjukkan resume aku yang 'amat cemerlang' tu.

"Oh! Maafkan saya cik." Kata pengawal itu lalu membenarkan aku masuk.

Aku pun menuju ke kaunter pertanyaan lalu menanyakan tentang jawatan kosong itu.

"Cik boleh pergi ke tingkat 5, di situ bilik CEO Ent. Saya telah maklumkan pada CEO yang cik akan berjumpa dengannya." Kata petugas itu.

Aku pun menuju ke tingkat 5. Tiba di hadapan bilik CEO aku mengetuk pintu. 'Knock! Knock!'

"Masuk." Jawab seseorang. Aku pun membuka pintu dan masuk ke dalam bilik tersebut.

"Cik duduklah." Jemput CEO tersebut. Aku duduk di kerusi yang disediakan.

"Boleh tunjukkan resume cik?" Aku pun memberikan resume aku kepada CEO. Setelah puas membelek resume aku, CEO menyerahkan semula resume ku.

"Bila cik boleh mula bekerja?" Tanyanya.

"Sekarang pun boleh tuan!" Kataku dengan bersemangat. Mata aku pun dah dah bersinar dah ni.

"Baiklah. Cik balik rumah, kemas barang. Saya akan arahkan pekerja SM untuk ambil cik malam ni. Mulai sekarang cik akan tinggal dengan group yang akan cik jaga." Terangnya panjang lebar. Aku hanya mengangguk. Setelah itu aku meminta diri untuk pulang.

Di luar SM Ent......

"Yes!!!! Akhirnya dapat kerja!!" Semua orang memandang ku seperti, " Apehal dengan budak tu? Gila ape?" Aduh malu gila aku time tu. "Ei, pabo betullah aku ni jerit tak tentu pasal." Marahku kepada diri sendiri.

Pada malam itu.....

'Knock! Knock!' Aku lantas membuka pintu.

"Maaf cik, saya diarahkan oleh CEO SM Ent. untuk menjemput cik. Mari saya tolong angkat barang." Kata pekerja itu. Haih, rasa pelik pulak orang panggil aku cik ni. Ape tak nya baru umur 13 dah panggil cik. Aku baru je masuk awal remaja. Nak jugak orang panggil aku ni adik. Huh... Rehda je lah. T^T

Setelah semua barang aku dimasukkan ke dalam kereta, pekerja itu menghantar alu ke dorm group yang tidak dikenali. Hah kalau lah korang ada kat sini tentu korang terkejut. Apa tak nya kereta ni hampir penuh dengan barang aku je. Hohoho. Perempuan lah katakan. ^0^

Reader's P.O.V

"Yo! What's up hyung!" Sapa seorang namja kepada pekerja itu setelah tiba di destinasi. Pekerja itu membalas high fivenya.

" Mana manager kitorang?" Tanya seorang lagi namja.

"Oh! Dia ada dalam kereta. Jap eh." Kata pekerja itu lalu membuka pintu untuk Neul Rin.

"Hah!!!!" Mereka semua terkejut.

" Eh! Hyung, betul ke ni orangnya? Atau hyung salah ambil orang ni?" Tanya seorang namja.

"Betullah." Jawab pekerja itu.

"Rasanya hyung salah oranglah. Takkanlah manager kitorang kontot macam dia ni." Tambah seorang namja.

Shin Neul Rin P.O.V

"Rasanya hyung salah oranglah. Takkanlah manager kitorang kontot macam dia ni." Tambah seorang namja.

Aduh! Rasa macam kena serang dengan anak panah je bila dorang cakap aku kontot. Haish... Masin betul mulut namja tu. Nasiblah aku boleh tahan sabar, kalau tak tentu dah kena dengan penampar paling berkuasa tadi.

"Ish! Tak elok Dong Hyuk hyung cakap macam tu. Dia manager kita, hormatlah sikit." Nasihat seorang namja yang kelihatan lebih muda dari yang lain lalu tersenyum kepadaku. Aku membalasnya. Kemudian, aku mengalihkan pandangan kepada Dong Hyuk.

"Oh! So yang hina aku kontot tadi tu Dong Hyuk namanya. Habislah kau lepas ni Dong Hyuk!" Bisik hatiku.

"Okay! Dah! Semua tolong angkat barang manager kita ni." Kata seorang namja. Semua member lain akur dan membantu aku mengangkat barang masuk ke dalam dorm. Pekerja tadi pun pulang.

~BERSAMBUNG~

Nantikan sambungannya ya~

#hopekorangsukaffyangsayabuat :)

[COMPLETE 01] Become NCT Dream's ManagerWhere stories live. Discover now