H.O.P.E 1(a)

8 0 0
                                    

Matanya merenung ke dada langit. Indah remang petang ini buatnya tersenyum. Hiruk pikuk suara orang ramai yang berkunjung ke pantai itu tidak dihiraukan. Masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Ada yang bergurau senda bersama rakan-rakan, ada yang sedang menanti mata kail disambar ikan. Namun dia tak peduli semua itu. Dia hanyut dalam dunianya sendiri. Matanya dihala pula ke laut yang membiru. Desir ombak yang menghempas pantai itu ibarat melodi indah yang menenangkan jiwanya yang gundah itu.

Dia menarik nafas panjang dan dihelanya perlahan-lahan. Lagaknya mahu menghamburkan semua yang terbuku di dada. Tangan perlahan-lahan mengusap dada yang sebak. Sedaya upayanya dia menahan airmatanya. Tanpa dia sedar ada mata yang memerhati gerak lakunya.

I miss you so much, awak. Desis hati kecilnya.

Airmata yang sedari tadi ditahan, akhirnya gugur jua. Sungguh dia rindu. Terlayar semua kenangan yang mereka lalui bersama. Dalam tangisan itu dia tersenyum. Tersenyum mengenangkan memori-memori yang telah mereka lalui.

Kasar tangannya menyapu airmata yang mengalir di pipi. Helaan kasar dilepaskan. Dia terlalu ingin mengusir rasa pedih di hatinya.

H.O.P.EWhere stories live. Discover now