Bab 2

11.3K 238 1
                                    

"Assalammualaikum" Tan Sri Hamirun memberi salam seraya beg kerjanya diletakkan diatas sofa manakala beg rodanya diletak ditepi almari yang terdapat dibiliknya.

"Waalaikummussalam" Jawab Puan Sri Fatmah sambil menyapu losyen dilengannya.

"Budak-budak dah tidur?" Soal Dato Sri Hamirun . Coatnya ditanggalkan lalu digantung didalam almari.

"Dah tidur lama dah bang. Macam mana projek di Canada tu? Baik?" Giliran Puan Sri Fatmah pula menyoal.

"Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Berkat usaha abang dengan Encik Hasnain. Ayah si bakal menantu kita." Jawab Dato Sri Hamirun.

"Oh ya bang. Cakap pasal menantu ni. Tengah hari tadi saya ada bagitau Fadi yang kita nak jodohkan dia dengan Dian anak Encik Hasnain dengan Puan Azwa. Dia setuju bang. Tapi tu laa..." Kata-kata Puan Sri Fatmah tergantung. Fikirannya buntu sama ada mahu beritahu ada tidak syarat yang telah ditetapkan oleh Fadi. Jika diberitahu takut suaminya itu naik angin.

"Tapi apa?" Soal Dato Sri Hamirun setelah tersedar bahawa isterinya hanya mendiamkan diri.

"Tapi saya tak dapat lagi berita dari Puan Azwa yang anak dia setuju atau tidak." Bohong Datin Sri Fatmah. Suaminya hanya mengangguk.

--
Tepat jam 6.30 pagi, jam loceng milik Dian berdering memenuhi ruang biliknya. Tangannya pantas menekan butang untuk menutup bunyi jam itu.

Tuala berwarna hijau muda itu dicapai lalu kakinya dihayun masuk kedalam tandas. Usai membersihkan diri dan memakai baju, sejadah dibentang lalu menyarung kain telekung.

Sejadah dan kain telekung dilipat kemas lalu dimasukkan kedalam laci yang telah disediakan khas. Dian turun kebawah. Kedengaran bunyi riuh di meja makan yang terdapat di dapur. Pantas dia menuju kearah dapur.

"Eh ayah, bila sampai?" Soal Dian kepada Encik Hasnain yang baru pulang dari Canada atas urusan kerja.
"Malam tadi."

"Ohh" Tangan lelaki itu disalam. Punggung dilabuhkan diatas kerusi.

"Dian, tolong kejutkan Danial. Tengah tidur lagi tu rasanya. Suruh dia bangun solat lepastu turun makan." Arah Puan Azwa sambil mencedokkan nasi goreng keatas pinggan Encik Hasnain. Dian hanya mengangguk dan berlalu pergi memanggil adiknya.

Tok, tok.

"Dani, bangun solat lepastu turun makan ya. Ibu panggil." Pintu dibuka, kelihatan Danial telah selesai menunaikan solat. "Eh Dani. Haa jom turun makan. Ibu dengan ayah dah tunggu."

"Ayah dah balik ke?" Soal Danial teruja. Sememangnya Danial sangat rapat dan manja dengan Encik Hasnain.

"Dah. Malam tadi sampai." Jawab Dian sambil tersenyum. Dia faham sangat yang Danial teruja.

"Ayahhhh!" Pantas dia menjerit lalu berlari turun mendapatkan Encik Hasnain. Dian menggeleng kepala melihat telatah adiknya itu.

Encik Hasnain dan Puaz Azwa yang berada dibawah terkejut mendengar jeritan anak lelakinya itu.

"Ayahhh!" Danial meluru kearah Encik Hasnain. Bahu lelaki itu dipeluk erat. "Dani rindu ayah. Lamanya ayah pergi Canada." Pelukan dilerai. Dia menyalami tangan Encik Hasnain.

"Kerja banyak yang nak kena settle dekat sana. Lagipun seminggu je ayah pergi. Tak lama lah."

"Bagi ayah memang tak lama sebab ayah berseronok pergi negara orang. Bagi kitaorang lama." Danial mengambil tempat disebelah Puan Azwa. Nasi goreng dicedok lalu diletakkan diatas pinggannya.

"Ayah pergi sana bukan berseronok. Ada kerja yang ayah kena buat. Bukan saja-saja pergi Canada tu." Celah Puan Azwa. "Oh ya bang. Dian kata yang dia setuju nak kahwin dengan anak kawan kita tu bang." Mata dilirik kearah Dian yang sedang makan. Hampir tersedak Dian dibuatnya.

"Yeke?" Soal Encik Hasnain tidak percaya seraya memandang kearah Dian. Dian hanya mengangguk malu.

"Alhamdullilah. Nanti ayah call bagitau Dian setuju ya. Alang-alang tu boleh bincang tarikh untuk korang kenal satu sama lain." Ujar Encik Hasnain gembira.

"Yeay tak lama nanti Dani dapat abang ipar." Kata Danial teruja.

"Eii ada-ada je lah kamu ni." Balas Dian lalu menjeling Danial. Danial hanya tergelak kecil.

Selesai makan, Encik Hasnain terus menelefon Tan Sri Hamirun untuk memberitahu berita yang boleh membuatkan kawannya itu gembira.

"Assalamualaikum Run. Aku ada berita baik nak bagi tahu kau ni."

"Waalaikummusalam. Berita baik apa tu? Macam tak sabar aja nak bagitau." Jawab Tan Sri Hamirun. Dia juga tidak sabar untuk mengetahui berita baik itu.

"Anak aku Dian. Dia setuju nak kahwin dengan anak kau Fadi." Tan Sri Hamirun mengukir senyuman mendengar berita yang terlebih baik baginya itu.

"Betul ke ni? Anak aku pun setuju nak kahwin dengan Dian. Nanti aku bagitau Fatmah ya."

"Ya betul. Alhamdullilah dua-dua setuju. Senang kerja kita nanti. Aku letak dulu ya. Assalammualaikum."

--
Setelah mendapat berita yang telah menggembirakan hatinya, pantas Tan Sri Hamirun mendapatkan Puan Sri Fatmah bersama dua orang anaknya itu.

"Fatmah! Fatmah!" Tan Sri Hamirun memanggil isterinya dengan nada teruja.

"Ya bang? Teruja nampak? Ada berita baik ke?" Teka Puan Sri Fatmah. Fatin dan Fadi hanya memandang wajah Tan Sri Hamirun.

"Ya berita terlebih baik. Tadi Encik Hasnain call abang, dia cakap yang anak dia setuju nak kahwin dengan Fadi." Ujar Tan Sri Hamirun. Hampir tersedak Fadi mendengar berita itu. Berita baik apanya? Soal dia didalam hati.

"Ya Allah betul ke bang? Alhamdullilah. Takpe nanti saya uruskan jadual untuk diaorang kenal-kenal ya."

"Wuu abang Fadi dah nak kahwin. Siapalah agak-agak bakal kakak ipar Fatin ehh." Sindir Fatin. Fadi menayangkan penumbuk di depan Fatin. Dengan kasar Fatin menepis tangan itu.

"But mama still ingat kan syarat Fadi?" Soal Fadi sinis. Tan Sri Hamirun pelik. Syarat apa pula?

"Syarat apa?" Soalnya ingin tahu. Wajah isterinya dan Fadi dipandang silih berganti.

"Tanyalah mama." Jawab Fadi lalu berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.

"Erk, Fatin naik bilik dulu ya." Fatin yang terpinga-pinga juga turut berlalu pergi.

"Mah, syarat apa Mah?" Nada Tan Sri Hamirun kedengaran tegas. Mukanya juga kelihatan serious. Puan Sri Fatmah terdiam seketika. Agak buntu untuk memberitahu hal sebenar.

"Erm sebenarnya syarat yang Fadi cakap tu ialah dia cakap lepas 4bulan kahwin dengan Dian dia akan ceraikan Dian." Teragak-agak Puan Sri Fatmah hendak memberitahu. Tan Sri Hamirun mengeluh perlahan.

"Mah, kenapa tak bagi tau abang semalam? Takpelah Mah. Abang tau yang Mah takut abang naik angin kan?" Soal Tan Sri Hamirun. Nada suara dan riak wajahnya tidak seperti tadi. Tegas dan serious. Puan Sri Fatmah hanya mengangguk. "Jangan risau lah Mah. 4bulan tu macam-macam boleh jadi. Sudahlah, abang nak pergi main golf dengan Dato Zamri." Sambungnya lagi lalu masuk kedalam rumah.

Puan Sri Fatmah mengeluh lega kerana Tan Sri Hamirun tidak naik angin. Sekali dia naik angin, mahu dirinya sendiri kena campak dalam swimmping pool  rumahnya itu.....

Isteri Pukulan SuamiWhere stories live. Discover now