8 : Plan

12.4K 718 73
                                    

Nisa melihat waiter tadi, dia datang membawa dulang. Nisa tersenyum sinis. Dia berfikiran jahat.

Nisa menyuakan kakinya yang panjang. Baik punya rancangan , waiter tu pun jalan menonong ,tak pandang bawah.
Dan--

" Oh mak kau hijau ! Tunggang terbalik..! " . Lantang waiter itu melatah . Aduih,lawak gila. Hilang suara macho! Habis 2 gelas tinggi oreo milkshake serta 1 cawan caramel latte tumpah atas meja dan terkena tepat pada shawl Alysha. Dahla, shawl Alysha tu berwarna cerah .

" Hey ! Kau ni tak reti buat kerja ke ?!!" . Tengking Tengku Raykal .
Mukanya sudah berubah warna kemerahan .

" So..sorry miss, sir". Ujar waiter itu sambil tertunduk - tunduk meminta maaf . Dengan pantas , dia mengambil kain lap dan spray.

" Sudah ! Aku rasa tak selera nak makan , ambil ni. Jom, Alysha". Kata Tengku Raykal , dia menghulurkan not RM 100.

" Ta..tapi, encik ..". Malangnya Tengku Raykal , Alysha dan Nisa sudah keluar dari kafe.

" Ray , I nak pergi tandas . Nak bersihkan shawl " . Pinta Alysha.

" Wait , Alysha!" . Kata Tengku Raykal . Dia menghulurkan satu beg kertas .

" Apa ni ?"

" Tengoklah.."

" Shawl ?"

" Yup. Mula-mula, ingat nak bagi kat you masa balik. Tapi, dah jadi macam ni . So, you pakai teruslah" . Wuu..pandai gak jugak Raykal ni pilih shawl.

" Thanks , Raykal . You are such a good friend " . Lantas, Alysha memberikan senyuman. Dia meluru masuk ke dalam tandas.

' Asal friend? Nape tak boyfriend? Aduh..Ray, sedar sikit kau tu sape kat dia! . Jap. Yang kau bengang ni dah kenapa ..' Tengku Raykal berkata di dalam hati .

Nisa? Dia duduk di atas bangku . Malas dia nak tengok drama acah sweet tadi. Siapa suruh dia datang , kacau daun je.

Sementara menunggu Alysha bersiap , Tengku Raykal berjalan untuk melihat barangan yang berjenama di kedai berhampiran.

" Ray.. you nak pergi mana?" Tanya Nisa . Dia ni pun ala-ala Haira juga . Maklumlah, Nisa ni kan obses dengan Raykal . Ke mana sahaja Raykal nak pergi , mesti dia nak ikut.

" Kedai depan tu ". Jawab Tengku Raykal . Sebenarnya , dia malas nak layan Nisa. Dia rasa rimas dengan orang yang nak asyik berkepit dengannya.

" Nak ikut !!" Kata Nisa manja.

Tengku Raykal membuat roll eyes.

" Eh,Alysha dah siap. Jom , Alysha kita pergi jalan-jalan kejap " . Tengku Raykal segera menukar topik.

Nisa mendengus geram .
' Bencinya , asyik nak dengan Alysha je. Aku lagi lawa dari dia la.. Tak boleh jadi ni, kena buat plan lain ' kata Nisa di dalam hati . Dia menyumpah seranah terhadap Alysha kerana telah merampas Tengku Raykal darinya.

Nisa hanya mengekori mereka dari belakang . Inilah nasib kalau ikut orang dating . Eh ? Dating ke? Nasiblah , kau Nisa. A...haa! Nisa mendapat akal.

Dia buat - buat jatuh terduduk.

" Aww...Raykal ..sakitnya kaki.." Kata Nisa sambil mengurut - ngurut kakinya yang terdedah tu.

Alysha dan Tengku Raykal menoleh .

" Ya Allah , Nisa kenapa ni ?" Alysha berasa sangat cemas.

" Kaki I , terseliuh kut "

" You boleh jalan tak ? Raykal , kenapa you tengok je . Sinilah, tengok Nisa ".

Royal High SchoolWo Geschichten leben. Entdecke jetzt