Bab 13

166 3 0
                                    


Hari pertama sememangnya membosankan. Dia masih belum biasa untuk melakukan sebarang kerja. Masih perlu di suruh dan di arah untuk membuat sebarang kerja.

" Nak buat apa ni?" tanya Amir Rifqi.

Farid yang sibuk meneliti sebuah fail mula memberi tumpuan kepada Amir Rifqi. Dia berasa kasihan dengan Amir Rifqi yang masih belum membiasakan diri dengan pekerjaan barunya itu.

" Buat apa? Buat bodoh je lah," kata Farid sambil ketawa.

Amir Rifqi mengetap bibir. Geram pula dia dengan sikap loyar buruk teman barunya itu.

" Hah, kau boleh tolong aku tak?" tanya Farid tiba-tiba. Apabila melihat Amir Rifqi yang hanya termenung tanpa sebarang kerja membuatkan dia mendapat satu idea.

" Tolong apa?"

" Kau tolong beli nasi lemak kat warung depan opis kita tu. Tolonglah, aku lapar ni," kata Farid. Dia sudah membuat muka seposen. Kononnya meminta simpati dari Amir Rifqi.

" Iskh tak naklah aku. Tak fasal-fasal terkantoi pula. Kau pergilah sendiri," kata Amir Rifqi. Dia ingat aku ni orang suruhan dia ke? Memang cadangan Farid itu tidak masuk dek akal. Sudahlah hari ini adalah hari pertama dia bekerja di sini.

" Alah sekejap je. Tak sampai lima minit pun. Kalau bos cari kau, aku cakaplah kau pergi toilet. Tolonglah. Aku sakit perut ni," rayu Farid.

" Kau pergilah sendiri. Nanti aku tolong cover kau," kata Amir Rifqi pula.

" Kau tak de kerja, kau pergilah. Aku banyak kerja nak disiapkan ni. Please..."

Amir Rifqi mendenggus geram. Melihatkan wajah seposen Farid itu membuatkan dia tidak sampai hati.

" Kalau aku kantoi nanti, siap kau! Hah kau nak makan apa?"

AMIR RIFQI terkejut. Tiba-tiba ruang pejabat menjadi sunyi sepi. Tiada sesiapa di dalamnya. Begitu juga dengan Farid yang kononnya mahu meng'cover' dirinya. Eh mereka semua pergi mana ni? Amir Rifqi tertanya-tanya sendirian.

Dengan membawa beg plastik yang berisi dua bungkus nasi lemak untuk dirinya dan Farid, Amir Rifqi tawaf ke sekeliling ruang pejabat. Dia cuba mencari rakan sekerjanya yang lain. Tiba-tiba telinganya menangkap suara seseorang memberi taklimat di dalam bilik mesyuarat. Amir Rifqi mengeluh lemah. Dia tertanya-tanya sendirian. Mahu masukkah?

Perlahan-lahan Amir Rifqi membuka pintu bilik mesyuarat. Seperlahan yang dia mampu sehingga ketika dia membukanya dia menahan nafasnya buat seketika. Dia tidak mahu ada sesiapa menyedari kemunculannya di sini. Dia mahu menyelinap masuk seperti ala-ala James Bond.

Krekkk...nampaknya pintu tidak mahu bekerjasama dengannya. Malah bunyi pintu menyebabkan semua staf Tetuan Hasan & Associates terus menumpukan kepada kehadirannya. Sudahlah tatkala itu Ayris Imani sedang memberi taklimat. Oh tidak, pasti bencana besar akan menimpanya!

Mata Ayris Imani yang tajam mencerlung memandang Amir Rifqi yang tersengih macam kerang busuk. Dengan selamba Amir Rifqi mengangkat tangannya kepada Ayris Imani walaupun hati di dalam kecut semacam.

Tetapi dek kerana gabra punya pasal dia telah mengangkat tangan bersama dengan beg plastik nasi lemaknya. Apa lagi terkantoilah dia! Mata Amir Rifqi membulat. Oh tidak, dia sudah mengundang kemarahan kali kedua majikannya itu. Terus sahaja dia menyembunyikan beg plastik di tangannya ke belakang.

" Apa yang ada di tangan you tu, Rifqi?" tanya Ayris Imani dengan sinis. Amir Rifqi pula hanya menunduk tanpa berani memandang kepada Ayris Imani yang merenung tajam kepadanya.

Lasernya Mulut DiaWhere stories live. Discover now