Bab 6

3.7K 92 0
                                    

HARI yang berkat dimulai dengan solat subuh.

Hidup yang berkat dimulai dengan pelukan dan ciuman sayang daripada mak.

Hati yang riang dimulai dengan suapan kasih kepada mak. Dan mak suap aku. Satu mulut pun jadilah!

Mak Khadijah sibuk melayan pipi pau makan. Pinggan yang sama daripada upacara suap menyuap tadi.

Bahagia sungguh Mak Khadijah melihat hubungan kasih di antara pipi pau dengan Wan Embun. Dari kecil sangat manja dengan maknya. Bangun pagi tanpa mandi sudah mencari. Sebelum apa-apa, Wan Embun pasti mahu didakap dan diciumnya. Sebelum benda lain masuk ke dalam mulutnya, mesti tangan Wan Embun dulu menyuapnya.

Apa-apa Wan Embun dulu!

MikaylaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora